awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Sambutan Krismas meriah dengan upacara keagamaan, aktiviti bersama keluarga
Krisis politik Perlis: Speaker sahkan berlaku kekosongan luar jangka tiga DUN
“Mak pergi dengan satu nafas yang tenang, dia tersenyum…” - Anuar Zain sebak
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Gajah liar muncul di Perumahan MGH bandar Gua Musang

Bernama
Bernama
26/10/2023
15:25 MYT
Gajah liar muncul di Perumahan MGH bandar Gua Musang
Gajah liar ditemui berkeliaran di perumahan MGH bandar Gua Musang. - Gambar ihsan pembaca
GUA MUSANG: Warga Perumahan MGH bandar Gua Musang di sini digemparkan dengan 'kehadiran' seekor gajah yang berkeliaran di penempatan itu awal pagi Khamis.
Muhamad Faez Azmi, 28, yang merakamkan kejadian itu berkata dia terjaga kira-kira 4.30 pagi apabila terdengar bunyi deruman haiwan itu di hadapan rumahnya.
"Saya sempat merakam gambar dan video kejadian gajah yang dianggarkan setinggi tiga meter dari beranda rumah dan menghantar gambar itu ke kumpulan WhatsApp perumahan untuk makluman jemaah masjid bagi mengelak mereka terserempak dengan haiwan itu.
"... gajah berkenaan dilihat membawa sebiji kelapa di dalam mulutnya," katanya ketika ditemui pemberita di Perumahan MGH, pada Khamis.
Seorang lagi penduduk Ruzaini Bakar, 51, berkata ini kali pertama insiden seumpama itu berlaku di kawasan perumahan tersebut.
"Kami tidak menyangka akan ada kejadian gajah masuk ke kawasan rumah yang terletak di bandar Gua Musang.
"Pihak anggota Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara (Perhilitan) telah datang pagi tadi, diharapkan tindakan segera diambil supaya penduduk lebih selamat," katanya.
Sementara itu, Pengarah Perhilitan Kelantan Mohamad Hafid Rohani mengesahkan pihaknya telah menerima aduan berhubung kejadian tersebut.
"Sejurus menerima aduan penduduk anggota kami terus mengenal pasti tempat kejadian untuk meninjau keadaan," katanya.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#gajah liar
#Gua Musang
#Perumahan MGH
#Perhilitan
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan