awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
NVIDIA bayar US$20 bilion, ambil alih teknologi Groq
NVIDIA dilapor uji kemampuan faundri Intel 18A untuk cip AI
Bekas CEO Yahoo Marissa Mayer perkenal pembantu maya AI baharu 'Dazzle'
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Fokus patriotisme kini perangi COVID-19, ketepikan perbezaan politik - Saifuddin

Bernama
Bernama
14/08/2021
21:56 MYT
Fokus patriotisme kini perangi COVID-19, ketepikan perbezaan politik - Saifuddin
Saifuddin menggesa kementerian, jabatan dan agensi kerajaan segera menaikkan Jalur Gemilang di bangunan dan premis masing-masing bagi memaparkan tanda kecintaan dan patriotik kepada negara. - Gambar fail
KUALA LUMPUR: Semangat patriotisme negara kini harus memfokuskan kepada usaha memerangi COVID-19 dan melupakan perbezaan politik, kata Menteri Komunikasi dan Multimedia Datuk Saifuddin Abdullah.
Beliau berkata keadaan pandemik COVID-19 yang dilalui negara kini tidak seharusnya digunakan untuk menjatuhkan seseorang dan berlebih-lebihan dalam berpolitik.
"Semangat patriotisme ini berdasarkan kepada fokus keperluan, sebagai contoh dahulu apabila diserang penjajah, fokus kita adalah melawan penjajah dan kini fokus patriotisme kita adalah memerangi COVID-19.
"Bagaimanapun di Malaysia, politik kita terlalu tajam, terlalu 'adversarial' sehingga apabila COVID-19 pun kita masih berpolitik dan itu seharusnya dikurangkan dengan fokus kepada menggembleng tenaga menangani masalah COVID-19," katanya dalam program Soal Rakyat terbitan TV3 semalam.
Ditanya mengenai sambutan Hari Kebangsaan dan Hari Malaysia 2021 (HKHM 2021), Saifuddin menggesa kementerian, jabatan dan agensi kerajaan segera menaikkan Jalur Gemilang di bangunan dan premis masing-masing bagi memaparkan tanda kecintaan dan patriotik kepada negara.
Beliau berkata dalam keadaan norma baharu, kementerian juga menggalakkan aktiviti secara dalam talian bagi menyemarakkan sambutan berkenaan termasuk menganjurkan pertandingan puisi dan bercerita.
"Ini tahun kedua rakyat Malaysia menyambut Hari Kebangsaan dan Hari Malaysia pada zaman COVID-19 dan sememangnya acara berbentuk besar dan menghimpunkan ramai orang tidak dapat diadakan.
"Bagaimanapun kita menggalakkan aktiviti secara dalam talian sebagai contoh perwakilan Malaysia di seluruh dunia, mereka menyusun nyanyian lagu patriotik dan lagu itu akan dicantumkan oleh Orkestra RTM dan akan dimainkan pada Hari Kebangsaan nanti," katanya.
Sambutan Hari Kebangsaan tahun ini akan diadakan di Dataran Pahlawan Negara, Putrajaya pada 31 Ogos, manakala Hari Malaysia akan disambut di Pusat Konvensyen Antarabangsa Sabah (SICC), Kota Kinabalu, pada 16 Sept.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#COVID-19
#Jalur Gemilang
#Malaysia
#pandemik
#patriotisme
#Saifuddin Abdullah
#Hari Malaysia
#dalam talian
#rakyat Malaysia
#berpolitik
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan