Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi mencadangkan gaji minimum bagi tenaga kerja mahir lepasan Latihan dan Pendidikan Teknikal dan Vokasional (TVET) dinaikkan daripada RM1,200 kepada sekurang-kurangnya RM3,500.
Langkah itu jelasnya, bagi menyelaraskan gaji minimum pekerja mahir dari luar negara yang kini memperoleh gaji minimum lebih daripada angka berkenaan.
“Kalau kita lihat kini pekerja mahir yang mendapat kelulusan khas expatriate oleh Imigresen Malaysia mesti mempunyai gaji minima RM3,500. Jadi kita kena samakan (gaji pekerja mahir tempatan) dengan pekerja mahir luar sekurang-kurangnya RM3,500.
“Tentunya kita mesti menaikkan kadar gaji minima pekerja mahir ini menyamai sekurang-kurangnya seperti pekerja expatriate luar negara,”katanya dalam sidang media selepas melancarkan Ekspo TVET Malaysia 2018 di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) di sini hari ini.
Dalam pada itu, Ahmad Zahid juga mencadangkan Majlis TVET Msia diwujudkan seperti mana yang diumumkan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak untuk memperlihatkan keprihathinan kerajaan dasar program berkenaan.
Sehubungan itu satu kertas memorandum mengenai Majlis TVET Malaysia akan disediakan oleh Menteri Sumber Manusia, Datuk Seri Richard Riot sebelum dibentangkan di peringkat kabinet.
“Jika dipersetujui jemaah menteri, saya akan mempengerusikan Majlis TVET Malaysia, bukan sahaja koordinasi, tetapi juga pengiktirafan oleh sebuah badan khusus dapat dilakukan bagi membolehkan kebolehpasaran guna tenaga yang tidak diselaras,” ujarnya.
Tambahnya, Malaysia mensasarkan gaji minima tenaga kerja mahir lepasan TVET akan mencapai RM5,000 pada tahun 2030.
“Ini menggalakkan lebih ramai guna tenaga masuk ke bidang TVET ini. Saya juga mencadangkan selain kemahiran yang akan diperoleh melalui kursus , mereka perlu diberi peluang untuk dapat diploma dan ijazah supaya kombinasi ini akan membolehkan mereka berada di tahap yang sepatutnya . kata beliau lagi.
Ahmad Zahid juga menegaskan TVET bukan lagi pilihan kedua, sebaliknya menjadi pilihan pertama.
Ketika ini katanya, guna tenaga mahir Malaysia mencatatkan 28 peratus dan Malaysia mensasarkan untuk mencapai 43 peratus tenaga kerja mahir apabila negara mencapai status negara maju.
Rahimah Abdullah
Thu Mar 22 2018
Ahmad Zahid mencadangkan gaji minimum bagi tenaga kerja mahir lepasan Latihan dan Pendidikan Teknikal dan Vokasional (TVET) dinaikkan daripada RM1,200 kepada sekurang-kurangnya RM3,500. - Gambar fail
Freedom Flotilla to Gaza: Misi sekali lagi ditangguhkan, dijangka berlepas pada Khamis
Ketika ini lokasi kapal memulakan pelayaran akan ditukarkan ke satu lokasi yang akan diumumkan dalam masa terdekat.
Pihak produksi masih terima Naim Daniel jika ubah fikiran
Ketua saluran Astro Ria, Norzeha Mohd Salleh memberitahu bahawa pihak produksi masih lagi memberi ruang kepada penyanyi tersebut untuk mempertimbangkan semula tawaran yang diberikan.
The Hardest Singing Show cabar kreativiti penyanyi tempatan
Program The Hardest Singing Show mencari satu juara yang mampu menyahut cabaran kreativiti luar limitasi.
Pekerja Ahli Parlimen EU disyaki jadi pengintip China
Polis Jerman telah menahan seorang pekerja ahli politik Parlimen Eropah Alternative for Germany (AfD) kerana disyaki menjadi pengintip China.
Amaran ribut hujan tahap tertinggi dikeluarkan di Guangdong, selatan China
Lebih 100,000 orang sudah dipindahkan akibat hujan lebat dan banjir yang boleh membawa maut di selatan China.
Jokowi dan anaknya bukan lagi ahli PDIP
Presiden Indonesia Joko Widodo atau Jokowi dan anaknya, bakal naib presiden Gibran Rakabuming Raka, bukan lagi ahli parti terbesar negara itu selepas mereka menyokong calon pesaing yang juga pemenang pilihan raya Prabowo Subianto.
Lima migran maut ketika cuba memasuki Perancis
Lima termasuk seorang kanak-kanak, maut dalam cubaan menyeberangi Selat Inggeris dari Perancis pada Selasa.
Polis New York lakukan penahanan himpunan lewat malam
Polis New York bertindak melakukan penahanan membabitkan peserta yang terlibat dalam himpunan solidariti terhadap Palestin di Universiti New York (NYU) pada lewat malam Isnin. Penahanan itu dibuat selepas mereka didakwa mengingkari arahan amaran pihak universiti untuk bersurai dan mengosongkan plaza yang menjadi tempat mereka berkumpul.
Break The Siege: Ada kemungkinan lokasi pelepasan kapal ditukar
Jawatankuasa Pemandu Freedom Flotilla Coalition (FFC), Kamarul Zaman Shaharul Anwar memaklumkan, wujud kemungkinan lokasi pelabuhan bagi pelepasan kapal yang terlibat dalam misi Break the Siege of Gaza Freedom Flotilla ditukar.
Benarkan syarikat milik bukan Islam cetak Al-Quran, pengarah syarikat didenda
Seorang pengarah syarikat percetakan dijatuhi hukuman denda RM8,000 atau penjara lima bulan oleh Mahkamah Majistret Petaling Jaya pada Selasa selepas mengaku salah tidak mematuhi syarat-syarat lesen untuk mencetak atau menerbitkan Teks al-Quran, bulan lepas.
GiatMARA Bagan Datuk dinaik taraf sebagai Malaysia-China Institute
Pada peringkat awal, pusat itu akan melatih 2,000 tenaga TVET yang mendapat tajaan latihan ke negara berkenaan.
Tahun Baharu Tamil, Hari Vishu diharap bawa permulaan hidup harmoni - Ahmad Zahid
Ahmad Zahid berkata kedua-dua sambutan itu mempunyai keunikan budaya dan sejarahnya yang tersendiri.
RM57.15 juta untuk tingkat pengeluaran getah asli negara melalui Petara - Zahid
KKDW melalui RISDA memperuntukkan RM57.15 juta sebagai permulaan usaha meningkatkan pengeluaran hasil getah asli negara, melalui program Petara.
TPM, Jemaah Menteri ucap selamat menyambut Nuzul al-Quran
Ahmad Zahid berkata, al-Quran adalah petunjuk dan membimbing manusia ke arah kebaikan dan kebenaran serta meningkatkan keimanan.
KEDA perlu utamakan keberkesanan projek dilaksanakan - Ahmad Zahid
Peruntukan besar yang disalurkan kerajaan Persekutuan kepada Lembaga Kemajuan Wilayah Kedah (KEDA) harus disusuli dengan keberhasilan dan keberkesanan projek yang dilaksanakan.
Stoking tertera kalimah Allah: Ahmad Zahid minta semua pihak patuhi titah Agong
Ahmad Zahid menegaskan isu tersebut harus diselesaikan dengan sebaiknya supaya tidak timbul sebarang permasalahan, apatah lagi dikaitkan dengan sentimen 3R.
Bukan UMNO runtuhkan Muafakat Nasional - Ahmad Zahid
Presiden UMNO Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi hari ini menegaskan bahawa bukan parti itu yang meruntuhkan Muafakat Nasional (MN).
22 juta umat Islam belanja RM5.4 bilion di bazar Ramadan - Ahmad Zahid
Justeru, Ahmad Zahid mengingatkan kepada umat Islam agar bersederhana ketika berbelanja pada bulan puasa dan mengelak pembaziran.
Presiden UMNO adakan pertemuan tertutup bersama 14 ketua bahagian di Kelantan
Presiden UMNO Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi hari ini mengadakan perjumpaan tertutup bersama 14 Ketua UMNO Bahagian Negeri Kelantan.
KEB: 74 resolusi, 150 program dimuktamadkan hari ini - Ahmad Zahid
Resolusi dan program itu, telah dirangkumkan di bawah Transformasi Ekonomi Bumiputera.