LABUAN: Kementerian Sumber Manusia akan mengadakan sesi libat urus bersama wakil pertubuhan majikan dan dewan perniagaan berhubung pelaksanaan gaji minimum RM1,500 yang berkuat kuasa 1 Mei ini.
Timbalan Menterinya Datuk Awang Hashim berkata sesi libat urus itu akan diadakan pada bulan depan sebelum pelaksanaannya.
"Gaji minimum baharu itu akan mula dilaksanakan pada Hari Pekerja iaitu 1 Mei ini, dan masih ada masa untuk mengadakan sesi libat urus dengan wakil-wakil pertubuhan majikan.
"Kami akan babitkan Persekutuan Majikan-Majikan Malaysia (MEF), Kongres Kesatuan Sekerja Malaysia (MTUC), Kongres Kesatuan Pekerja-Pekerja Dalam Perkhidmatan Awam (CUEPACS) dan dewan perniagaan dalam sesi tersebut," katanya pada sidang media selepas lawatan rasmi ke hab logistik bersepadu industri minyak dan gas Labuan di Asian Supply Base (ASB) di sini, hari ini.
Beliau yakin kadar gaji minimum RM1,500 dapat dilaksanakan dengan lancar.
"Kita telah menempuh situasi yang tidak pernah kita hadapi sebelum ini seperti pandemik COVID-19, dengan kerajaan berusaha memperkenalkan beberapa pakej rangsangan dan skim bantuan kewangan (skim prihatin) untuk membantu majikan dan pekerja yang terjejas.
"Kerajaan akan bertanggungjawab ke atas pelaksanaan struktur gaji minimum baharu ini, dan tidak akan membenarkan syarikat menghentikan operasi perniagaan mereka berikutan pelaksanaan itu, tetapi kita mesti rasional dengan situasi mereka yang berpendapatan rendah, yang terpaksa berdepan dengan kos sara hidup yang tinggi," katanya.
Awang berkata gaji minimum baharu itu dikenakan ke atas semua sektor termasuk pekerja di firma guaman, arkitek dan klinik swasta.
"Sektor profesional ini mempunyai hasil dan pulangan pelaburan (RoI) yang tinggi, oleh itu tidak wajar jika mereka harus memohon pengecualian daripada pelaksanaan gaji minimum baharu," katanya.
Menurutnya kementerian akan melaksanakan secara berperingkat ke atas sektor antaranya seperti pelancongan, pertanian, perkhidmatan dan perladangan selari dengan pelaksanaan gaji minimum baharu itu.
Pada 19 Mac, Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob memaklumkan kerajaan telah menaikkan gaji minimum kepada RM1,500 sebulan dan akan dilaksanakan di seluruh negara bagi syarikat-syarikat tertentu berkuat kuasa 1 Mei ini.
Perdana Menteri berkata gaji minimum baharu akan berkuat kuasa terlebih dahulu membabitkan syarikat besar serta syarikat berkaitan kerajaan (GLC).
Ismail Sabri mengumumkan demikian ketika menggulung perbahasan pada Perhimpunan Agung UMNO 2021 di sini pada 19 Mac lepas.
-- BERNAMA
Bernama
Fri Mar 25 2022
Awang Hashim yakin kadar gaji minimum RM1,500 dapat dilaksanakan dengan lancar. - Gambar fail
Pemandu Mercedez terbakar, suspek langgar lari motosikal?
Pemandu kereta Mercedez Benz 45 yang terbakar di tol Wangsa Maju pada petang Ahad juga merupakan dalang kepada insiden langgar lari sebuah motosikal di Lebuhraya SPE dan telah dikenal pasti pihak polis. Perkara itu seperti yang disahkan oleh kakak mangsa Syahrizah Saini ketika dihubungi Astro AWANI yang turut memaklumkan bahawa adiknya kini dalam keadaan kritikal di Hospital Kuala Lumpur.
Gempa bumi dengan magnitud 6.1 gegarkan Kepulauan Tonga - GFZ
Satu gempa bumi dengan magnitud 6.1 menggegarkan Kepulauan Tonga pada pukul 1503 GMT, Ahad.
Menjelajah bawah tanah untuk 'shopping' Krismas
Musim perayaan hujung tahun tidak dinafikan menjadi musim yang paling mengujakan buat penduduk dunia. Manakan tidak, ada pelbagai acara, persembahan, hiasan berwarna warni, serta pengalaman beli-belah istimewa menanti peminat 'kaki shopping'. Di Jerman misalnya, tampil dengan kelainan tersendiri...iaitu? bazaar Krismas bawah tanah.
Presiden Yoon ingkar perintah hadir, pendakwaan akan kemuka perintah kedua
Pendakwa Raya Korea Selatan mengesahkan bahawa Presiden Yoon Suk Yeol gagal mematuhi perintah hadir yang dikeluarkan pada Ahad, sambil menambah bahawa satu lagi perintah akan dihantar tidak lama lagi.
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Ahad, 15 Disember 2024.
Tumpuan Isnin – 16 Disember 2024
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.
Tiga lagi suspek kes bunuh lelaki di pangsapuri direman
Ketua Polis Daerah Padawan, Superintenden Mohd Irwan Hafiz Md Radzi ketika mengesahkan penahanan tersebut berkata, kesemua suspek rakyat tempatan, berusia antara 32 hingga 48 tahun dan ditangkap di lokasi berbeza. #AWANInews
Lima anggota 'Bali Nine' sudah kembali ke Australia
Lima anggota 'Bali Nine' yang menjalani hukuman pemenjaraan seumur hidup di Indonesia sudah dipindahkan ke negara asal mereka, Australia. Perkara itu seperti yang disahkan Perdana Menteri Anthony Albanese yang memaklumkan lima warganya itu yang diberkas pihak berkuasa dalam kegiatan penyeludupan dadah di pulau peranginan terkenal, Bali pada April 2005.
Lima maut, puluhan migran hilang di Pulau Gavdos
Lima individu terkorban dalam kejadian bot migran yang terbalik di perairan Greece awal pagi Sabtu. Menurut Kementerian Luar Pakistan pada Ahad, 47 warganya dapat diselamatkan dalam tragedi yang berlaku berhampiran Pulau Gavdos di selatan Crete itu.
Parti pemerintah Korea tolak cadangan badan perundingan
Ketua Whip Parti Kuasa Rakyat Korea Selatan, Kweon Seong-dong, pada Ahad menegaskan bahawa parti pemerintah telah menolak cadangan parti pembangkang utama untuk menubuhkan badan perundingan bagi menstabilkan pentadbiran negara
'Kenaikan gaji minimum tahun depan dijangka rangsang sektor pengguna'
UOBKH Research berkata, kenaikan gaji seharusnya menampan perbelanjaan pengguna, lebih daripada mengimbangi kos rasionalisasi subsidi.
KUSKOP, MoF dan KESUMA perinci penyelarasan kenaikan gaji minimum bagi PMKS - Ewon
KUSKOP bersedia mengadakan perbincangan lanjut dengan MoF dan KESUMA mengenai penyelarasan gaji minimum bagi PMKS.
Gaji premium dapat halang anak muda bekerja di Singapura
Azhar berkata, usaha kerajaan berkaitan gaji premium juga memberi lebih banyak pilihan pekerjaan kepada anak muda di Johor.
MIDF sasar sedia inisiatif pembiayaan sedia masa depan RM200 juta untuk PKS
Malaysian Industrial Development Finance Bhd (MIDF) mahu menyediakan RM200 juta kepada perusahaan kecil dan sederhana (PKS) melalui inisiatif Pembiayaan Sedia Masa Hadapan (FRF) yang baru dilancarkan.
Naikkan gaji minimum tindakan berani, cermin tekad Kerajaan Perpaduan - PM Anwar
Tindakan menaikkan kadar gaji minimum kepada RM1,700 mencerminkan tekad politik Kerajaan Perpaduan yang jelas.
PM ambil maklum kebimbangan cadangan gaji minimum, caruman KWSP wajib - Fahmi
Fahmi berkata isu berkenaan turut dibangkitkan pada mesyuarat Jemaah Menteri yang dipengerusikan Anwar hari ini.
Belanjawan 2025: Beri insentif syarikat PMKS patuhi dasar gaji minimum
Katanya, walaupun kenaikan gaji minimum memberi manfaat kepada pekerja, ia juga bawa kesan dari sudut mikro dan makro ekonomi.
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Rabu, 23 Oktober 2024.
Parlimen: Kenaikan gaji minimum harus disokong dengan dasar jelas, kawalan harga - Muhyiddin
Kenaikan gaji minimum mesti disokong dengan dasar dan tindakan kawalan harga yang jelas.
Parlimen: Kerajaan dicadang naikkan ambang cukai untuk bantu IKS
Kerajaan dicadangkan supaya membantu Industri Kecil dan Sederhana (IKS) berhubung isu gaji minimum.