awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Sejumlah kenderaan terjejas selepas isi minyak, Petronas Dagangan hubungi pelanggan terlibat
'Amanah boleh berganti, terima kasih Perlis' - Mohd Shukri
Arab Saudi catat lebih 11.9 juta jemaah umrah pada bulan Jumada al-Akhirah
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Fokus saringan koronavirus di sempadan darat terhad kepada warga China

Harits Asyraf Hasnan
Harits Asyraf Hasnan
30/01/2020
04:47 MYT
Fokus saringan koronavirus di sempadan darat terhad kepada warga China
Jumlah alat pengesan haba atau thermal scanner yang terhad di sempadan darat Malaysia-Singapura menyebabkan Kementerian Kesihatan lakukan saringan koronavirus pada rakyat China sahaja. - Gambar hiasan REUTERS
Jumlah alat pengesan haba atau thermal scanner yang terhad di sempadan darat Malaysia-Singapura menyebabkan pihak Kementerian Kesihatan (KKM) hanya melakukan saringan novel koronavirus (2019 n-CoV) terhadap rakyat warganegara China sahaja.
Pakar Kesihatan Awam, Bahagian Kawalan Penyakit KKM, Dr Azmi Abdul Rahim berkata, terdapat jumlah yang begitu besar melibatkan individu yang melalui kedua-dua kompleks tersebut setiap hari.
“Dianggarkan 200,000 melalui Kompleks Kastam, Imigresen dan Kuarantin (CIQ) Bangunan Sultan Iskandar dan Kompleks Sultan Abu Bakar, Johor Bahru setiap hari.
“Dengan jumlah thermal scanner yang agak terhad, jadi kami memberi tumpuan kepada pengembara warga China serta mereka yang dilihat berisiko,” katanya kepada media pada sesi Town Hall bersama KKM di sini hari ini.
Difahamkan ketika ini hanya terdapat empat pengimbas suhu di kedua-dua kompleks tersebut.
Beliau bagaimanapun tidak dapat memberi pengesahan bilakah pengimbas suhu yang baharu akan dipasang di sempadan Malaysia-Singapura itu.
Semalam, Astro AWANI melaporkan gesaan Persatuan Pemilik dan Pemandu Teksi ke Singapura yang mahukan saringan yang lebih ketat dijalankan terhadap pemandu dan penumpang di laluan CIQ Johor Bahru terutama ketika kebimbangan orang ramai terhadap wabak novel koronavirus.
Sebelum ini, Kementerian Kewangan menerusi menterinya, Lim Guan Eng memberi jaminan akan memberikan segera peruntukan tambahan untuk 12 pengimbas suhu seperti dinyatakan oleh Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr Dzulkefly Ahmad.
Kata Guan Eng, Kementerian Kewangan akan berbuat apa sahaja seperti yang dipinta kementerian kesihatan demi memastikan rakyat dan negara selamat dan bebas daripada virus itu. BACA: Nyawa lebih utama daripada impak koronavirus terhadap ekonomi - Guan Eng BACA: Koronavirus: Pemeriksaan sempadan Singapura-Johor tidak terperinci?
Topic Berkaitan
#alat pengesan haba
#Kementerian Kesihatan
#koronavirus
#Malaysia - Singapura
#sempadan
#thermal scanner
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan