KUALA LUMPUR: Jenama berita paling dipercayai, Astro AWANI terus menerajui industri dengan menyajikan perbincangan lebih terangkum dan menyeluruh menerusi program terbaharunya, Focus in Continuity: Roundtable Series.

Program tersebut adalah hasil kerjasama bersama Institut Kajian Strategik dan Antarabangsa (ISIS), Institut Diplomasi dan Hubungan Luar (IDFR) dan Kementerian Luar Negeri.

Ia akan mendalami dan mengiktiraf cabaran utama yang melanda dunia kini serta mengenal pasti pelbagai arah aliran global yang muncul termasuk isu-isu yang harus diberikan keutamaan dalam jangka masa terdekat.

Focus in Continuity: Roundtable Series

BACA: Kesederhanaan Islam lengkapi keperluan keamanan bersama - Prof Mohammad Hashim

BACA: Negara disaran berganding bahu perkukuh diplomasi kesihatan

Di samping itu, ia turut melihat usaha menggiatkan hubungan negara di peringkat antarabangsa, meningkatkan diplomasi kesihatan dan membangunkan ekonomi digital sebagai pemacu pertumbuhan negara.

Perbincangan tersebut juga adalah untuk memahami konsep keselamatan siber antarabangsa dalam melindungi kepentingan negara termasuk meningkatkan identiti nasional Malaysia yang unik di persada global sambil mempromosikan akses pasaran yang lebih besar kepada produk budaya Malaysia.

Focus in Continuity: Roundtable Series akan menampilkan tetamu jemputan daripada pelbagai latar belakang termasuk pengkaji, penyelidik, pendidik, pakar kesihatan dan ramai lagi. 

Saksikan siaran ulangan program Focus In Continuity: Roundtable Discussion on Cultural Diplomacy pada 18 Mac ini (Jumaat) pukul 11 malam di  saluran 501 Astro AWANI.