KUCHING: Gaji minimum RM1,500 masih dikekalkan di bawah kerangka dasar sistem gaji progresif yang bakal diperkenal oleh kerajaan, kata Menteri Sumber Manusia V. Sivakumar.
Beliau berkata sistem gaji progresif, yang dilihat paling relevan untuk diamalkan di Malaysia, perlu seiring dengan gaji minimum dan meningkatkan produktiviti pekerja sekali gus memberi keuntungan kepada majikan.
"Gaji minimum RM1,500 adalah paras paling asas, sekiranya kita menurunkan angka gaji minimum, itu bukanlah bersifat progresif tetapi regresif," katanya dalam sidang media selepas Program Dialog Perburuhan di sini hari ini.
Sistem gaji progresif merupakan peralihan daripada model pemberian upah minimum kepada kenaikan gaji secara berperingkat dan berfasa supaya ia setanding dengan pertumbuhan ekonomi negara.
Pada Khamis lepas, Menteri Ekonomi Rafizi Ramli berkata dasar sistem gaji progresif diluluskan di peringkat Kabinet dan butirannya akan dibentang dalam Belanjawan 2024 pada Oktober ini dengan jangkaan pelaksanaan pada April atau Mei tahun depan.
Sivakumar juga berkata Mesyuarat Majlis Tindakan Ekonomi Negara yang dipengerusikan Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim bagi memperinci garis panduan dasar itu turut menetapkan pelaksanaan sistem gaji progresif tidak diwajibkan ke atas semua majikan swasta.
"Apabila kita menetapkan RM1,500 sebagai gaji minimum, ia tidak melibatkan soal produktiviti, oleh itu kita mahukan pekerja yang berkemahiran dan mempunyai bakat mendapat bayaran setimpal sekali gus menjadi nilai tambah dan aset kepada majikan mereka untuk kekal bekerja.
"Pada masa akan datang, majikan secara perlahan-lahan akan menyedari keperluan melaksanakan gaji progresif, jadi untuk peringkat awal, kita akan biarkan majikan membuat keputusan sama ada mereka mahu gunakan sistem gaji progresif atau tidak," katanya.
Program itu, yang membincangkan isu perburuhan di Bumi Kenyalang, turut dihadiri Timbalan Menteri di Jabatan Premier Sarawak (Buruh, Imigresen dan Pemantauan Projek) Datuk Gerawat Gala, Pengarah Jabatan Tenaga Kerja Sarawak Awang Raduan Awang Omar serta majikan, kesatuan pekerja dan penyedia latihan di negeri berkenaan.
Sivakumar berkata pihaknya akan meneliti cadangan penggubalan Akta Iklan Gaji agar majikan lebih telus dengan mewajibkan mereka meletakkan tangga gaji dalam iklan pekerjaan yang ditawarkan.
"Cadangan itu baik untuk rakyat dan apa yang baik untuk rakyat, kita sedia pertimbangkan. Kita akan berbincang dengan pihak berkepentingan untuk memperinci perkara ini," katanya sambil menambah buat masa ini, akta itu tidak mewajibkan majikan berbuat demikian.
Terdahulu, Ahli Parlimen Muar Syed Saddiq Syed Abd Rahman menerusi platform media sosial X mengutarakan cadangan itu untuk memberi peluang kepada graduan dan pekerja menilai tawaran gaji terbaik buat mereka.
-- BERNAMA
Bernama
Sat Aug 26 2023
V. Sivakumar (dua, kiri) bersama para peserta tekun melafazkan ikrar pada majlis Dialog Perburuhan Bersama Menteri Sumber Manusia, hari ini. -fotoBERNAMA
Dewan Rakyat lulus RUU Keselamatan Dalam Talian 2024
RUU itu diluluskan melalui undi belah bahagi dengan 77 Ahli Parlimen bersetuju, 55 tidak bersetuju serta 90 tidak hadir.
Proses ukur tanah hak adat bumiputera di Sarawak berbaki 13 peratus
Proses pengukuran tanah Hak Adat Bumiputera (NCR) di Sarawak kini hampir selesai, dengan hanya sekitar 13 peratus daripada keseluruhan keluasan tanah yang dianggarkan masih belum disukat.
Warga emas besarkan anak OKU di rumah daif
Kerana kasih dan kerana sayang seorang ibu tunggal yang sudah mencecah usia 80 tahun terus cekal menjaga anak kurang upaya nya.
Sarawak tidak pinggir subjek BM, utamakan kelulusan
Kerajaan Sarawak tidak pernah meminggirkan kepentingan subjek Bahasa Melayu, malah mengutamakan kelulusan subjek tersebut sebagai syarat kemasukan ke institusi pengajian tinggi miliknya.
Sarawak sasar 609,000 pelancong Indonesia pada 2025
Lembaga Pelancongan Sarawak (STB) menyasarkan ketibaan 609,000 pelancong dari Indonesia ke Sarawak pada tahun depan, didorong oleh daya tarikan gabungan unik budaya, pengembaraan, alam semula jadi, makanan, dan perayaan yang ditawarkan.
Tenaga kerja berkemahiran perlu ambil kira penguasaan AI
Penyediaan 500 ribu tenaga kerja Sarawak berkemahiran pada masa depan perlu mengambil kira kemampuan mereka untuk menguasai teknologi AI atau kecerdasan buatan.
DAP Sabah diberi mandat kaji kedudukan dalam kerajaan negeri
Jawatankuasa Tertinggi Pusat (CEC) DAP memberi mandat penuh kepada pimpinan DAP Sabah untuk mengkaji semula kedudukan parti dalam pentadbiran kerajaan negeri itu, dan mengambil tindakan selanjutnya susulan isu rasuah membabitkan pemimpin di Sabah.
Jangan terpedaya harga murah kenderaan mewah negara jiran
Rakyat Sabah dinasihatkan agar tidak terpedaya dengan tawaran harga murah kenderaan mewah yang dipercayai kereta klon dari negara jiran Brunei Darussalam.
Jumlah mangsa banjir di PPS terus menurun di sebelah petang
Situasi banjir di semua negeri terlibat beransur pulih dengan jumlah mangsa menurun setakat 4 petang tadi.
10 hospital kerajaan tawar khidmat bayar penuh PPBP - Dzulkefly
Perkhidmatan Pesakit Bayar Penuh yang diperkenalkan di fasiliti Kementerian Kesihatan Malaysia semenjak 2007 kini tersedia di 10 hospital awam.
Sivakumar nafi terlibat dengan penemuan RM94 juta
Bekas Menteri Sumber Manusia, V Sivakumar menafikan beliau terlibat dengan penemuan RM94 juta seperti didakwa seorang ahli Parlimen pembangkang.
Rombakan Kabinet: DAP hargai sikap dan kenyataan Sivakumar
Setiausaha Agung DAP, Anthony Loke, menjelaskan Sivakumar tidak mempersoalkan keputusan yang dibuat oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim.
Sivakumar terima keputusan digugurkan, sentiasa berjiwa rakyat
Menurut Ahli Parlimen Batu Gajah itu, beliau telah melakukan yang terbaik sepanjang setahun menjawat portfolio berkenaan.
Kadar pengangguran disasar turun hingga tiga peratus tahun hadapan
Sivakumar berkata kadar sasaran itu mampu dicapai dalam tempoh setahun.
Utamakan tingkat kemahiran, latihan semula untuk pupuk tenaga kerja mampan - Sivakumar
Majikan digesa mengutamakan usaha peningkatan kemahiran dan melatih semula kemahiran sumber manusia, bagi memupuk tenaga kerja yang dinamik, mampan dan berdaya tahan.
Beku kuota pekerja asing masih kekal - Sivakumar
Keputusan untuk membekukan kuota pengambilan pekerja asing termasuk bagi tahun hadapan masih kekal dan Kabinet belum membuat sebarang ketetapan baharu berhubung perkara itu.
Cadangan pekerja asing gantian PRIMAS akan dibincang dengan MOF - Sivakumar
Cadangan PRIMAS supaya kerajaan membenarkan pengambilan pekerja asing gantian akan dibincangkan dalam jawatankuasa bersama Kementerian Sumber Manusia dan Kementerian Kewangan.
LKAN: KSM akan pastikan pengurusan pekerja asing pada tahap cemerlang - Sivakumar
KSM telah mengambil beberapa usaha untuk memastikan pengurusan pekerja asing dijalankan dengan lebih cemerlang.
KSM akui wujud kes amah tidak dibayar gaji selama 19 tahun
KSM mengakui masih banyak kes membabitkan majikan yang mengabaikan pekerja asing termasuk isu tidak membayar gaji amah selama 19 tahun.
MTL: Majikan diminta prihatin, bantu pekerja berdepan musibah banjir - Sivakumar
Katanya, dalam tempoh musim tengkujuh, banjir kilat dan banjir besar boleh berlaku bukan sahaja di Pantai Timur, tetapi juga kawasan lain.