STESEN radio Suria FM dan ERA berjaya meraih pengiktirafan ‘The Malaysia Book of Records’ (MBR) sebagai ‘Kolaborasi Rangkaian Radio Silang Pertama untuk Menyiarkan Siaran yang Sama Secara Serentak’ menerusi penjenamaan ERA Suria, Di Sini Segalanya Terkini diinspirasikan oleh CelcomDigi.
Sejarah tercipta menerusi gabungan segmen pagi ‘Morning Morning Suria’ dan ‘3 Pagi ERA’ kelolaan Ajak, Shuib, Suraya, Nabil, Azad dan Radin yang bersiaran secara langsung pada Isnin dari pukul 6 pagi hingga 10 pagi dengan membincangkan topik ‘Dulu Kawan, Sekarang Lawan & Dulu Lawan, Sekarang Kawan’.
Majlis penyampaian sijil rasmi ‘The Malaysia Book of Records’ itu telah disampaikan oleh Penolong Pengurus Pemasaran MBR, Jeska Seah, Perunding Rekod Kanan MBR, Siti Hajar Binti Johor kepada Pengurus Besar Suria FM, Roslinda Abd Majid (DJ Lin) dan Hani Fadzil, Pengurus Kandungan ERA dengan bersaksikan lebih 170,000 penonton sekali gus berjaya meraih sebanyak 4.3 juta ‘likes’ di siaran langsung ‘Tiktok’ Suria Malaysia dan ERA.
Menurut Pengurus Besar Suria FM, Roslinda Abd Majid atau lebih dikenali sebagai DJ Lin, pihak mereka melahirkan rasa syukur ata pengiktirafan yang diberikan menerusi gabungan dua segmen tersebut.
“Mewakili Suria FM, kami sangat bersyukur dan gembira di atas pengiktirafan daripada ‘The Malaysia Book of Records’ pada hari ini menerusi gabungan dua segmen pagi di Suria dan ERA.
“Kami abadikan pengiktirafan ini sebagai sebuah sejarah dalam industri radio Malaysia kerana ini merupakan satu konsep dan landskap baru dalam industri radio tanah air.
“Mudah-mudahan ia mampu memberi inspirasi kepada penggiat industri radio yang lain untuk mengambil pendekatan yang sama mungkin dalam cara yang berbeza untuk terus memeriahkan industri ini agar terus berkembang maju.
“Diharapkan melalui jalinan kerjasama bersama ERA, mampu menghasilkan satu perpaduan yang lebih utuh dan semoga lebih banyak kolaborasi di masa mendatang. Suria FM akan terus memberi sokongan kepada segala inisiatif baik yang mampu memberikan impak positif kepada masyarakat khususnya buat para pencinta radio.
“Sekali lagi, kami amat berbesar hati dan ingin merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih kepada ERA atas jalinan kerjasama baik ini,” katanya.
Hani Fadzil selaku Pengurus Kandungan ERA turut berterima kasih kepada rakyat Malaysia atas sokongan dan berharap kolaborasi ini akan terus menjadi perintis dalam mengubah landskap audio tempatana.
“Kami berterima kasih kepada semua rakyat Malaysia atas sokongan mereka dan berharap kolaborasi ERA dan Suria FM ini terus menjadi perintis dalam mengubah landskap audio tempatan.
“Terima kasih juga diucapkan kepada Malaysia Book of Records atas pengiktirafan yang diberikan dan diharap semua rakyat Malaysia dapat menikmati pilihan radio yang pelbagai dan relevan daripada kami,” ujarnya.
Maklumat lanjut, layari laman web Suria suria.my atau ikuti media sosial Suria Malaysia: Instagram: suriamalaysia l Facebook: @SuriaMalaysia l TikTok: @suriamalaysia l Youtube: SuriaTV l X: @suria_malaysia -Gempak
Gempak
Tue Oct 24 2023
Sejarah tercipta menerusi gabungan segmen pagi Morning Morning Suria dan 3 Pagi ERA kelolaan Ajak, Shuib, Suraya, Nabil, Azad dan Radin yang bersiaran secara langsung pada Isnin dari jam 6 hingga 10 pagi. -Gempak
14 kontena di Pelabuhan Barat terbakar
Sebanyak 14 kontena mengandungi pelbagai barangan perindustrian di Pelabuhan Barat, Pulau Indah, Klang terbakar.
Wartawan hiburan veteran, Huzz, meninggal dunia pada usia 58 tahun
Wartawan hiburan veteran yang berkhidmat di kemuncak kerjaya sekitar tahun 80-an hingga 90-an, Kamal Huzaini Kamaluddin, menghembuskan nafas terakhir pada jam 6.10 petang, Sabtu.
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Sabtu, 8 Jun 2024.
10 Berita Pilihan - (08 Jun 2024)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Kes cabul: Doktor dibebaskan dengan jaminan polis
Seorang doktor yang ditahan bagi membantu siasatan kes cabul seorang remaja perempuan berusia 15 tahun dibebaskan dengan jaminan polis hari ini.
MCA Kelantan diperuntukkan kerusi pada PRU16 - Ahmad Jazlan
MCA Kelantan akan diperuntukkan kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) pada Pilihan Raya Umum ke-16 (PRU16) selain diberikan penambahan kuota Jawatankuasa Pembangunan dan Keselamatan Kampung Persekutuan.
Majlis Menteri D-8 seru gencatan senjata segera, kekal, tanpa syarat di Gaza
Negara-negara D-8 mengutuk sekeras-kerasnya serangan kejam dan tidak berperikemanusiaan Israel terhadap warga Palestin di Semenanjung Gaza serta di Tebing Barat.
Kerajaan komited pastikan kebajikan veteran seni tanah air terjaga - Fahmi
Fahmi berkata beberapa perancangan bagi menyantuni artis-artis veteran sedang dilaksanakan agensi di bawah kementeriannya.
Tumpuan Ahad – 09 Jun 2024
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.
Pengunaan rokok elektronik vape akan dikawal dengan ketat - Dzulkefly
Pengunaan rokok elektronik akan dikawal ketat menerusi Peraturan-peraturan kawal selia di bawah Akta Kawalan Produk Merokok Demi Kesihatan Awam 2024 yang akan dikuatkuasakan bulan ini.
Kenyataan fitnah, jejas reputasi Suria FM akan diambil tindakan
Ia susulan kontroversi penamatan kontrak penyampai radio segmen petang Suria FM, Tyzo Xander.
Gabungan Suria FM & ERA cipta sejarah, raih pengiktirafan The Malaysia Book of Records
Sejarah tercipta menerusi gabungan segmen pagi Morning Morning Suria dan 3 Pagi ERA.