DREBAR
Ford S-Max baharu dengan kapasiti tujuh penumpang dilancarkan – RM234,988
Ditawarkan pada harga RM234,988.00 seunit di atas jalan tidak termasuk insurans di Semenanjung Malaysia dan RM238,288.00 di Malaysia Timur, S-MAX serba baharu didatangkan dalam tiga pilihan warna elegan: putih (Frozen White), perak (Moondust Silver) dan kelabu (Magnetic Grey).
Melalui ciri Easy-Fold’’ pada tempat duduk kedua dan ketiga, ia berupaya menawarkan 32 kombinasi untuk ruang kargo dan tempat duduk. Sistem itu membolehkan semua tempat duduk baris kedua dan ketiga di belakang dilipat rata dengan hanya perlu menekan satu butang pada panel kawalan.
Pakej keselamatan yang komprehensif bagi S-Max merangkumi tujuh beg udara, dilengkapkan lagi dengan Electronic Stability Control (ESC), ABS serta teknologi keselamatan lain seperti Isofix.

Ciri keselamatan itu disempurnakan lagi dengan rangkaian teknologi pintar seperti sistem ketersambungan yang diaktifkan oleh suara SYNC 2 Ford. Sistem ini menampilkan skrin sentuh warna beresolusi tinggi bersaiz 8 inci. Di samping kawalan suara untuk mengoperasikan radio, suhu dan menyambungkan fungsi telefon pintar secara bebas tangan.
Tahap keselamatan ditambah lagi dengan teknologi Lane Keeping Alert yang bukan sahaja memberi amaran kepada pemandu apabila kereta keluar daripada lorong sepatutnya (tanpa memberi isyarat) tetapi juga membetulkan stereng agar kekal di dalam laluan sepatutnya.
S-MAX merupakan satu-satunya MPV dalam kelasnya yang menawarkan tempat duduk dengan ciri pemanas dan penyejuk sebagai standard. Ia juga dilsertakan fungsi urutan ‘Active Motion’.
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami