UTTAR PRADESH: Seekor gajah mencetuskan kekecohan apabila ia tiba-tiba mengamuk dan merosakkan venue majlis perkahwinan di Prayagraj dekat sini pada Jumaat.

Dalam kejadian di kampung Amlapur pada 11 Jun lalu, pengantin lelaki Anand Tripathi dari kampung Naryanpur tiba di rumah pengantin perempuan menaiki pedati ditarik seekor gajah.

Keadaan tenang sehinggalah bunyi mercun di majlis itu menyebabkan gajah tersebut terkejut lalu mengamuk.

Selain khemah majlis, turut dirosakkan empat buah kereta yang diletak di pekarangan majlis.

Pengantin lelaki yang berada di dalam pedati ditarik keluar dan melarikan diri dari tempat kejadian.

Keadaan kembali tenang apabila pegawai jabatan hutan dan polis berjaya mengawal gajah tersebut.

Tiada kecederaan dilaporkan dan majlis diteruskan tidak lama kemudian.