awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Aspek perjawatan, skim AKPS dijangka selesai selewatnya awal suku kedua 2026 - KP
AKPS perlu 400 pegawai penyiasat sokong keperluan operasi - Mohd Shuhaily
Tindakan tegas terhadap kontraktor lewat siapkan projek KKR - Menteri
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Food Bank bantu lebih 300,000 isi rumah - Saifuddin

Bernama
Bernama
07/11/2019
10:02 MYT
Food Bank bantu lebih 300,000 isi rumah - Saifuddin
Sebanyak 1,701 tan metrik lebihan makanan yang dianggarkan bernilai RM8.51 juta diagih kepada mereka yang berkenaan, kata Saifuddin Nasution. - Gambar fail
Program Food Bank Malaysia yang dilancarkan secara rasmi pada Disember tahun lepas telah memberi manfaat kepada sebanyak 311,189 isi rumah di seluruh negara sehingga Ogos lalu, kata Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail.
Beliau berkata, dalam tempoh itu, sebanyak 1,701 tan metrik lebihan makanan yang dianggarkan bernilai RM8.51 juta diagih kepada mereka yang berkenaan.
Katanya, program itu merupakan salah satu usaha kementerian bagi meringankan beban kos sara hidup rakyat.
"Program ini juga memberikan kesedaran kepada pengguna berkenaan inisiatif 'sisa sifar' bagi mengelak pembaziran makanan serta mengurangkan pembaziran makanan," katanya dalam jawapan bertulis yang dipaparkan dalam laman web Parlimen hari ini sebagai jawapan kepada soalan Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi (BN-Bagan Datuk).
Ahmad Zahid bertanya mengenai anggaran rakyat yang menerima manfaat daripada program itu.
Saifuddin Nasution seterusnya berkata Program Food Bank Siswa pula telah memanfaatkan seramai 4,970 mahasiswa daripada golongan isi rumah berpendapatan rendah (B40). - BERNAMA
Topic Berkaitan
#food bank
#isi rumah
#lebihan makanan
#Program Food Bank Siswa
#Saifuddin Nasution Ismail
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan