awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Salji sebabkan kesesakan lalu lintas di Paris, utara Perancis
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Gajah mengamuk bunuh enam orang di timur India
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

9,528 kes daftar lewat kelahiran tahun lepas - Saifuddin Nasution

Bernama
Bernama
06/01/2026
12:00 MYT
9,528 kes daftar lewat kelahiran tahun lepas - Saifuddin Nasution
Saifuddin Nasution berkata di bawah Akta Pendaftaran Kelahiran dan Kematian, mendaftarkan kelahiran bukan hanya tanggungjawab ibu bapa, tetapi juga sesiapa sahaja yang mengetahui mengenai kelahiran berkenaan termasuk ahli keluarga atau jiran.-BERNAMA
HULU SELANGOR: Sebanyak 9,528 kes pendaftaran lewat kelahiran direkodkan di seluruh negara tahun lepas, kebanyakannya berpunca daripada perkahwinan yang tidak didaftarkan serta kekurangan pengetahuan mengenai keperluan mematuhi undang-undang, kata Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail.

Ringkasan AI
  • 9,528 kes pendaftaran lewat kelahiran direkodkan tahun lepas, kebanyakannya disebabkan perkahwinan tidak didaftarkan dan kurang pengetahuan undang-undang.
  • Kegagalan mendaftarkan perkahwinan memberi implikasi besar, menyukarkan akses pendidikan dan rawatan kesihatan anak-anak.
  • Kerajaan melaksanakan inisiatif MEKAR di Sabah dan Sarawak untuk mengesan individu tanpa dokumen pengenalan diri.

Beliau berkata kegagalan mendaftarkan perkahwinan bukan sahaja memberi kesan kepada status pasangan, malah memberi implikasi besar kepada anak-anak apabila kelahiran mereka turut tidak didaftarkan, sekali gus menyukarkan akses kepada pendidikan, rawatan kesihatan dan kemudahan asas lain.
"Anak-anak ini tidak bersalah, tetapi terpaksa membesar di luar arus perdana. Ada yang hanya berjaya mendapatkan dokumen pengenalan diri selepas belasan atau puluhan tahun, hasil bantuan NGO (badan bukan kerajaan), peguam serta kerjasama jabatan dan pihak berkuasa agama," katanya selepas menyerahkan sijil kelahiran kepada seorang bayi berusia satu tahun empat bulan di sini hari ini.
Ibu bayi itu, Nur Hakikah Ismail, 24, merupakan seorang daripada tujuh beradik yang menerima sijil kelahiran dan kad pengenalan baru-baru ini kerana pendaftaran lewat susulan daripada perkahwinan ibu bapa mereka tidak didaftarkan, sekali gus menjejaskan urusan pengeluaran dokumen pengenalan diri anak.
Tujuh beradik berkenaan berusia antara 17 hingga 30 tahun itu menerima kelulusan permohonan Daftar Lewat Sijil Kelahiran pada 8 Dis, diikuti kelulusan Daftar Lewat Kad Pengenalan pada 23 Dis 2025.
Saifuddin Nasution berkata di bawah Akta Pendaftaran Kelahiran dan Kematian, mendaftarkan kelahiran bukan hanya tanggungjawab ibu bapa, tetapi juga sesiapa sahaja yang mengetahui mengenai kelahiran berkenaan termasuk ahli keluarga atau jiran.
"Di Semenanjung Malaysia, pendaftaran perlu dibuat dalam tempoh 60 hari manakala di Sabah dan Sarawak dalam tempoh 40 hari, dengan proses pendaftaran lewat disediakan bagi kes yang melepasi tempoh itu," katanya.
Beliau berkata melalui proses pembetulan yang dilaksanakan oleh Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) dan pihak berkuasa agama, anak-anak terlibat akhirnya dapat didaftarkan sebagai anak sah taraf serta memperoleh dokumen pengenalan diri seperti MyKad, sekali gus membolehkan mereka menjalani kehidupan dengan lebih teratur dan tidak mewarisi masalah yang sama secara berterusan.
Kerajaan, katanya melaksanakan pendekatan turun padang menerusi inisiatif Menyemai Kasih Rakyat (MEKAR) di Sabah dan Sarawak termasuk kawasan pedalaman, rumah panjang dan penempatan sukar diakses bagi mengesan individu yang belum memiliki dokumen pengenalan diri.
"Melalui MEKAR, pegawai JPN digerakkan ke kampung-kampung dan kawasan pedalaman, bukan menunggu rakyat datang ke pejabat. Program berkenaan sudah berjalan dan memberi impak sangat besar," katanya.
Saifuddin Nasution berkata isu pendaftaran lewat, walaupun melibatkan angka kecil berbanding populasi negara, tetapi perlu ditangani segera kerana kesannya besar terhadap masa depan anak-anak.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#kes pendaftaran lewat kelahiran
#perkahwinan tidak didaftar
#Saifuddin Nasution Ismail
#undang-undang
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami