awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Sultan Selangor perkenan pembukaan DUN pada 20 April - Speaker
9,528 kes daftar lewat kelahiran tahun lepas - Saifuddin Nasution
17 pengarah syarikat direman, disyaki terlibat rangkaian kartel tender perolehan Tentera Darat
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

GAMIS desak Dong Zong diharamkan

Madiha Abdullah
Madiha Abdullah
01/01/2020
10:24 MYT
GAMIS desak Dong Zong diharamkan
Antara sepanduk yang dibawa peserta. - Astro AWANI / Shahir Omar
Gabungan Mahasiswa Islam Se-Malaysia (GAMIS) mendesak agar Persekutuan Persatuan Lembaga Pengurus Sekolah Cina Malaysia (Dong Zong) segera diharamkan atas alasan mengganggu perpaduan dan Perlembagaan Negara.
Desakan itu disuarakan dalam ‘Himpunan Bangkit Pertahan Jawi, Haramkan Dong Zong’ yang berlangsung di ibu negara, pada Rabu.
Perhimpunan itu diadakan bagi menyatakan kekesalan susulan bantahan Dong Zong terhadap pengenalan subjek tulisan jawi di sekolah vernakular, disertai mahasiswa dari seluruh negara.
Perhimpunan mempertahankan pengenalan tulisan Jawi di sekolah vernakular oleh Gabungan Mahasiswa Islam Se-Malaysia (Gamis). Dijangka 2,000 peserta akan bergerak dari Masjid Jamek ke Sogo jam 2.30 petang.@501Awani pic.twitter.com/L9kycbf2sT
— Madi (@madhiamadani) January 1, 2020
"Kami beri amaran untuk Dong Zong agar menghentikan bantahan kalian. Jika tidak, kami tidak akan teragak-agak untuk menggerakkan mahasiswa bangkit dan berhimpun bersama supaya pertubuhan itu diharamkan.
"Kami juga mahu agar pelajaran jawi diajar di semua sekolah termasuk SJK(C) dan SJK(T) kerana ia bertepatan dengan Perlembagaan Negara yang menyatakan jawi adalah sebahagian dalam Bahasa Melayu iaitu bahasa kebangsaan," kata Presiden GAMIS, Saifullah Baiduri.
Terdahulu, kira-kira 1,000 peserta menunaikan solat Zuhur di Masjid Jamek, sebelum bergerak ke kompleks beli-belah Sogo, kira-kira jam 2.30 petang.
Mereka membawa sepanduk yang tertulis, antaranya 'Haramkan Dong Zong', 'Rakyat Bangkit Pertahan Jawi' dan 'Hidup Jawi'.
Wakil Gerakan Pembela Ummah menyampaikan ucapan dan permintaan dari perhimpunan mempertahankan pengenalan tulisan Jawi anjuran Gabungan Mahasiswa Islam Se-Malaysia (Gamis).@501Awani pic.twitter.com/tyzCVaL5mp
— Madi (@madhiamadani) January 1, 2020
Topic Berkaitan
#Dong Zong
#Gabungan Mahasiswa Islam Se-Malaysia
#GAMIS
#JAWI
#Saifullah Baiduri
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan