awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Jualan kereta Eropah meningkat pada November
Komitmen Kerajaan MADANI pastikan setiap pelaburan beri pulangan kepada rakyat - PM Anwar
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Flat PKNS terbakar, lelaki ditemukan rentung

Afiezy Azaman
Afiezy Azaman
25/04/2021
03:30 MYT
Flat PKNS terbakar, lelaki ditemukan rentung
Seorang lelaki ditemukan rentung dalam kejadian kebakaran empat buah rumah di Flat PKNS, Jalan Tun Razak, Kampung Baru, Kuala Lumpur, awal pagi Ahad. - Foto ihsan Bomba KL.
KUALA LUMPUR: Seorang lelaki ditemukan rentung dalam kejadian kebakaran empat buah rumah di Flat PKNS, Jalan Tun Razak, Kampung Baru, Kuala Lumpur, awal pagi Ahad.
Mangsa dikenali sebagai Jasni Ismail berusia 53 tahun tinggal seorang diri ditemukan terbakar 100 peratus di salah sebuah rumah berkenaan.
Menurut Pusat Gerakan Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Kuala Lumpur, pihaknya menerima panggilan pada 6.39 pagi.
Seramai 20 anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Jalan Tun Razak, BBP Titiwangsa, BBP Keramat dan BBP Hang Tuah digerakkan ke lokasi kejadian.
"Kebakaran melibatkan empat buah rumah dengan keluasan kebakaran setiap rumah 600 kaki persegi.
"Kemusnahan kebakaran rumah pertama 70 peratus dan tiga buah lagi 30 peratus.
"Terdapat seorang mangsa lelaki berusia 53 tahun dijumpai rentung yang ditemukan di katilnya," katanya dalam satu kenyataan, pada Ahad.
Mengulas lanjut, kenyataan itu berkata api dapat dikawal pada 7.02 pagi manakala punca kebakaran masih dalam siasatan.
Mayat mangsa diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan lanjut.
Flat Terbakar | Lelaki tinggal seorang diri ditemukan rentung
Topic Berkaitan
#kebakaran
#rentung
#Flat PKNS
#Kampung Baru
#bomba
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan