Gadis Kristian peluk Islam, ucap dua kalimah syahadah di hadapan Dr Zakir Naik

Syafique Shuib
April 15, 2016 03:18 MYT
Wu Nina Grace (gambar) menjelaskan beliau selalu mengamalkan surah al Fatihah, tiga Qul dan ayat Kursi. -Gambar YouTube/Web TV Terengganu
Seorang gadis Kristian yang mengikuti ceramah Dr Zakir Naik di Padang Astaka, Terengganu malam tadi memeluk Islam setelah berpuas hati dengan penjelasan penceramah terkenal antarabangsa itu.
Ceramah yang turut dimuat naik menerusi 'Web TV Terengganu' di YouTube menunjukkan Wu Nina Grace menjelaskan beliau selalu mengamalkan surah al Fatihah, tiga Qul dan ayat Kursi.
“Adakah saya tidak menghormati agama Islam,” tanya pelajar berusia 19 tahun itu ketika sesi soal jawab.
BACA: Ceramah Dr Zakir Naik: 40,000 tidak berganjak walaupun hujan
Dr Zakir terus bertanyakan jika beliau percaya bahawa hanya ada satu tuhan dan kenabian Muhammad.
Wu Nina Grace setuju dengan Dr Zakir dan beliau terus berkata, “Kalau awak percaya dengan konsep ini, saya percaya awak adalah seorang Muslim.
“Awak mahu ucap dua kalimah syahadah?”
Wu Nina Grace terdiam seketika dan kemudian bersetuju untuk mengucap dua kalimah syahadah setelah ditanya Dr Zakir beberapa kali.
Beliau kelihatan sebak dan terus dipeluk oleh dua wanita.
Hampir 40,000 orang hadir mengikuti ceramah terakhir Dr Zakir di Terengganu dan tidak berganjak walaupun hujan renyai-renyai.
Program yang diadakan di Padang Astaka itu merupakan ceramah keempat Dr Zakir sejak tiba di Terengganu 9 April lepas.
#Dr Zakir Naik #padang astana #peluk islam #Web TV Terengganu #Wu Nina Grace