awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Pilihan raya Thailand jadi tumpuan, keputusan sukar diramal
Penerbangan di lapangan terbang Berlin digantung akibat ais hitam
Skuad terjun negara bakal diperkuat dua jurulatih Rusia
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Formula pemberian khas pada Sarawak, Sabah masih diperinci - Fadillah

Bernama
Bernama
21/01/2023
04:28 MYT
Formula pemberian khas pada Sarawak, Sabah masih diperinci - Fadillah
Fadillah berkata, pandangan semua pihak akan diambil kira dalam menentukan formula itu termasuk pandangan Premier Sarawak Tan Sri Abang Johari Tun Openg. - Gambar fail
KUCHING: Formula pemberian khas mengikut Perkara 112D Perlembagaan Persekutuan kepada Sarawak dan Sabah masih di peringkat perincian, kata Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Fadillah Yusof.
Beliau berkata dengan adanya satu formula khusus nanti, pembayaran secara tahunan itu dapat dilakukan dengan lebih jelas.
Katanya pandangan semua pihak akan diambil kira dalam menentukan formula itu termasuk pandangan Premier Sarawak Tan Sri Abang Johari Tun Openg.
"Premier (Abang Johari) ada kemukakan formula berdasarkan kedudukan kewangan kerajaan Persekutuan, jika kedudukan kewangan baik maka bayaran perlu lebih. Senang sama-sama, susah juga sama-sama, itu prinsip yang Sarawak pegang.
"Formula belum dapat dimuktamadkan tetapi buat masa ini prinsip dan mekanisme sudah ada dan kita akan cuba muktamadkan," kata beliau kepada pemberita selepas menghadiri majlis penyampaian sumbangan untuk Komuniti Tiong Hua di sini, hari ini.
Semalam, selepas mempengerusikan Mesyuarat Majlis Tindakan Pelaksanaan Perjanjian Malaysia 1963 (MA63) di sini, Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata kerajaan Persekutuan bersetuju menaikkan pemberian khas kepada Sarawak mengikut Perkara 112D Perlembagaan Persekutuan kepada RM300 juta.
Perdana Menteri berkata jumlah itu adalah pembayaran peringkat awal sebelum satu formula khusus diumumkan oleh kerajaan Persekutuan dan Sarawak.
Anwar berkata prinsip pemberian itu diputuskan oleh pemimpin terdahulu yang melihat kedudukan Sabah dan Sarawak semasa pembentukan Malaysia yang dilihat lebih mundur ketika itu.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#pemberian khas
#Sabah
#Sarawak
#Fadillah Yusof
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan