awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Tun Mahathir gesa kerajaan perhebat bantuan untuk mangsa banjir Aceh
OPS Selera: Imigresen serbu kedai makan terkenal di Kampung Baru
Darurat diisyihtiar di selatan California susulan ribut musim sejuk yang kuat
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Forum demokrasi dan moraliti: Perbanyakkan forum dan perbincangan tentang kebebasan bersuara

Astro Awani
Astro Awani
29/06/2022
10:10 MYT
Forum demokrasi dan moraliti: Perbanyakkan forum dan perbincangan tentang kebebasan bersuara
Ruang perbincangan dan perdebatan tentang kebebasan bersuara perlu lebih diperbanyakkan sekiranya mahu masyarakat mencapai kematangan dan bersedia untuk menghadapinya. - Gambar hiasan/Astro AWANI
KUALA LUMPUR: Ruang perbincangan dan perdebatan tentang kebebasan bersuara perlu diperbanyakkan sekiranya mahu masyarakat mencapai kematangan dan bersedia untuk menghadapinya.
Ketua Pengarang Astro AWANI, Ashwad Ismail berkata, lebih banyak ruang perbincangan tersebut membolehkan masyarakat memahami apa erti kebebasan bersuara.
Menurut Ashwad, apa yang lebih penting adalah sejauh mana sesuatu perkara atau isu itu diklasifikasikan sebagai sensitif.
"Selepas 2018, perubahan ke arah lebih bebas dapat kita rasakan dan tidak seperti sebelumnya yang mana ada kekangan tertentu.
"Perkara yang lebih penting ialah sejauh mana kita mendefinasikan sesuatu perkara yang disifatkan sebagai sensitif.
"Kita harus pastikan diskusi harus diperbanyakkan, kita bercakap dan merapatkan hubungan maka dapat kenal sebab tak kenal maka tak cinta.
"Kita perlu lebih terbuka dalam perkara ini," katanya.
Sementara bagi Pengasas bersama dan Pengarah Program Merdeka Centre, Ibrahim Suffin pula berpendapat masyarakat sudah bersedia untuk mengamalkan kebebasan bersuara.
"Saya fikir masyarakat sudah sedia untuk bebas bersuara dan institusi serta sistem perundangan sudah ada untuk menghukum siapa yang melakukan kesalahan.
"Bagi menjawab persoalan siapa yang terancam? Ia berbalik kepada siapa yang berkuasa maka dialah yang merasa terancam.
"Macam mana mahu mengatasi perkara tersebut ialah seperti apa yang dikatakan sebelum ini iaitu pendemokrasian maklumat dan perbanyakkan forum untuk menguruskan perkara tersebut," jelas beliau.
Kedua-duanya merupakan ahli panel Forum Demokrasi dan Moraliti: Implikasi Media Sosial Terhadap Keselamatan Negara yang diadakan di Universiti Teknologi Mara (UiTM) Shah Alam hari ini.
Topic Berkaitan
#Ashwad Ismail
#ibrahim suffian
#Astro Awani
#merdeka centre
#kebebasan bersuara
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan