SUNGAI SIPUT: Bangunan dan beberapa kelengkapan Sekolah Kebangsaan (SK) Pos Perwor dekat Lasah di sini mengalami kerosakan teruk selepas diserang sekumpulan gajah liar dalam kejadian Khamis lalu.
Serangan sekitar jam 2 pagi itu mengakibatkan kerosakan di bahagian tingkap kelas pra sekolah dengan jeriji besi bengkok dan cermin pecah.
Kelengkapan dapur milik kelas itu turut musnah selain pasu pecah serta tanaman pokok kelapa dan pisang dirosakkan.
Pengarah Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara (Perhilitan) Perak, Yusoff Shariff berkata, maklumat awal mengatakan terdapat enam ekor gajah memasuki kawasan sekolah berkenaan.
Bagaimanapun katanya, serangan itu hanya melihatkan kemusnahan harta benda tanpa sebarang kecederaan orang awam.
"Beberapa anggota daripada Unit Tindakan Gajah (UTG) telah ke lokasi kejadian sebaik menerima maklumat bagi tujuan kawalan dan pemantauan.
"Kawanan gajah itu telah ditembak halau masuk ke kawasan hutan semula. Kemungkinan haiwan tersebut keluar dari habitatnya untuk mencari sumber makanan," katanya.
Kejadian itu dikongsi Penolong Pegawai Pendidikan Daerah (PPD) Kuala Kangsar, Mohd Rassidee Mohd Rasid menerusi Facebooknya pada Jumaat.
Ketika dihubungi Sinar Harian, Mohd Rassidee berkata, kejadian serangan gajah itu adalah kali kedua dilaporkan tahun ini.
Manurutnya, kejadian pertama pada April lepas mengakibatkan kerosakan di bahagian pagar belakang sekolah dan dinding kelas pemulihan.
"Kali ini amukan gajah lebih dahsyat. Banyak kelengkapan yang rosak dan memerlukan kos agak tinggi untuk baik pulih.
"Kami syaki kumpulan haiwan ini masuk melalui pagar belakang yang masih dalam proses baik pulih," katanya.
Beliau berkata, kejadian tidak mengganggu proses pembelajaran 23 murid pra sekolah kalangan orang asli Temiar di kawasan itu kerana telah ditempatkan sementara di kelas lain.
Menurutnya, ketika ini, ibu bapa dan murid diganggu rasa takut dan bimbang sekiranya berlaku lagi ancaman dan serangan gajah.
"PPD bersama Jabatan Pendidikan Negeri (JPN) telah mengambil tindakan sewajarnya. Laporan kerosakan juga telah dikemukanan agar tindakan segera dapat diambil," katanya. -- Sinar Harian
Sinar Harian
Sat Jun 10 2023
Bahagian dapur kelas pra sekolah dalam keadaan tidak terurus akibat serangan gajah pada Khamis. - Foto Facebook Rassidee
Nyanyian karol meriahkan persiapan sambut Krismas
Di Tawau lazimnya acara ini awal disember setiap tahun dari jam 7 malam dan ada kalanya sehingga jam 1 pagi.
376 peserta terpilih sertai SY Startup 2024
Ekoran sambutan hangat ini Menteri Belia, Sukan dan Pembangunan Usahawan Datuk Seri Abdul Karim Rahman Hamzah mengesahkan program ini akan diteruskan pada tahun hadapan.
Kerajaan Sarawak berusaha tingkatkan pengeluaran beras
Menteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan, Datuk Seri Mohamad Sabu berkata bekalan makanan di negara ini mencukupi.
Penyelaras Kemanusiaan PBB suarakan kebimbangan krisis kemanusiaan yang semakin memuncak di Gaza
Muhannad Hadi melahirkan kebimbangan terhadap keadaan keselamatan dan kemanusiaan yang semakin merosot di Semenanjung Gaza.
Loji Electrolyser Sejingkat kurangkan masa penghasilan hidrogen
Loji electrolyser pertama Sarawak di Sejingkat berjaya mengurangkan masa penghasilan satu kilogram hidrogen kepada 30 kilowatt perjam berbanding 40 kilowatt perjam sehingga Julai lalu.
Fadillah setuju dua jawatan tertinggi PBB tidak dipertandingkan
PBB dijadual mengadakan perhimpunan agungnya pada Februari 2025 dengan pertandingan dikatakan tertumpu kepada saingan jawatan Naib Yang DiPertua
PBB perlu bersedia seakarang hadapi PRN - Fadillah
Naib Presiden Kanan PBB Datuk Seri Fadillah Yusof mengingatkan anggota parti itu agar tidak selesa dengan kemenangan besar dan pujian yang diberi kepada kerajaan sebaliknya fokus agar tidak terlepas kuasa ke tangan pihak lain.
353 premis KEMAS rosak akibat banjir di lapan negeri
Sebanyak 353 premis Jabatan Kemajuan Masyarakat (KEMAS) rosak akibat banjir yang melanda lapan negeri sejak November lepas, membabitkan kerugian hampir RM6 juta.
Wanita suara garau cemas bilik hotel diserbu JAIS
Seorang wanita yang memiliki suara garau berdepan detik cemas apabila hotel bajet yang dihuni diserbu Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS).
Fokus Minggu Depan: Masa depan Harimau Malaya dan saingan Kejohanan ASEAN
Ikuti kupasan Pensyarah Kanan Fakulti Sains Sukan dan Rekreasi UiTM, Mohd Sadek Mustaffa berkenaan masa depan Harimau Malaya dibawah kendalian jurulatih baharu dan berdepan dengan saingan Kejohanan ASEAN.
Gajah 'serang' sekolah Orang Asli di Sungai Siput
Bangunan dan beberapa kelengkapan Sekolah Kebangsaan (SK) Pos Perwor dekat Lasah di sini mengalami kerosakan teruk selepas diserang sekumpulan gajah liar.