awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Rizab Antarabangsa BNM pada AS$126.9 bilion setakat 30 Jan, 2026
Bursa Malaysia ditutup tinggi berikutan belian kukuh saham mewah
Kementerian Digital rangka RUU Tadbir Urus AI, tangani ancaman deepfake - Gobind
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Forbes Asia senarai 11 firma Malaysia dalam Syarikat Terbaik Bawah 1 Bilion 2021

Dagang News
Dagang News
08/09/2021
23:00 MYT
Forbes Asia senarai 11 firma Malaysia dalam Syarikat Terbaik Bawah 1 Bilion 2021
Forbes Asia menyenaraikan 11 firma Malaysia antara 200 Syarikat Terbaik Bawah Satu Bilion 2021 berdasarkan daya tahan mereka mengharungi pandemik COVID-19.
KUALA LUMPUR: Forbes Asia menyenaraikan 11 firma Malaysia antara 200 Syarikat Terbaik Bawah Satu Bilion 2021 berdasarkan daya tahan mereka mengharungi pandemik COVID-19.
Senarai tahunan itu dikeluarkan bagi mengiktiraf syarikat tersenarai kecil dan sederhana di rantau Asia Pasifik yang merekodkan jualan di bawah AS$1 bilion.
Firma Malaysia yang berada dalam senarai Forbes Asia ini ialah Comfort Gloves Bhd, D&O Green Technologies Bhd, Dancomech Holdings Bhd, Dufu Technology Corp Bhd dan FoundPac Group Bhd.
Turut tersenarai termasuklah Frontken Corp Bhd, Revenue Group Bhd, Scientex Bhd, Thong Guan Industries Bhd, UG Healthcare Corp Ltd dan ViTrox Corp Bhd.
Menurut Forbes Asia, di sebalik penularan wabak COVID-19 di seluruh dunia, senarai Syarikat Terbaik Bawah Satu Bilion menonjolkan kemampanan 200 syarikat tersenarai kecil dan sederhana di rantau Asia Pasifik yang mempunyai nilai jualan di bawah AS$1 bilion.
"Prestasi kewangan mereka mencerminkan sejauh mana syarikat-syarikat ini menyesuaikan diri di tengah-tengah penularan wabak ini, dengan syarikat berkaitan penjagaan kesihatan dan farmaseutikal paling menyerlah.
"Sementara itu, firma teknologi dan logistik yang berkaitan dengan ledakan e-dagang global juga mendapat manfaat," katanya dalam kenyataan hari ini.
Bagi Forbes Asia, senarai itu bertujuan mengenal pasti syarikat dengan prestasi kelestarian jangka panjang merentasi pelbagai metrik.
Daripada 20,000 syarikat tersenarai di rantau Asia Pasifik dengan pendapatan tahunan melebihi AS$10 juta dan di bawah AS$1 bilion, hanya 200 syarikat sahaja terpilih.
Dalam kalangan syarikat Malaysia yang tersenarai itu, Comfort Gloves, syarikat pengeluar sarung tangan getah yang ditubuhkan pada 1937 dan berpangkalan di Taiping, Perak itu merekodkan jualan sebanyak AS$225 juta.
Syarikat semikonduktor, D&O Green Technologies yang berpangkalan di Melaka mencatat jualan sebanyak AS$137 juta manakala Dancomech, syarikat pembekal peralatan untuk industri minyak sawit, oleokimia, petrokimia, minyak dan gas serta rawatan air dan pembentungan mempunyai nilai jualan berjumlah AS$28 juta.
*Berita asal di DagangNews.com
Topic Berkaitan
#Forbes Asia
#firma malaysia
#200 Syarikat Terbaik Bawah Satu Bilion 2021
#COVID-19
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan