Syarikat sedia ada di Malaysia yang memindahkan fasiliti pengilangan luar negara ke negara ini layak mendapat galakan elaun cukai pelaburan sebanyak 100 peratus bagi tempoh lima tahun.
Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin, berkata insiatif itu bagi menarik syarikat luar negara memindahkan lokasi perniagaan mereka ke Malaysia, sekali gus meningkatkan nilai pelaburan serta menyediakan lebih banyak peluang pekerjaan kepada rakyat negara ini.
Beliau berkata, kerajaan juga bersetuju memberi galakan cukai kosong peratus selama 10 tahun bagi pelaburan baharu dalam sektor perkilangan dengan pelaburan dalam harta tetap antara RM300 juta hingga RM500 juta.
"Selain itu, kadar cukai kosong peratus selama 15 tahun juga diberikan bagi pelaburan baharu dalam sektor perkilangan dengan pelaburan dalam harta tetap melebihi RM500 juta.
“Galakan ini diberikan sekiranya syarikat memindahkan lokasi dan memulakan operasi dalam tempoh satu tahun dari tarikh kelulusan dan amaun pelaburan yang terlibat mesti dibuat dalam tempoh tiga tahun,” katanya dalam Perutusan Khas Pelan Pemulihan Ekonomi (ERP) Jangka Pendek, di sini pada Jumaat.
Jelas Perdana Menteri, kedua-dua insentif ini berkuat kuasa bagi permohonan yang diterima dari 1 Julai 2020 sehingga 31 Disember 2021.
Dalam perkembangan berasingan, Perdana Menteri menambah, bagi membantu syarikat untuk menaik taraf teknologi menembusi pasaran global melalui penyumberan luar atau outsourcing dan meningkatkan nilai eksport, kerajaan bersetuju Dana Strategik Pelaburan Tempatan diberikan untuk pusingan kedua bagi projek dan syarikat yang sebelum ini telah pun layak menerima kemudahan tersebut.
"Project Acceleration and Coordination Unit (PACU) akan ditubuhkan untuk mempercepatkan pelaksanaan serta penyelarasan projek pelaburan yang diluluskan.
"Selain itu, kelulusan lesen pembuatan juga akan dipercepatkan dalam masa dua hari bekerja untuk industri yang tidak sensitif," katanya.
Hasimi Muhamad
Fri Jun 05 2020
Kerajaan juga bersetuju memberi galakan cukai kosong peratus selama 10 tahun bagi pelaburan baharu dalam sektor perkilangan dengan pelaburan dalam harta tetap antara RM300 juta hingga RM500 juta.
Jumlah mangsa banjir berlindung di PPS di Perak, Johor dan Pahang kekal
Jumlah mangsa yang ditempatkan di pusat pemindahan sementara (PPS) di Perak, Johor dan Pahang masih kekal setakat pagi ini.
Gempa bumi kuat 6.3 magnitud gegar Chile
Gempa bumi berukuran 6.3 magnitud menggegarkan wilayah tengah Chile termasuk ibu negara, Santiago pada Jumaat.
UMNO tidak terima permohonan Tengku Zafrul keluar parti - Ahmad Zahid
Presiden UMNO sahkan parti itu tidak menerima permohonan Tengku Zafrul untuk meninggalkan parti.
Bola api penuhi ruang udara di Damsyik
Satu rakaman video memaparkan sejumlah bola api memenuhi ruang udara bandar Damascus diikuti bunyi letupan kuat turut kedengaran pada Jumaat.
Presiden Korea Selatan berdepan undi pemecatan kedua
Presiden Korea Selatan, Yoon Suk Yeol, kini menghadapi undi pemecatan kedua pada Sabtu selepas percubaannya mengisytiharkan undang-undang darurat selama beberapa jam mencetuskan krisis politik.
Parti-parti pembangkang merancang undi pemecatan pada Sabtu, pukul 4 petang, dengan perhimpunan besar dijadualkan sebelum undian.
Parti-parti pembangkang merancang undi pemecatan pada Sabtu, pukul 4 petang, dengan perhimpunan besar dijadualkan sebelum undian.
Kongres Khas PKR fokus reformasi pemilihan parti
Kongres Khas Parti Keadilan Rakyat (PKR) yang dijadualkan pada Ahad akan meminda perlembagaan parti.
Setiausaha Agung PKR, Dr. Fuziah Salleh berkata pindaan tersebut melibatkan aspek jumlah perwakilan, kuota gender, dan etnik.
Setiausaha Agung PKR, Dr. Fuziah Salleh berkata pindaan tersebut melibatkan aspek jumlah perwakilan, kuota gender, dan etnik.
Suri rumah rugi lebih RM750,000 ditipu pelaburan bitcoin
Seorang suri rumah berputih mata apabila kerugian lebih RM750,000 selepas terperdaya skim pelaburan bitcoin dalam talian.
“Sifat materialistik mengundang malapetaka dalam masyarakat” - Dr Maza
Nilai kemanusiaan tidak lagi mendominasi kehidupan kerana segala-galanya diukur berdasarkan keuntungan semata-mata.
Pembunuhan kejam, buli siber detik suram 2024
Tahun 2024 mencatatkan pelbagai peristiwa tragis menggemparkan negara termasuk jenayah kejam yang meragut nyawa empat individu.
Jumlah mangsa banjir terus catat penurunan
Jumlah mangsa banjir terus mencatat penurunan kepada 305 mangsa daripada 93 keluarga setakat jam 9 pagi Sabtu.
Kerajaan proaktif tangani isu ekonomi bayangan, tingkat kadar pematuhan cukai
Saiz ekonomi bayangan di Malaysia secara purata adalah dianggarkan sebanyak 21.2 peratus berbanding Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) bagi tempoh 2010-2019.
Naikkan cukai syarikat besar untuk agihan lebih banyak kepada rakyat - Hassan Karim
Hassan Karim mencadangkan supaya cukai keuntungan terhadap syarikat-syarikat besar dinaikkan sebanyak 3 peratus iaitu daripada 24 peratus kepada 27 peratus.
Parlimen: Pengenalan cukai kepada T15 bukan alasan label 'Belanjawan Robin Hood'
Lim Guan Eng berkata, ia sebenarnya usaha kerajaan menangani kesenjangan dan mengurangkan ketidaksaksamaan.
TNB akan rayu taksiran tambahan LHDN berjumlah RM1.39 bilion
TNB juga telah memperoleh perintah penangguhan sementara terhadap pembayaran cukai berkenaan.
Kastam Perlis sita empat kenderaan termasuk kereta mewah lebih RM1.6 juta
Kenderaan yang disita dalam rampasan secara berasingan antara Jun dan Julai lepas di Kangar dan Kuala Perlis itu membabitkan cukai sebanyak RM2,239,475.
Rayuan Najib tangguh prosiding kebankrapan ditolak
Mahkamah Tinggi KL menolak permohonan Datuk Seri Najib Razak dan anaknya, Datuk Mohd Nazifuddin untuk menangguh prosiding kebankrapan tunggakan cukai lebih RM1.7 bilion dan RM37.6 juta kepada LHDN.
G20 bersetuju pastikan golongan kaya-raya dikenakan cukai dengan berkesan
Penting bagi semua pembayar cukai, termasuk individu dengan pendapatan bersih yang tinggi untuk menyumbang bahagian cukai mereka secara adil.
Pemulangan cukai: Pulau Pinang akan hantar permohonan rasmi kepada Anwar
Pulau Pinang akan menghantar surat permohonan rasmi kepada Perdana Menteri (PM) Datuk Seri Anwar Ibrahim mengenai cadangan mengembalikan 20 peratus hasil kutipan cukai kepada negeri.
Kerajaan tidak perkenal cukai baharu, sasar subsidi lebih adil - PM
Penyasaran subsidi diesel mengecualikan golongan berpendapatan rendah seperti nelayan, pekebun kecil dan pemandu teksi daripada cukai itu.
Tarikh akhir pengemukaan e-Borang Tahun Taksiran 2023 dilanjutkan ke 15 Mei
Ia meliputi pembayar cukai kategori Individu Pemastautin dan Individu Bukan Pemastautin.