awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Sejumlah kenderaan terjejas selepas isi minyak, Petronas Dagangan hubungi pelanggan terlibat
'Amanah boleh berganti, terima kasih Perlis' - Mohd Shukri
Arab Saudi catat lebih 11.9 juta jemaah umrah pada bulan Jumada al-Akhirah
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Forex: PDRM tubuh pasukan khas

Bernama
Bernama
01/12/2017
08:02 MYT
Forex: PDRM tubuh pasukan khas
Ditanya sama ada Tun Dr Mahathir Mohamad dan Datuk Seri Anwar Ibrahim akan dipanggil untuk diambil keterangan, Tan Sri Mohamad Fuzi Harun (gambar) berkata mereka akan dipanggil sekiranya perlu. - Gambar fail
Polis Diraja Malaysia telah menubuhkan satu pasukan khas bagi melakukan siasatan lanjut berhubung kerugian urus niaga forex Bank Negara Malaysia (BNM) pada sekitar 1990-an.
Ketua Polis Negara Tan Sri Mohamad Fuzi Harun berkata pasukan yang diketuai Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Komersial Bukit Aman Datuk Amar Singh Ishar Singh itu ditubuhkan semalam sejurus laporan polis berhubung perkara berkenaan diterima.
"Kita telah menerima laporan itu dan akan menyiasat perkara ini dari semua sudut.
"Setakat ini, pasukan khas telah ditubuhkan bagi meneliti kes ini... beri kami masa," katanya ketika dihubungi Bernama di sini, hari ini.
Ditanya sama ada bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad dan Datuk Seri Anwar Ibrahim selaku Menteri Kewangan ketika itu akan dipanggil untuk diambil keterangan, beliau berkata mereka akan dipanggil sekiranya perlu.
"Siasatan masih baru diambil alih Bukit Aman... jangan buat sebarang andaian. Mereka akan dipanggil berdasarkan keputusan siasatan yang kita lakukan," katanya.
Semalam, Setiausaha Suruhanjaya Siasatan Diraja (RCI) mengenai Kerugian Urus Niaga Mata Wang Asing Bank Negara Malaysia pada 1990-an Datuk Dr Yusof Ismail membuat laporan polis berdasarkan syor dan rumusan RCI mengenai kemungkinan berlaku pecah amanah dan penipuan dalam skandal berkenaan.
Yusof dilaporkan berkata laporan itu bagi membolehkan polis menjalankan siasatan rasmi ke atas kesalahan pecah amanah, jenayah dan penipuan serta lain-lain kesalahan yang mungkin telah dilakukan oleh pihak yang dinyatakan dalam laporan suruhanjaya tersebut.
Laporan setebal 400 muka surat itu dibentangkan di Parlimen semalam.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Anwar Ibrahim
#Bank Negara Malaysia
#forex
#Mahathir Mohamad
#Mohamad Fuzi Harun
#pasukan khas
#PDRM
#Polis Diraja Malaysia
#RCI
#siasatan
#Suruhanjaya Siasatan Diraja
#urus niaga forex
#Yusof Ismail
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan