awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Gerai Lemang Kijal bakal berwajah baharu, sedia kemudahan lebih selesa
Piala Malaysia: Selangor menang tipis1-0 ke atas NSFC di Paroi
Algeria bakal batal perjanjian perkhidmatan udara dengan UAE
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Gaji minimum: Kajian menyeluruh untuk penjawat awam

Abd Razak Mohd Ali
Abd Razak Mohd Ali
20/03/2022
10:57 MYT
Gaji minimum: Kajian menyeluruh untuk penjawat awam
Datuk Seri Mohd Shafiq Abdullah berkata, perkara berkenaan perlu pendekatan yang menyeluruh sebelum sebarang keputusan diambil. - Twitter @KKMPutrajaya
IPOH: Kajian menyeluruh perlu dilakukan terlebih dahulu sebelum sebarang keputusan dibuat untuk menaikkan gaji minimum bagi penjawat awam.
Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam, Datuk Seri Mohd Shafiq Abdullah berkata, ia termasuk melihat semula keupayaan kewangan negara untuk menampung jumlah kenaikan tersebut.
“Kita tahu kerajaan mempunyai beban (kewangan) yang tinggi termasuk membayar pencen dan sebagainya.
“Oleh itu, kita perlu pendekatan yang menyeluruhlah (sebelum membuat sebarang keputusan),” ujar beliau.
Mohd Shafiq ditemui selepas majlis perjumpaan dengan pegawai-pegawai kanan negeri Perak di Ipoh pada Ahad.
Pada Sabtu, Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob mengumumkan kerajaan meluluskan pelaksanaan kadar gaji minimum RM1,500 sebulan di seluruh negara mulai 1 Mei ini.
Bagaimanapun, kata Perdana Menteri, perkara itu akan berkuat kuasa terlebih dahulu membabitkan syarikat-syarikat besar dan syarikat berkaitan kerajaan (GLC).
Dalam perkembangan sama, kakitangan kerajaan diingatkan supaya meningkatkan lagi kepercayaan rakyat terhadap perkhidmatan awam di seluruh negara.
Ia termasuk memudah cara perkhidmatan, mengurangkan kerenah birokrasi, tangkas dan berinovasi dengan berpaksikan kepada rakyat.
Topic Berkaitan
#gaji minimum
#penjawat awam
#perkhidmatan awam
#kewangan
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan