awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Jawatankuasa penganjur Olimpik siasat punca kerosakan pingat
Kerajaan peruntuk RM9.8 juta pada 2025 tangani penyakit, perosak utama sawit - KPK
Turkiye henti eksport ayam itik untuk stabilkan pasaran domestik
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Gadis 14 tahun dipercayai terpengaruh IS sebelum memasuki Tahfiz

Bernama
Bernama
22/02/2015
07:27 MYT
Gadis 14 tahun dipercayai terpengaruh IS sebelum memasuki Tahfiz
Gadis 14 tahun dipercayai terpengaruh IS sebelum memasuki Tahfiz. - Gambar Hiasan
Bukit Aman percaya gadis berusia 14 tahun yang cuba menyertai kumpulan militan IS di Syria, telah terpengaruh dengan ideologi kumpulan itu sebelum memasuki sekolah tahfiz lagi.
Ketua Penolong Pengarah Bahagian Counter Terrorism, Cawangan Khas Bukit Aman SAC Datuk Ayub Khan Mydin Pitchay berkata ini berdasarkan hasil siasatan awal terhadap gadis itu.
Bagaimanapun, siasatan tetap diteruskan untuk melihat sama ada terdapat pembabitan sekolah tahfiz berkenaan dalam penyebaran ideologi IS, katanya ketika dihubungi hari ini.
"Kita telah kenal pasti sekolah tahfiz itu dan setakat ini kita tengah siasat ... bagaimanapun saya yakin gadis ini sebelum memasuki tahfiz itu, dia telah terdedah dengan pengaruh IS melalui internet.
"Kita juga akan siasat guru-guru di sekolah tahfiz berkenaan termasuk latar belakang mereka," katanya.
Rabu lepas, gadis itu ditahan di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA), Sepang ketika cuba pergi ke Syria melalui Mesir.
Gadis yang berasal dari Muar itu merupakan pelajar pengajian agama di sebuah institut tahfiz di Shah Alam.
Topic Berkaitan
#IS
#militan
#Syria
#tahfiz
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan