awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Perolehan projek tentera : Beberapa syarikat terpilih 'dominasi' projek bernilai tinggi - SPRM
8,006 sukarelawan SPM dilantik tahun ini, tertinggi sejak 2023 - Fadhlina
Tanah runtuh: Tapak kedai makan popular di Jalan Simpang Pulai–Cameron Highlands ditutup sebulan
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Gagal hadir bicara, Uthayakumar dikenakan waran tangkap

Bernama
Bernama
29/04/2013
09:11 MYT
Gagal hadir bicara, Uthayakumar dikenakan waran tangkap
Mahkamah Sesyen di sini hari ini mengeluarkan waran tangkap terhadap P. Uthayakumar kerana gagal hadir ke mahkamah pada perbicaraan kesnya hari ini.
Hakim Ahmad Zamzani Mohd Zain membenarkan permohonan Timbalan Pendakwa Raya Nor Azlina Rasdi supaya waran tangkap dikeluarkan terhadap peguam itu kerana gagal hadir pada perbicaraan kesnya iaitu menerbitkan satu surat berbaur hasutan di laman web 'Police Watch' enam tahun lalu.
Penjamin kepada Uthayakumar hadir ke mahkamah dan memberitahu beliau menerima sijil sakit peguam itu bertarikh 2 April hingga 17 Mei pada 4 April lepas, serta diminta menyerahkannya hari ini. Pada 17 Dis 2007, Uthayakumar mengaku tidak bersalah atas pertuduhan itu yang didakwa dilakukan antara 15 Nov dan 8 Dis 2007.
Bagi kesalahan itu, Uthayakumar didakwa mengikut Seksyen 4(1)(c) Akta Hasutan dan boleh didenda tidak lebih RM5,000 atau penjara sehingga tiga tahun, atau kedua-duanya sekali jika sabit kesalahan. Uthayakumar akan bertanding bagi kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Sri Andalas dan Parlimen Kota Raja pada pilihan raya umum 5 Mei ini.
Topic Berkaitan
#PRU-13
#Uthayakumar
#waran tangkap
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan