KUALA BERANG: Jurumandi jenazah bukan sahaja bidang yang jarang menjadi pilihan, malah ia agak 'digeruni' terutama bagi golongan muda.
Namun berbekalkan semangat ingin tahu yang tinggi dan berhasrat menunaikan fardu kifayah itu, Nur Akmaliah Alias telah bergelar sebagai pembantu jurumandi jenazah dan menguruskan lebih 50 kematian sejak berusia 18 tahun lagi.
Pelajar Sarjana Kesusasteraan Melayu di Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) yang kini berumur 26 tahun itu, mengikut jejak langkah ibunya Rosmawati Abdullah, 53, yang merupakan seorang jurumandi jenazah.
"Segalanya bermula apabila saya mengikuti ibu memberi kursus pengurusan jenazah kepada orang kampung. Apabila tiba sesi amali mengkafankan jenazah, tiada siapa yang mahu menjadi model atau berlakon sebagai jenazah. Jadi ibu menyuruh saya berlakon (sebagai jenazah).
"Semasa 'dikafankan' itu timbul keinsafan dalam diri dan saya rasa saya perlu belajar memandikan dan menguruskan jenazah, kerana akhirnya kita semua walau siapa sahaja di dunia ini, akan ke situ (meninggal dunia) juga," katanya ketika ditemui Bernama di kediamannya di Jalan Seri Berang di sini hari ini.
Katanya beliau tidak akan melupakan pengalaman menguruskan jenazah pesakit HIV tiga tahun lalu, yang memerlukannya memakai dua lapis sut perlindungan diri (PPE), dan terpaksa menahan kesedihan melihat keadaan jenazah yang menyayat hati.
Dalam pada itu gadis manis ini menyeru golongan muda sepertinya supaya menuntut ilmu berkaitan pengurusan jenazah, kerana bidang itu kini kebanyakannya hanya diceburi golongan yang lebih berusia.
"Kalau tidak ada orang muda mempelajari pengurusan jenazah, siapa yang akan jadi pelapis nanti. Ini fardu kifayah, kita kena tahu supaya kalau ada ahli keluarga meninggal kita sudah tahu apa yang perlu dibuat. Saya juga sarankan ibu dan bapa kalau menyertai kursus pengurusan jenazah, bawa lah anak-anak remaja mereka bersama," katanya.
Selain Nur Akmaliah, dua abangnya iaitu Mohd Sallehuddin, 36, dan Mohd Imran, 34, turut mempunyai Sijil Pembantu Jurumandi Jenazah, manakala ibunya memiliki Sijil Jurumandi Jenazah.
Sementara itu bagi seorang pemuda Muhammad Nuridzzuan Abd Rashid, 25, menguruskan jenazah yang kehilangan anggota badan, berbau busuk dan telah reput, merupakan antara cabaran yang terpaksa dihadapinya sejak menjadi pembantu jurumandi jenazah empat tahun lalu.
Namun katanya, situasi tersebut tidak pernah menghalangnya untuk terus menguruskan jenazah, kerana ingin berbakti kepada masyarakat selain mempunyai minat yang mendalam terhadap bidang itu.
Beliau yang juga bekerja sebagai tukang gunting rambut itu, menganggap pengalamannya menguruskan hampir 50 jenazah pesakit COVID-19 sebagai sesuatu yang sangat berharga dan tidak akan dilupakan sehingga ke akhir hayatnya.
"Semasa pandemik COVID-19 sedang mengganas di Malaysia, Hospital Hulu Terengganu di sini merupakan antara hospital utama di negeri ini, dijadikan sebagai pusat kuarantin dan rawatan pesakit wabak itu.
"Jadi memang kerap saya ikut serta menguruskan jenazah dengan memakai PPE," katanya ketika ditemui Bernama di kediamannya di Kampung Telaga di sini hari ini.
Anak bongsu daripada lima beradik itu berkata kerjaya sebagai pembantu jurumandi jenazah turut menuntut pengorbanan masa, kerana waktu kerja yang tidak menentu.
"Ada masa pukul 1 pagi saya terpaksa ke hospital menguruskan jenazah. Pernah juga sewaktu sedang menggunting rambut pelanggan saya terpaksa bergegas kerana ada kematian. Apa boleh buat, itu memang minat saya," katanya.
-- BERNAMA
Bernama
Tue Jan 18 2022
Nur Akmaliah Alias mengikut jejak langkah ibunya, Rosmawati Abdullah, yang merupakan seorang jurumandi jenazah. - Bernama
Lapan mangsa tragedi helikopter TLDM terhempas selamat dikebumi
Tiada kata-kata yang dapat menggambarkan kesedihan ahli keluarga dan waris yang mengiringi perjalanan terakhir mangsa.
[LAPOR LANGSUNG] Nahas helikopter Lumut: Lapan mangsa selamat dikebumi
Suasana sedih dan pilu menyelubungi majlis pengebumian lapan daripada 10 jenazah mangsa nahas berkenaan.
Nahas helikopter: Pulau Pinang sedia bantu keluarga Muhammad Firdaus
Chow tidak memperinci bentuk bantuan yang bakal disalur namun memberitahu akan melawat keluarga Allahyarham di Pantai Jerejak hari ini.
Hujan sambut ketibaan jasad Joanna di kampung halaman
Jasad mendiang yang tiba dalam suasana rintis syahdu hujan disambut dengan istiadat ketenteraan oleh 27 pegawai dan 80 lain-lain anggota.
Amalan pemakanan tidak sihat, kurang aktiviti fizikal punca utama obesiti - Dr Dzulkefly
Amalan pemakanan yang tidak sihat dan kurang aktiviti fizikal merupakan komponen utama yang menyumbang kepada masalah obesiti, kata Menteri Kesihatan Datuk Seri Dr Dzulkefly Ahmad.
Tangisan anak bongsu iringi pengebumian Komander Amir
Jenazah Allahyarham selamat dikebumikan di kampung halamannya itu tepat pada jam 12.30 malam.
Tingkat jumlah pelajar antarabangsa: KPT rangka langkah permudah prosedur imigresen
Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT) sedang merangka langkah untuk mempermudahkan prosedur imigresen dalam usaha meningkatkan bilangan pelajar antarabangsa ke Malaysia.
Malaysia manfaatkan sepenuhnya FTA, jana FOB bernilai RM41.03 bilion pada suku pertama 2024 - MITI
Malaysia memanfaatkan sepenuhnya perjanjian perdagangan bebas (FTA) yang dimeterai dengan ekonomi luar dan berjaya menjana percuma atas kapal (FOB) sebanyak RM41.03 bilion pada suku pertama tahun ini.
Debut Sukan Olimpik 'langkah besar' dalam karier Nurul Izzah Izzati
Bintang muda berbasikal trek negara Nurul Izzah Izzati Mohd Asri menyifatkan penampilan sulungnya pada Sukan Olimpik 2024 di Paris sebagai 'langkah besar' dalam kariernya.
Raja Salman jalani pemeriksaan kesihatan di Hospital Jeddah
Pemeriksaan itu yang diadakan pada Rabu (24 April), dijangka berlangsung beberapa jam.
Kerajaan negeri tanggung pengurusan jenazah empat beradik
Bantuan awal turut diberikan melalui MAINJ sebanyak RM3,000 serta bantuan kecemasan daripada Pejabat Daerah Muar sebanyak RM2,000.
Tiga pembantu kesihatan dipenjara sehari, denda terima rasuah urus jenazah
Mahkamah memerintahkan kesemua mereka menjalani hukuman penjara bermula hari ini dan dipenjara enam bulan lagi jika gagal membayar denda.
Jenazah pesakit COVID-19 boleh dimandi, dikafankan - Khairy
KKM menetapkan tatacara pengurusan jenazah Islam yang dijangkiti COVID-19 dibenarkan untuk dimandi dan dikafankan dengan amalan langkah berjaga-jaga.
Rasuah pengurusan jenazah: Tiga petugas kesihatan direman lima hari
Ketiga-tiga lelaki itu direman bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 17(a) Akta SPRM 2009 bagi kesalahan meminta dan menerima rasuah.
Minta, terima suapan babit pengurusan jenazah, 4 lagi individu ditahan SPRM
Semua suspek lelaki yang berkhidmat di salah sebuah hospital di Selangor dipercayai telah meminta dan menerima wang suapan terbabit bagi setiap pengurusan jenazah.
Gadis, pemuda tidak kekok menjadi pembantu jurumandi jenazah
Nur Akmaliah Alias mengikut jejak langkah ibunya, Rosmawati Abdullah, yang merupakan seorang jurumandi jenazah.
Lagi kakitangan Hospital Kajang didakwa rasuah pengurusan jenazah
Mohd Fariq bagaimanapun mengaku tidak bersalah apabila pertuduhan terhadapnya dibacakan di hadapan hakim.
Proses tayamum tidak perlu pada jenazah COVID-19 jika berisiko - Mufti Selangor
Perkara itu diputuskan dalam satu mesyuarat khas Jawatankuasa Fatwa Negeri Selangor pada 7 Ogos lalu.
KETENGAH salur bantuan kewangan tanggung kos pengurusan jenazah
Bantuan yang disalurkan itu adalah sumbangan daripada keuntungan operasi anak syarikat dibawah KETENGAH.
Kos urus jenazah: HRPZII tidak kenakan bayaran guna fasiliti - Pengarah
Hospital Raja Perempuan Zainab II (HRPZII) menegaskan tidak mengenakan sebarang bayaran untuk penggunaan fasiliti dan utiliti bagi urusan menyempurnakan jenazah pesakit COVID-19.