Suasana Forum Awam: Malaysia dan Statut Rom di Auditorium Tun Mohamed Suffian, Universiti Malaya menjadi kecoh selepas seorang hadirin meluahkan rasa tidak puas hati terhadap segelintir panelis yang didakwa tidak profesional dalam melontarkan pandangan.
Bekas Ketua Pemuda UMNO Wilayah Persekutuan Datuk Mohd Razlan Rafii, ketika diberi peluang bertanya soalan di forum itu dengan keras berkata, adalah tidak wajar untuk panelis mengganggap pandangan berbeza sebagai sesuatu yang ‘bodoh’.
“Saya minta kita semua kena hormat menghormati antara satu sama lain. Ini Malaysia baharu, you boleh cakap you punya fakta no problem, tapi jangan gelar orang kangkung, jangan gelar orang bodoh. Terima tak ni?
“Saya minta satu lagi. Freedom of speech. Satu lagi tak perlu gelar kita punya royal family perompak. Please. Tak perlu royal family perompak, okey?” katanya ketika mempertahankan empat ahli akademik itu.
Empat orang ahli akademik itu ialah Dekan Fakulti Undang-Undang, Universiti Teknologi Mara (UiTM), Prof Datuk Dr Rahmat Mohamad; Pakar Perlembagaan Persekutuan Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM), Prof Madya Dr Shamrahayu Ab Aziz; serta dua pensyarah undang-undang Universiti Sains Islam Malaysia (USIM), Dr Fareed Mohd Hassan dan Hisham Hanapi.
Sebelum ini dilaporkan keempat-empat mereka telah membentangkan kertas kerja mengenai Statut Rom dan Mahkamah Jenayah Antarabangsa, kepada Majlis Raja-Raja, serta menyentuh mengenai kesan negatifnya terhadap Institusi Diraja.
Sementara itu, forum itu menyaksikan barisan panelis seperti Peguam Negara Tommy Thomas, pengasas Gerakan G25 Datuk Noor Farida Ariffin, Pakar Perlembagaan Profesor Emeritus Datuk Dr Shad Saleem Faruqi, peguam Lim Wei Jiet, dan aktivis Asheeq Ali Sethi Alivi.
Difahamkan keempat-empat profesor berkenaan telah dijemput penganjur forum itu, tetapi tidak hadir.
Firdaus Azil
Sat Apr 27 2019
Razlan luah rasa tidak puas hati terhadap segelintir panelis yang didakwa tidak profesional dalam melontarkan pandangan.
Warga emas rugi hampir RM1.6 juta, ditipu pelaburan tidak wujud
Seorang warga emas kerugian RM1,590,800 apabila menjadi mangsa penipuan pelaburan saham tidak wujud secara dalam talian.
Nyanyian karol meriahkan persiapan sambut Krismas
Di Tawau lazimnya acara ini awal disember setiap tahun dari jam 7 malam dan ada kalanya sehingga jam 1 pagi.
376 peserta terpilih sertai SY Startup 2024
Ekoran sambutan hangat ini Menteri Belia, Sukan dan Pembangunan Usahawan Datuk Seri Abdul Karim Rahman Hamzah mengesahkan program ini akan diteruskan pada tahun hadapan.
Kerajaan Sarawak berusaha tingkatkan pengeluaran beras
Menteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan, Datuk Seri Mohamad Sabu berkata bekalan makanan di negara ini mencukupi.
Penyelaras Kemanusiaan PBB suarakan kebimbangan krisis kemanusiaan yang semakin memuncak di Gaza
Muhannad Hadi melahirkan kebimbangan terhadap keadaan keselamatan dan kemanusiaan yang semakin merosot di Semenanjung Gaza.
Loji Electrolyser Sejingkat kurangkan masa penghasilan hidrogen
Loji electrolyser pertama Sarawak di Sejingkat berjaya mengurangkan masa penghasilan satu kilogram hidrogen kepada 30 kilowatt perjam berbanding 40 kilowatt perjam sehingga Julai lalu.
Fadillah setuju dua jawatan tertinggi PBB tidak dipertandingkan
PBB dijadual mengadakan perhimpunan agungnya pada Februari 2025 dengan pertandingan dikatakan tertumpu kepada saingan jawatan Naib Yang DiPertua
PBB perlu bersedia seakarang hadapi PRN - Fadillah
Naib Presiden Kanan PBB Datuk Seri Fadillah Yusof mengingatkan anggota parti itu agar tidak selesa dengan kemenangan besar dan pujian yang diberi kepada kerajaan sebaliknya fokus agar tidak terlepas kuasa ke tangan pihak lain.
353 premis KEMAS rosak akibat banjir di lapan negeri
Sebanyak 353 premis Jabatan Kemajuan Masyarakat (KEMAS) rosak akibat banjir yang melanda lapan negeri sejak November lepas, membabitkan kerugian hampir RM6 juta.
Wanita suara garau cemas bilik hotel diserbu JAIS
Seorang wanita yang memiliki suara garau berdepan detik cemas apabila hotel bajet yang dihuni diserbu Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS).
Putin yakin inisiatif forum BRICS akan tingkat kedudukan ekonomi global ahli
Setiap negara akan membentangkan laporan kebangsaan, berkongsi pengalaman dan inisiatif mereka untuk menyatukan kesatuan sekerja.
Naikkan nilai martabat manusia cara tangani krisis global
Martabat manusia boleh berfungsi dalam mencari pendekatan yang lebih berkesan dan berperikemanusiaan untuk menyelesaikan pelbagai masalah.
Forum hak asasi manusia tumpu isu alam, perubahan iklim
Forum kali ini berjaya menarik penyertaan pakar dari lebih 20 negara dan wilayah Asia secara dalam dan luar talian.
Tiada permit, forum tampil empat calon Kuala Selangor batal
Penganjur memohon maaf atas pembatalan forum itu yang sepatutnya diadakan di One Plaza pada jam 8 malam.
Kerajaan Kelantan laksana sesi libat urus untuk gubal lima dasar
Dasar ini bertujuan menegakkan keadilan tanpa meminggirkan kemajuan di segenap bidang.
Malaysia anjur Forum Menteri-menteri Gas IEF-IGU ke-7
Kerajaan Malaysia akan diwakili oleh Unit Perancang Ekonomi (EPU) di Jabatan Perdana Menteri.
Forum bincang pengalaman wanita buka tudung disiasat JAIS - Mujahid
Pejabat Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Mujahid Yusof Rawa dalam satu kenyataan berkata, perkara itu diambil maklum dan dipandang serius.
Persediaan mula dilaksanakan sempena APEC 2020 - Rebecca
Kerjasama Ekonomi Asia-Pasifik merupakan forum ekonomi serantau yang dibentuk pada 1989 bertujuan memanfaatkan peningkatan kesalingbergantungan rantau Asia-Pasifik.
Dr Mahathir tolak pelawaan forum dengan Abdul Hadi
Bagaimanapun, Perdana Menteri tidak menolak kemungkinan untuk berforum dengan Abdul Hadi pada waktu lain.
Pihak berkuasa Thai hentikan forum kontroversi mengenai Jeneral Myanmar
Pihak berkuasa tidak memberikan penjelasan berhubung pembatalan forum "Will Myanmar's General Ever Face Justice For International Crimes" itu.