awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Jualan kereta Eropah meningkat pada November
Komitmen Kerajaan MADANI pastikan setiap pelaburan beri pulangan kepada rakyat - PM Anwar
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Gajah jantan berjaya ditangkap di Baling

Bernama
Bernama
17/07/2022
02:45 MYT
Gajah jantan berjaya ditangkap di Baling
Haiwan dianggar berusia 10 hingga 12 tahun itu berjaya ditangkap kira-kira 10 pagi di kawasan kebun getah. - Foto Perhilitan
BALING: Seekor gajah jantan yang dipercayai merosakkan tanaman di Kampung Seri Ketengga dekat sini berjaya ditangkap Unit Tangkapan Gajah (UTG), Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara (Perhilitan) Kedah semalam.
Pengarah Perhilitan Kedah Jamalul Nasir Ibrahim berkata haiwan dianggar berusia 10 hingga 12 tahun itu berjaya ditangkap kira-kira 10 pagi di kawasan kebun getah dan kemudian ditambat pada pokok getah di situ sebelum akan dipindahkan ke kawasan selamat.
"Perhilitan daerah Baling menerima aduan kira-kira 9 pagi, 15 Julai lepas mengenai kemunculan seekor gajah yang merosakkan tanaman dan mendatangkan ketakutan kepada pekebun. Gajah jantan ini berjaya ditangkap dan didapati berada dalam keadaan sihat," katanya ketika dihubungi Bernama hari ini.
Jamalul Nasir berkata gajah dengan tapak kaki berukuran 25.4 sentimeter dan gadingnya sepanjang kira-kira 17.8 sentimeter itu sudah beberapa kali dilihat datang ke kawasan terbabit.
"Buat masa ini, kita masih belum memutuskan lokasi untuk memindahkan gajah tersebut. Pemantauan berterusan di lokasi tangkapan akan diteruskan sehingga operasi pemindahan selesai kelak dan gajah liar tersebut akan diberi makan batang pisang pada waktu pagi dan petang oleh Perhilitan," katanya.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#gajah
#Baling
#Perhilitan Kedah
#Unit Tangkapan Gajah
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan