awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Mesej Krismas Raja Charles: Tekankan perpaduan dalam kepelbagaian komuniti
Turkiye tahan 115 suspek Daish rancang serangan tahun baharu
Jangan lihat kuasa pengampunan Agong daripada kaca mata politik, kehendak massa semata-mata - Pakar
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Gagal kemuka borang cukai pendapatan, pengarah syarikat didenda RM9,000

Bernama
Bernama
20/12/2023
08:41 MYT
Gagal kemuka borang cukai pendapatan, pengarah syarikat didenda RM9,000
Mahkamah turut memerintahkan Nur Faraziela membayar tunggakan cukai bagi tahun taksiran 2019 dan 2020 berjumlah 178,849.71. - Foto Bernama
KUALA TERENGGANU: Seorang pengarah syarikat pembinaan didenda RM9,000 dan dikenakan penalti khas berjumlah RM536,549.13 oleh Mahkamah Majistret di sini hari ini selepas mengaku bersalah atas pertuduhan gagal mengemukakan penyata pendapatan bercukai kepada Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) selama dua tahun.
Majistret Yuhanis Mohd Roslan menjatuhkan hukuman itu ke atas Nur Faraziela Mohamad, 42, dan turut memerintahkannya membayar tunggakan cukai bagi tahun taksiran 2019 dan 2020 berjumlah 178,849.71.
Mahkamah juga mengarahkan Nur Faraziela dipenjara sembilan bulan sekiranya gagal membayar denda. Dia membayar denda itu.
Mengikut pertuduhan, wanita itu yang merupakan pengarah dan pemegang saham majoriti syarikat Cherang Sepadu Sdn Bhd telah gagal mengemukakan Borang Nyata Cukai Pendapatan (Borang C) bagi tahun taksiran 2019 dan 2020.
Pendapatan bercukai syarikat itu pada 2019 adalah sebanyak RM28,083 yang boleh dikenakan cukai RM4,774.11 manakala pada 2020 pendapatan bercukai RM900,315 yang boleh dikenakan cukai RM174,075.60.
Pertuduhan dikemukakan mengikut Seksyen 112 (1A) Akta Cukai Pendapatan 1967 yang boleh dikenakan denda antara RM1,000 sehingga RM20,000 atau penjara tidak melebihi enam bulan atau kedua-duanya dan penalti khas sebanyak tiga kali ganda amaun cukai yang sepatutnya dikenakan, jika sabit kesalahan.
Pendakwaan dikendalikan Pegawai Pendakwa LHDN Noor Mazida Buliami manakala Nur Faraziela, tidak diwakili peguam.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#pengarah syarikat didenda
#penyata pendapatan bercukai
#LHDN
#tunggakan cukai
#penalti khas
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan