ISTANBUL: Kerajaan Republik Guinea-Bissau dilaporkan tunduk dan akur kepada gesaan Israel untuk tidak membenarkan misi pelayaran Break The Siege: Freedom Flotilla to Gaza menggunakan bendera mereka.
Perkembangan terbaharu itu dikongsikan Jawatankuasa Pemandu Freedom Flotilla Coalition (FFC), Ann Wright menerusi taklimat bersama semua delegasi terlibat di Istanbul pada petang Jumaat.
“Kita dimaklumkan bahawa kerajaan Republik Guinea-Bissau menarik semula kebenaran menggunakan bendera mereka untuk kapal Akdeniz (Mediterranean) yang digunakan dalam misi pelayaran ini.
“Perkara ini telah dijangka daripada awal dan kita tahu rejim Israel akan lakukan apa sahaja untuk menghalang misi ini,” katanya.
Republik Guinea-Bissau pada masa sama juga meminta FFC menandatangani dokumen yang mengesahkan mereka tidak akan menggunakan kapal penumpang itu untuk ke Gaza.
Malah mereka juga meminta agar pihak berkuasa pelabuhan bagi lokasi terakhir yang dituju untuk memberi dokumen pengesahan bagi mengesahkan lokasi terakhir pelayaran kapal itu.
“Ketika ini, kami sedang berusaha mendapatkan bendera negara lain dengan melakukan pendaftaran di sana bagi membolehkan pelayaran dapat dilakukan.
“Ini kerana kita nak memastikan bantuan-bantuan ini tetap dapat sampai ke Gaza,” tambahnya.
Pada pagi Jumaat, Astro AWANI melaporkan misi pelayaran Break The Siege Freedom Flotilla to Gaza yang sepatutnya berlepas hari ini dari Istanbul, sekali lagi ditunda ke satu tarikh yang akan diumumkan kelak.
Menerusi kenyataan FFC, pihak rejim sebelum ini dilaporkan memberi tekanan hebat kepada Republik Guinea-Bissau untuk menarik balik benderanya daripada kapal utama yang digunakan dalam misi ini, Akdeniz (Mediterranean).
Susulan tekanan itu, kerajaan Republik Guinea-Bissau pula bertindak mengarahkan satu pemeriksaan menyeluruh terhadap kapal penumpang tersebut dijalankan.
Pada masa sama, kumpulan Pertubuhan Badan Bukan Kerajaan (NGO) dari Malaysia turut menggesa kerajaan bagi membantu memudahkan misi pelayaran Break The Siege: Freedom Flotilla to Gaza.
Menerusi satu kenyataan pada Jumaat, gabungan ini menyeru Kerajaan Malaysia bagi menyokong kerajaan Republik Guinea-Bissau untuk memberi kebenaran menggunakan benderanya untuk kapal Akdeniz (Mediterranean) yang didaftarkan di negara itu.
Syafik Shukri Jalil
Fri Apr 26 2024
Jawatankuasa Pemandu Freedom Flotilla Coalition (FFC), Ann Wright ketika taklimat bersama semua delegasi terlibat di Istanbul pada petang Jumaat. - Foto Astro AWANI
Masyarakat perlu bangkit, beri tekanan kepada Israel - Nurul Izzah
Semua lapisan masyarakat harus bangkit dan memberi tekanan kepada Israel serta sekutunya untuk berhenti melakukan perkara yang menambah kesengsaraan kepada warga Gaza.
Ulama, pemimpin Islam perlu bekerjasama untuk perpaduan ummah - Mohd Na'im
Ulama, pemimpin dan saintis Islam perlu bekerjasama untuk mencapai matlamat perpaduan ummah dan menyelesaikan sebarang konflik yang timbul dalam masyarakat.
SRC alami kerugian disebabkan Najib - Bekas Pengarah SRC
Che Abdullah berkata Najib adalah pemegang saham tunggal serta penasihat emeritus syarikat dan beliau telah membuat keputusan untuk melaburkan RM3.6 bilion ke dalam syarikat itu.
AWANI Ringkas: Pengasingan kuasa Peguam Negara
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Mari sama-sama pulih imej bola sepak negara - Hamidin
Permasalahan yang timbul sehingga dilihat mampu menggugat imej bola sepak negara itu perlu diatasi segera semua pihak.
Serangan ke atas pemain bola sepak: Polis diminta pertingkat kawalan keselamatan
Polis diminta pertingkat tahap kawalan keselamatan bukan sahaja kepada tiga insiden yang telah berlaku, malah kepada semua yang terlibat.
Kejadian pokok tumbang di Jalan Sultan Ismail berisiko berulang - ILAM
Langkah mitigasi perlu dilakukan segera bagi mengelak kejadian sama daripada berulang.
AWANI Ringkas: Liga-M kekal ikut jadual, Piala Sumbangsih Jumaat ini
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Menteri perlu segera ambil kampung angkat, selami dan selesai isu setempat - Fahmi
Semua menteri perlu segera mengambil kampung angkat selaras dengan saranan Anwar agar setiap pemimpin di negara ini termasuk perdana menteri dipertanggungjawabkan menjaga sebuah kampung.
Agenda AWANI: Kajian UNICEF: Gaji naik, kemiskinan masih tinggi
Kajian UNICEF: Gaji naik, namun kemiskinan masih tinggi. Apa realiti sebenar yang dihadapi oleh keluarga isi rumah berpendapatan rendah yang tinggal di bandar? Apa langkah tepat yang perlu diambil untuk bina ketahanan golongan ini?
Siaran luar dari PPR Kg Muhibbah.
Siaran luar dari PPR Kg Muhibbah.
Freedom Flotilla to Gaza: Guinea-Bissau akur kepada Israel, tidak beri kebenaran guna bendera bagi misi pelayaran
Kerajaan Republik Guinea-Bissau dilaporkan tunduk dan akur kepada gesaan Israel untuk tidak membenarkan misi pelayaran Break The Siege: Freedom Flotilla to Gaza menggunakan bendera mereka.
Freedom Flotilla to Gaza: NGO Malaysia gesa kerajaan mohon kebenaran Republik Guinea-Bissau guna bendera
Kumpulan Pertubuhan Bukan Kerajaan (NGO) dari Malaysia menggesa kerajaan untuk membantu memudahkan misi pelayaran misi Break The Siege: Freedom Flotilla to Gaza.