awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
PBB gesa lebih banyak negara terima pesakit Gaza selepas sempadan Rafah dibuka semula
PM Anwar arah AKPS perhebat operasi banteras kegiatan e-waste haram
Isu dana zakat: YDP MAINPP sedia beri keterangan kepada SPRM
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Gaji tidak setimpal punca pemandu bas berkurangan - Anthony

Hilmi Malik
Hilmi Malik
03/07/2023
05:56 MYT
Gaji tidak setimpal punca pemandu bas berkurangan - Anthony
Menteri Pengangkutan Anthony Loke (kanan) bercakap kepada media selepas Majlis Pelancaran Program MyPSV Peringkat Kebangsaan Tahun 2023 di Dewan Dato Abdul Halim Bandar Utama hari ini. - Foto BERNAMA
HULU SELANGOR: Kadar bayaran gaji yang tidak setimpal menjadi punca berlakunya kekurangan pemandu bas di negara ini khususnya di beberapa kawasan tumpuan.
Menteri Pengangkutan, Anthony Loke berkata, antara pihak yang paling terjejas adalah pengusaha syarikat bas ekspres.
Tambah Loke, pihaknya dengan kerjasama Prasarana telah mengadakan inisiatif untuk pemberian elaun tambahan harian kepada pemandu bas.
“Ini bagi memastikan pemandu bas dibayar mengikut produktiviti mereka. Jadi apabila mereka datang kerja ada pendapatan tambahan seterusnya membuatkan pakej pemandu bas jadi lebih menarik.
“Kita harap usaha ini dapat tarik lebih ramai individu untuk berkhidmat sebagai pemandu bas terutamanya di kawasan Lembah Klang.
“Lembah Klang memerlukan pertambahan bas yang mendadak namun dalam masa sama wujud masalah kekurangan pemandu,” katanya.
Beliau berkata demikian ketika sidang media selepas merasmikan Majlis Pelancaran Program MyPSV Peringkat Kebangsaan pada Isnin.
Selain itu, Loke juga berkata, kerajaan akan berusaha untuk mengembalikan bas-bas mini bagi memastikan akses perkhidmatan bas berkenaan mampu menembusi kawasan perumahan berikutan wujud permintaan bagi lokasi itu.
Dalam pada itu, Loke menjelaskan, program MyPSV juga merupakan salah satu inisiatif bagi menambah jumlah pemandu bas.
Katanya, program berkenaan menyasarkan pertambahan 500 orang pemandu bas berdasarkan kemudahan yang telah diberikan meskipun angka itu masih belum mencukupi untuk menampung permintaan ketika ini.
MyPSV ujar Loke dilihat menjadi pemudah cara buat kelompok e-hailing yang sebelum ini didakwa berdepan beberapa kesukaran selain kerajaan turut menampung kos-kos perlesenan dan kursus.
Topic Berkaitan
#pemandu bas
#Menteri Pengangkutan
#Anthony Loke
#bas ekspres
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan