SEREMBAN: Seorang gadis lepasan Sijil Pelajaran Malaysia di sini kerugian RM5,350 selepas terpedaya dengan tawaran kerja sambilan membungkus batu jed menerusi laman sosial, baru-baru ini.
Ketua Polis Daerah Port Dickson Supt Aidi Sham Mohamed berkata, gadis berusia 18 tahun itu mendakwa melihat iklan kerja berkenaan di Facebook dan kemudian berurusan dengan seorang individu melalui aplikasi WhatsApp mengenai perkara itu.
"Mangsa (gadis) dimaklumkan supaya membuat bayaran pendaftaran sebanyak RM350 dan akan dibekalkan tujuh beg dengan setiap beg mengandungi 5,000 batu jed yang perlu dibungkus dalam tempoh 45 hari serta dijanjikan bayaran sebanyak RM5,000.
"Mangsa dikatakan menggunakan wang milik ibunya untuk melakukan pembayaran menerusi lima transaksi bermula 14 Julai hingga 13 Ogos lepas ke dua akaun bank tempatan dengan jumlah keseluruhan sebanyak RM5,350," katanya dalam kenyataan hari ini.
Aidi Sham berkata, selepas bayaran selesai dilakukan, mangsa mendakwa dia gagal menerima barangan itu selain terus diminta untuk melakukan pembayaran sebagai yuran ejen.
Beliau berkata mangsa yang menyedari telah ditipu kemudian membuat laporan polis pada 13 Ogos lepas dan kes itu kini disiasat mengikut Seksyen 420 Kanun Keseksaan kerana menipu.
"Orang ramai dinasihati supaya tidak mudah terpengaruh dengan tawaran kerja dengan gaji tinggi selain membuat semakan nombor http://ccid.rmp.gov.my/semakmule/ sebelum membuat sebarang transaksi serta menyemak latar belakang syarikat terlebih dahulu," katanya.
-- BERNAMA
Bernama
Sun Aug 22 2021
Mangsa dikatakan menggunakan wang milik ibunya untuk melakukan pembayaran menerusi lima transaksi. - Gambar hiasan
Agenda AWANI: Banjir 2.0 | Jaga nyawa diri dan anggota penyelamat
Siap siaga lebih awal, tambah baik pergerakan operasi dan penyelarasan keperluan aset dan logistik. Itu persediaan yang dilakukan Jabatan Bomba dan Penyelamat (JBPM) dalam misi bantuan banjir gelombang kedua dan seterusnya. Temu bual bersama KP JBPM Datuk Noor Hisham Mohammad 8.30 malam ini.
AWANI Ringkas: LRT Mutiara | Sidang Parlimen
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
AWANI Ringkas: Mahkamah | Dadah | Kes Hilang
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Pindaan RUU 588: Satira, parodi bukan lagi jenayah selagi tidak ‘jelik melampau’ - Fahmi
Menteri Komunikasi, Fahmi Fadzil berkata Rang Undang-undang (RUU) Komunikasi dan Multimedia (Pindaan) 2024 menegaskan kebebasan dan hak bersuara rakyat dalam batas yang khusus. Jelasnya dalam pindaan ini, kesalahan dibawah Seksyen 233 tidak lagi menjadikan satira dan parodi sebagai suatu jenayah secara automatik.
Faisal Halim antara 94 penerima Anugerah Sultan Selangor
Pemain sayap Selangor FC, Faisal Halim menerima pingat darjah kebesaran Ahli-Sultan Sharafuddin Idris Shah sempena ulang tahun hari keputeraan ke-79 Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah pada Rabu.
Faisal atau dikenali dengan panggilan Mickey antara 94 penerima darjah dan bintang kebesaran yang berlangsung di Balairung Seri, Istana Alam Shah, Klang.
Faisal atau dikenali dengan panggilan Mickey antara 94 penerima darjah dan bintang kebesaran yang berlangsung di Balairung Seri, Istana Alam Shah, Klang.
Banjir surut, penduduk pulang, tetapi siap sedia kembali ke PPS
Situasi banjir di Terengganu yang mula surut ketika ini membolehkan penduduk terjejas pulang ke kediaman masing-masing, namun mereka sentiasa siap sedia untuk kembali semula ke PPS dalam tempoh Monsun Timur Laut ini.
MTDC perkukuh teknologi tempatan dengan pelancaran dana MySTI
Malaysian Technology Development Corporation (MTDC) melancarkan Dana Uji Beli (DUB) dan Dana Mudah Cara (DMM) di bawah program MySTI, dalam usaha memperkukuhkan inovasi dan pengkomersialan teknologi tempatan.
Kerajaan pandang serius isu penyamaran nelayan asing
Jika terdapat penyalahgunaan lesen, tindakan tegas akan diambil di bawah Seksyen 13 Akta Perikanan 1985 termasuk penggantungan atau pembatalan lesen vesel.
Situasi di Semenanjung Gaza semakin merosot - Pegawai PBB
Penyelaras Kanan PBB berkata, sejak April lepas UNSC telah diingatkan mengenai risiko keruntuhan undang-undang dan ketenteraman.
Mahkamah benarkan kerajaan halang PetroSaudi guna dana RM1.61 bilion
Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur pada Rabu membenarkan permohonan kerajaan untuk menghalang PetroSaudi International Ltd (PSI) dan pengarahnya, Tarek Obaid, daripada menggunakan dana sebanyak AS$340 juta (RM1.61 bilion) yang dikaitkan dengan 1Malaysia Development Berhad (1MDB).
Hakim Datuk Ahmad Shahrir Mohd Salleh membenarkan perintah larangan tersebut selepas pihak pendakwa raya berjaya membuktikan melalui afidavit bahawa dana AS$340 juta itu merupakan subjek atau bukti dalam kesalahan pengubahan wang haram.
Hakim Datuk Ahmad Shahrir Mohd Salleh membenarkan perintah larangan tersebut selepas pihak pendakwa raya berjaya membuktikan melalui afidavit bahawa dana AS$340 juta itu merupakan subjek atau bukti dalam kesalahan pengubahan wang haram.
Pesara swasta rugi RM873,000 terperdaya pelaburan saham tidak wujud
Lelaki warga emas itu berminat untuk membuat pelaburan yang menjanjikan keuntungan sebanyak 10 hingga 30 peratus dalam tempoh tiga hari.
Doktor gigi, jurutera rugi ratusan ribu jadi mangsa 'scam'
Mangsa yang terperdaya telah memasukkan wang melalui 15 transaksi ke sembilan akaun suspek yang berbeza sebelum mangsa membuat laporan polis.
AI kini digunakan untuk buang masa scammer talian telefon
Di United Kingdom, syarikat telekomunikasi O2 menggunakan kecerdasan buatan untuk menentang penipuan menggunakan talian telefon.
Juruteknik rugi lebih RM900,000 terperdaya pelaburan dalam talian
Lelaki berusia 48 tahun itu menerima mesej WhatsApp daripada individu yang menawarkan pelaburan dengan keuntungan tinggi dalam tempoh satu jam.
Penolong pegawai IT rugi lebih RM153,000 terperdaya pelaburan tidak wujud
Mangsa mendakwa terlibat dengan penipuan pelaburan berasaskan bitcoin setelah mengenali seorang individu menerusi aplikasi Tinder.
Guru rugi lebih RM80,000 ditipu sindiket kerja sambilan
Wanita itu mulanya berminat dengan satu tawaran pelaburan digital ketika melayari Facebook 8 September lepas.
Bekas pegawai kewangan rugi hampir RM500,000 diperdaya skim pelaburan tidak wujud
Mangsa mengakui pertimbangannya dikaburi dengan sifat tamak, dengan bertindak menekan pautan yang diberikan dan dimasukkan ke ruang sembang.
Pusat Respons Scam Kebangsaan terima 122,603 panggilan aduan sehingga Ogos 2024 - MOF
Berdasarkan aduan yang diterima itu, jumlah kerugian yang dialami mangsa adalah sebanyak RM371 juta.
Suri rumah rugi hampir RM700,000 terperdaya pelaburan tidak wujud
Seorang suri rumah kerugian RM690,000 selepas terperdaya skim pelaburan tidak wujud dalam talian yang menjanjikan pulangan berganda.
Jurutera Singapura rugi RM1.9 juta ditipu pelaburan tidak wujud
Tertarik janji keuntungan lima hingga 12 peratus, jurutera Singapura kerugian RM1.9 juta akibat penipuan pelaburan saham tidak wujud secara dalam talian.