awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Amaran PBB: Keganasan di Myanmar memuncak menjelang pemilihan di bawah kawalan tentera
Trump didakwa naik jet peribadi Epstein lapan kali pada 1990-an – Dokumen DOJ
[KOLUMNIS] Pengesanan awal penyakit buah pinggang cegah beban sektor kesihatan yang kian nazak
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Gaji progresif harap dilaksana, bukan sekadar mainan politik - MTUC

Hilmi Malik
Hilmi Malik
13/07/2023
16:26 MYT
Gaji progresif harap dilaksana, bukan sekadar mainan politik - MTUC
Gaji progresif merupakan usaha merapatkan jurang pertumbuhan gaji dan kenaikan kos sara hidup. - Gambar fail/Sinar Harian
KUALA LUMPUR : Cadangan untuk memperkenalkan gaji progresif diharap mampu untuk direalisasikan dan bukan hanya sekadar mainan politik.
Setiausaha Agung MTUC, Kamarul Baharin Mansor berkata, gaji minima yang dikemukakan sebelum ini juga dilihat tidak mendapat sambutan yang baik dalam kalangan majikan termasuk pelbagai alasan yang diberikan.
“Kerajaan perlu masuk campur berkaitan dengan kenaikan tahunan kerana kedegilan dan ketamakkan syarikat yang menghalang peningkatan gaji.
“Kuasa pasaran tidak boleh menentukan harga buruh kerana pekerja mempunyai tanggungjawab pada keluarga dan masyarakat. Pekerja bukan mesin atau komoditi yang boleh di dagangkan.
“Dasar Gaji minima yang telah bermula pada tahun 2013 tidak memerlukan majikan memberikan kenaikan tahunan kepada pekerja.
“Kesan daripada tiada kenaikan gaji tahunan telah menyebabkan gaji pekerja statik dan tidak berubah yang menyebabkan pekerja yang telah bekerja lebih 25 tahun menerima gaji RM1500.
“Keadaan ini amat memeritkan pekerja yang berusaha keras untuk bekerja tetapi tidak setimpal dengan gaji yang di bayar,” katanya dalam sartu kenyataan pada Khamis.
Tambah Kamarul, gaji progresif merupakan salah satu usaha untuk merapatkan jurang antara pertumbuhan gaji dan kenaikan kos sara hidup.
Ujarnya, jurang berkenaan semakin ketara selain telah membebankan golongan kerja bawahan maka cadangan itu perlu dilaksanakan demi menjamin kesejahteraan rakyat.
Baru-baru ini, Kementerian Ekonomi menyatakan akan mendapatkan padangan daripada kementerian dan agensi lain sebelum ia diputuskan oleh Majlis Tindakan Ekonomi Negara (MTEN).
Dasar Gaji Progresif dijangka dibentangkan buat kali pertama pada Ogos ini kepada MTEN.
Topic Berkaitan
#MTUC
#gaji progresif
#Kamarul Baharin
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan