KINABATANGAN: Seekor gajah Borneo Pygmy ditemui mati di kawasan Sanktuari Hidupan Liar Hilir Kinabatangan, berhampiran Sungai Resang Sukau pada Sabtu lalu.
Gajah betina berusia 25 tahun itu ditemui oleh pihak penyelidik hidupan liar pada jam 8.30 pagi sebelum satu laporan polis dibuat di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kinabatangan.
Ketua Polis Daerah Kinabatangan, Superintendan Dzulbaharin Ismail berkata, pihaknya menerima laporan kejadian itu pada hari yang sama iaitu pada jam 7.11 malam.
Katanya, bertindak atas maklumat diterima, sepasukan pegawai dan anggota dari Bahagian Siasatan Jenayah IPD Kinabatangan bersama Jabatan Hidupan Liar (JHL) Kinabatangan, Unit Veterinar Sepilok dan Unit Penyelamat Hidupan Liar Kinabatangan ke lokasi kejadian.
"Lokasi terletak kira-kira 66 kilometer dari Pekan Kinabatangan dan sebaik tiba, siasatan mendapati bangkai terbabit adalah gajah jenis Borneo Pygmy betina berusia lingkungan 25 tahun.
"Pemeriksaan fizikal mendapati tiada organ-organ gajah yang hilang dan gajah tersebut dipercayai telah mati dalam tempoh tiga hingga empat hari dari tarikh ditemui," katanya ketika dihubungi Sinar Harian pada Isnin.
Katanya lagi, hasil bedah siasat yang dijalankan, kematian haiwan itu berpunca daripada keradangan teruk pada bahagian organ dalaman.
"Kematian gajah ini berpunca daripada keradangan teruk pada beberapa organ dalaman seperti usus dan perut sehingga organ-organ tersebut gagal berfungsi.
*Berita asal di Sinar Harian
Sinar Harian
Mon Oct 11 2021
Bangkai gajah Borneo Pygmy betina ditemui mati di kawasan Sanktuari Hidupan Liar Hilir Kinabatangan, berhampiran Sungai Resang Sukau, Sukau. -Foto Sinar Harian
Medan anak muda bentuk, tambah baik polisi Wilayah Persekutuan
Suara anak muda Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Putrajaya dan Labuan akan diangkat dalam wadah baharu, iaitu sidang belia Wilayah Persekutuan.
#AWANI745
#AWANI745
Malaysia-Gaza: Bantuan kontena Malaysia berlepas dari Kaherah ke sempadan Rafah
Fasa pertama Misi Bantuan Kemanusiaan Kecemasan 110 kontena Malaysia ke Gaza berlepas dari Kaherah ke sempadan Rafah, pada Selasa.
#AWANI745
#AWANI745
Waspada dan elak stres dalam cabaran cuaca panas
Pakar perubatan dan pakar kaunseling menasihatkan petugas dan bakal jemaah haji Malaysia supaya bersiap sedia dalam keadaan cuaca panas di Madinah dengan suhu yang boleh mencecah sehingga 42 darjah Celcius yang bukan sahaja boleh menimbulkan risiko penyakit berkaitan penafasan serta kulit, tetapi juga boleh menyebabkan tekanan serta emosi yang tidak stabil dalam kalangan jemaah.
#AWANI745
#AWANI745
Kelantan akan selaras kenaikan gaji penjawat awam negeri - MB
Kerajaan Kelantan akan menyelaraskan kenaikan gaji penjawat awam negeri itu seiring dengan kenaikan gaji penjawat awam kerajaan Persekutuan.
[TERKINI] Perkukuh kawal selia BBP melalui penggubalan akta
Kerajaan memandang serius isu kelemahan tatakelola dalam pengurusan Entiti Berkepentingan Kerajaan yang menyebabkan ketirisan wang awam, salah guna kuasa dan menjejaskan imej negara.
[TERKINI] Selangor FC hantar permohonan rasmi tunda Piala Sumbangsih
Selangor FC telah menghantar surat permohonan rasmi untuk menunda perlawanan Piala Sumbangsih 2024 yang dijadualkan berlangsung pada Jumaat ini.
Hajat terakhir papa nak main layang-layang - Anak Hail Amir
Hasrat terakhir Allahyarham Datuk Hail Amir untuk bermain layang-layang bersama cucu-cucu tidak kesampaian apabila meninggal dunia pada petang semalam.
Lebih banyak syarikat Jerman akan melabur di Malaysia - Chang
Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi (MOSTI) yakin lebih banyak syarikat Jerman akan memasuki Malaysia untuk melabur susulan pelaburan besar oleh Infineon Technologies AG baru-baru ini.
Agong, Raja Permaisuri berangkat pulang ke tanah air, selesai lawatan negara ke Singapura
Yang di-Pertuan Agong Sultan Ibrahim dan Raja Permaisuri Agong Raja Zarith Sofiah berangkat pulang ke tanah air hari ini, selepas selesai mengadakan lawatan negara ke Singapura selama dua hari.
Selangor mahu tunda Piala Sumbangsih
SELANGOR FC telah menghantar surat kepada Liga Bola Sepak Malaysia (MFL) memohon untuk menunda perlawanan Piala Sumbangsih yang bakal berlangsung pada Jumaat ini.
Gajah Borneo Pygmy betina ditemukan mati
Hasil bedah siasat yang dijalankan, kematian haiwan itu berpunca daripada keradangan teruk pada bahagian organ dalaman.