awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Agong berkenan kurnia masjid baharu di Batu Muda
PBB kesal keputusan AS tarik diri daripada organisasi antarabangsa
Kastam catat kutipan hasil RM76.18 bil pada 2025, lepasi dua kali unjuran
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Gangguan air: 13 kawasan di Wilayah Kuala Lumpur pulih sepenuhnya

Astro Awani
Astro Awani
16/07/2021
07:08 MYT
Gangguan air: 13 kawasan di Wilayah Kuala Lumpur pulih sepenuhnya
Pengguna turut disarankan untuk mendapatkan maklumat rasmi gangguan bekalan air menerusi semua platform rasmi Air Selangor termasuk aplikasi Air Selangor, Twitter, Facebook, Instagram dan laman sesawang www.airselangor.com. - Gambar hiasan
KUALA LUMPUR: Kesemua kawasan di Wilayah Kuala Lumpur yang terjejas dengan gangguan bekalan air tidak berjadual berikutan kerja-kerja kecemasan bagi pembaikan paip pecah di Jalan Kuari, Bukit A di sini telah pulih sepenuhnya pada jam 12 tengah hari Jumaat.
Pengurusan Air Selangor Sdn Bhd (Air Selangor) dalam satu kenyataan pada Jumaat memaklumkan tindakan pembaikan dapat dilakukan dengan segera pada masa hadapan sekiranya pengguna dapat memberi kerjasama dengan membuat laporan kepada syarikat berkenaan.
Pengguna turut disarankan untuk mendapatkan maklumat rasmi gangguan bekalan air menerusi semua platform rasmi Air Selangor termasuk aplikasi Air Selangor, Twitter, Facebook, Instagram dan laman sesawang www.airselangor.com.
Pada Khamis malam, Air Selangor memaklumkan 13 kawasan di Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur bakal berdepan gangguan air tidak berjadual susulan kejadian paip pecah berkenaan.
Antara kawasan terlibat adalah Kampung Cheras Baru; Pandan Mewah; Taman Muda; Taman Bukit Permai; Taman Bukit Pandan; Taman Mawar; Taman Seraya; Taman Mega; Taman Bukit Teratai; Taman Melur; Taman Saga; Taman Putra dan Taman Mestika.
Topic Berkaitan
#Air Selangor
#gangguan bekalan air
#Wilayah Persekutuan Air Selangor
#Kampung Cheras Baru
#Pandan Mewah
#Taman Muda
#Taman Bukit Permai
#Taman Bukit Pandan
#Taman Mawar
#Taman Mega
#Taman Bukit Teratai
#Taman Melur
#Facebook
#Twitter
#Instagram
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan