PUTRAJAYA: Cakna isu kenaikan harga barang yang turut memberi impak terhadap kuasa beli pelajar terutamanya bagi keperluan makanan harian, Kementerian Pengajian Tinggi (KPT) memutuskan untuk meneruskan kesinambungan inisiatif pemberian baucar makanan percuma kepada pelajar B40 di institut pengajian tinggi (IPT) melalui Food@Campus Keluarga Malaysia.
Bagi tujuan itu Menteri Pengajian Tinggi Datuk Seri Noraini Ahmad berkata Yayasan Kebajikan Siswa Keluarga Malaysia (YKS) bersetuju menyumbangkan dana sebanyak RM1 juta bagi inisiatif Food@Campus Keluarga Malaysia 2.0.
"Saya harap Food@Campus Keluarga Malaysia 2.0 dapat terus menyantuni kebajikan pelajar dalam meringankan beban perbelanjaan harian," kata Noraini dalam ucapannya ketika melancarkan Food@Campus Keluarga Malaysia 2.0 di sini hari ini.
"Secara tidak langsung, inisiatif ini membolehkan mahasiswa untuk fokus kepada pengajian mereka tanpa perlu risau tentang aspek kelangsungan hidup yang akhirnya boleh menjejaskan tumpuan mereka terhadap pengajian," tambahnya.
Inisiatif Food@Campus Keluarga Malaysia mula dilaksanakan sejak 2021 di bawah Aspirasi Keluarga Malaysia (AKM).
Noraini berkata menerusi inisiatif itu sebanyak 470,444 baucar makanan percuma telah diberikan kepada 94,088 pelajar B40 bersasar di semua IPT melalui suntikan dana berjumlah RM7,056,660 dengan RM1 juta daripadanya disumbangkan oleh YKS.
YKS yang dilancarkan pada 29 Okt lepas oleh Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob yang juga penaung yayasan itu, digerakkan dengan tujuan menguruskan kebajikan dan penyaluran bantuan secara bersepadu, selain memperkasakan peranan dan kebolehupayaan wakil Majlis Perundingan Pelajar Kebangsaan (MPPK).
Untuk tempoh pertengahan pertama 2022 sehingga Jun pula, Noraini berkata 369,504 baucar makanan telah diedarkan untuk manfaat seramai 176,083 pelajar universiti awam (UA).
"Pelaksanaan ini telah disokong melalui sumber peruntukan dalaman sebanyak RM5.5 juta hasil sumbangan wakaf, zakat, tajaan individu dan agensi-agensi kebajikan," katanya.
Noraini seterusnya menyeru syarikat swasta atau badan bukan kerajaan untuk bersama dengan KPT bagi menjayakan inisiatif Food@Campus Keluarga Malaysia 2.0 supaya ia dapat diperluaskan pelaksanaannya kepada lebih ramai pelajar berkeperluan.
-- BERNAMA
Bernama
Tue Jul 05 2022
Noraini berkata Yayasan Kebajikan Siswa Keluarga Malaysia (YKS) bersetuju menyumbangkan dana sebanyak RM1 juta bagi inisiatif Food@Campus Keluarga Malaysia 2.0. - Gambar/ Bernama
[LAPOR LANGSUNG] Freedom Flotilla to Gaza: Sah! Tiga kapal tetap berlayar, redah laut Mediterranean 24 April ini
FFC mengesahkan tiga kapal yang terlibat dalam misi Break the Siege of Gaza Freedom Flotilla akan memulakan pelayaran pada 24 April depan.
Freedom Flotilla to Gaza: Sah! Tiga kapal tetap berlayar, redah laut Mediterranean 24 April ini
FFC mengesahkan tiga kapal yang terlibat dalam misi Break the Siege of Gaza Freedom Flotilla akan memulakan pelayaran pada 24 April 2024 bersamaan hari Rabu.
SkyTrax: Kedudukan KLIA jatuh ke tangga 71
Kedudukan KLIA kini di tangga ke-71 mengikut Senarai Lapangan Terbang Terbaik Dunia SkyTrax 2024, jatuh empat anak tangga berbanding tahun sebelumnya.
China arahkan Apple keluarkan WhatsApp dan Thread daripada App Store
Kerajaan China mengarahkan Apple untuk mengeluarkan aplikasi Whatsapp dan Threads daripada App store China.
Empat pelari terlibat kontroversi dilucut pingat
Penganjur acara separa maraton Beijing mengumumkan pada Jumaat bahawa empat pelari yang terlibat dalam perlumbaan kontroversi pada Ahad lepas telah dilucutkan pingat, lapor Xinhua.
ASEAN gesa patuhi konsensus lima perkara
Negara-negara anggota ASEAN menzahirkan kebimbangan terhadap ketegangan yang berlaku di Myawaddy, Kayin State yang terletak di sempadan Myanmar-Thailand, serta di Rakhine State, Myanmar.
ASEAN berkata, ia ingin menegaskan semula komitmen untuk membantu Myanmar mencari penyelesaian dengan mewujudkan persekitaran kondusif melalu pelaksanaan penuh Konsensus Lima Perkara yang dipersetujui sebelum ini.
ASEAN berkata, ia ingin menegaskan semula komitmen untuk membantu Myanmar mencari penyelesaian dengan mewujudkan persekitaran kondusif melalu pelaksanaan penuh Konsensus Lima Perkara yang dipersetujui sebelum ini.
Setiap parti politik ada kaedah sendiri – Zahid
Setiap parti politik di dalam Kerajaan Perpaduan mempunyai kaedah sendiri untuk membantu memenangkan calon mereka pada Pilihan Raya Kecil Kuala Kubu Bharu, bulan depan.
Pengerusi Barisan Nasional (BN), Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi berkata demikian ketika diminta mengulas laporan mengenai kenyataan MCA tidak akan berkempen pada PRK itu.
Pengerusi Barisan Nasional (BN), Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi berkata demikian ketika diminta mengulas laporan mengenai kenyataan MCA tidak akan berkempen pada PRK itu.
Masih setia dengan UMNO, kritikan hanya untuk beri semangat
Ahli Majlis Kerja Tertinggi (MKT) UMNO, Tengku Datuk Seri Zafrul Abdul Aziz menegaskan beliau masih setia bersama parti itu meskipun ada mengkritik kepemimpinan UMNO Selangor sebelum ini.
Bekas Bendahari UMNO Selangor itu berkata, kritikan yang dibuatnya sebelum ini adalah berbentuk konstruktif dan hanya ingin membakar semangat parti itu.
Bekas Bendahari UMNO Selangor itu berkata, kritikan yang dibuatnya sebelum ini adalah berbentuk konstruktif dan hanya ingin membakar semangat parti itu.
Titah Addendum: Anwar enggan terlibat, itu bidang kuasa Lembaga Pengampunan dan YDP Agong
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim tidak mahu terlibat dengan perbincangan membabitkan titah tambahan berhubung tahanan di rumah membabitkan bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak.
Anwar berkata, ini kerana perkara itu merupakan di bawah bidang kuasa Lembaga Pengampunan Wilayah Persekutuan dan juga melibatkan Yang di-Pertuan Agong dan Raja-Raja Melayu.
Anwar berkata, ini kerana perkara itu merupakan di bawah bidang kuasa Lembaga Pengampunan Wilayah Persekutuan dan juga melibatkan Yang di-Pertuan Agong dan Raja-Raja Melayu.
Giat Mara Bagan Datuk naik taraf jadi kampus MCI
Giat Mara Bagan Datuk telah dinaik taraf menjadi kampus Malaysia-China Institute (MCI) bagi melatih pelajar tempatan di dalam bidang Latihan Teknikal Dan Vokasional Malaysia (TVET) sebelum di hantar ke China.
Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi berkata, sejajar dengan itu, keluasan institusi berkenaan serta fasiliti akan ditambah.
Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi berkata, sejajar dengan itu, keluasan institusi berkenaan serta fasiliti akan ditambah.
Food@Campus Keluarga Malaysia diteruskan
KPT meneruskan kesinambungan inisiatif pemberian baucar makanan percuma kepada pelajar B40 di IPT melalui Food@Campus Keluarga Malaysia.