KOTA KINABALU: Semua gaji menteri dan pembantu menteri di Sabah akan dipotong 50 peratus bagi membiayai pengurusan pandemik COVID-19.

Ketua Menteri Sabah, Datuk Seri Hajiji Noor berkata, pemotongan 50 peratus selama dua bulan itu berkuat kuasa bulan ini.

Hajiji yang juga Menteri Kewangan Sabah berkata, semua Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) daripada Gabungan Rakyat Sabah (GRS) juga turut melepaskan 30 peratus daripada gaji mereka selama sebulan.

"Pemotongan itu diputuskan jemaah menteri selepas mesyuarat kabinet negeri semalam. Semua simpanan itu akan digunakan sebagai dana membiayai pengurusan pandemik COVID-19.

"Kami kerajaan GRS bersatu untuk terus bersama rakyat dalam menghadapi masa sukar ini," katanya dalam kenyataan pada Khamis.

Dalam mesyuarat itu, Kabinet negeri turut mengumumkan Bantuan Sabah Prihatin 3.0 COVID-19 berjumlah RM120,469,481 juta dan tambahan RM34.4 juta untuk bantuan bakul makanan kepada semua sektor yang terkesan akibat pandemik berkenaan.