awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Komitmen Kerajaan MADANI pastikan setiap pelaburan beri pulangan kepada rakyat - PM Anwar
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
KPDN Kedah kesan 1,071 kes, nilai kompaun lebih RM867,000
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Gaji progresif: Jangan harap rakyat duduk 10 orang serumah dengan gaji RM1,500 - Presiden MBM

Irfan Faruqi
Irfan Faruqi
06/10/2023
13:25 MYT
Gaji progresif: Jangan harap rakyat duduk 10 orang serumah dengan gaji RM1,500 - Presiden MBM
Izzat berkata gaji progresif yang dicadangkan oleh kerajaan perlu disokong dan dilaksanakan untuk menambahbaik kualiti hidup belia. - foto Astro AWANI
KUALA LUMPUR: Rakyat Malaysia dengan gaji serendah RM1,500 tidak boleh diharap supaya selesa untuk tinggal bersama 10 orang dalam satu rumah.
Presiden Majlis Belia Malaysia (MBM), Mohd Izzat Afifi Abdul Hamid berkata, gaji progresif yang dicadangkan oleh kerajaan perlu disokong dan dilaksanakan untuk menambah baik kualiti hidup belia.
“Antara perkara yang perlu kita puji dan sokong adalah apabila kerajaan menyatakan komitmen untuk melaksanakan gaji komprehensif. Itu antara perkara yang boleh kita perbaiki. Bagi saya, gaji ialah perkara pokok dan punca pengangguran.
“Orang kata anak muda memilih. Ini bukan soal memilih. Orang asing dengan gaji RM1,500 duduk satu rumah 10 orang. Tidak mungkin kita mahu rakyat kita duduk satu rumah 10 orang dengan gaji RM1,500,” katanya.
Beliau berkata demikian dalam program Dialog Anak Muda pada Jumaat.
Izzat juga menjelaskan, tawaran gaji dalam sektor formal yang lebih rendah daripada sektor tidak formal menjadi punca belia hilang minat untuk belajar.
Oleh yang demikian, memastikan gaji yang setimpal bagi kerjaya sektor formal yang diceburi oleh belia di Malaysia adalah penting untuk membangunkan bakat berkualiti untuk jangka masa panjang.
“Mereka kata, apa perlunya belajar. Sedangkan, kalau buat e-hailing boleh dapat RM3,000 hingga RM4,000, berbanding jadi jurutera gaji permulaan RM1,800. Kenapa perlu kita belajar?
“Sebab itu statistik terbaharu yang dikeluarkan oleh Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) menunjukkan 80 peratus anak muda tidak minat untuk belajar. Antara sebabnya ialah gaji,” ujarnya lagi.
Topic Berkaitan
#Kementerian Pendidikan
#Belia
#gaji progresif
#majlis belia malaysia
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan