awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Belia perlu kekal aktif rohani dan jasmani - Dr Mohammed Taufiq
Perry Bamonte, ahli The Cure, meninggal dunia pada usia 65 tahun
21 tahun Tsunami: Musibah menjadi berkah perdamaian kekal di Aceh
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Paip pecah: Gangguan bekalan air di 13 kawasan di Kuala Kumpur

Bernama
Bernama
09/06/2021
14:11 MYT
Paip pecah: Gangguan bekalan air di 13 kawasan di Kuala Kumpur
Bekalan air ditutup pada 4 petang tadi bagi pembaikan paip itu yang dijangka siap 4 pagi esok. - Gambar hiasan
KUALA LUMPUR: Sebanyak 13 kawasan di sekitar Kuala Lumpur akan mengalami gangguan bekalan air tidak berjadual berikutan paip pecah di Jalan Kuari, di sini hari ini.
Ketua Komunikasi Korporat Pengurusan Air Selangor Sdn Bhd Elina Baseri menerusi kenyataan hari ini memaklumkan bekalan air ditutup pada 4 petang tadi bagi pembaikan paip itu yang dijangka siap 4 pagi esok.
Elina berkata kawasan yang terjejas adalah Kampung Cheras Baru, Pandan Mewah, Taman Muda, Taman Bukit Permai, Taman Bukit Pandan, Taman Mawar, Taman Seraya, Taman Mega, Taman Bukit Teratai, Taman Melur, Taman Saga, Taman Putra dan Taman Mestika.
"Bekalan air akan mula disalurkan semula setelah kerja-kerja pembaikan siap sepenuhnya. Tempoh masa pemulihan bekalan air adalah berbeza dari satu kawasan ke kawasan lain bergantung kepada lokasi dan jarak premis pengguna.
"Air Selangor sedang menggerakkan lori-lori tangki ke kawasan terjejas. Para pengguna diharap dapat mematuhi penjarakan fizikal dan memakai pelitup muka semasa mengambil bekalan air daripada lori-lori tangki itu," katanya.
Menurutnya, pengguna boleh merujuk semua saluran komunikasi rasmi seperti aplikasi Air Selangor, laman sesawang Air Selangor di www.airselangor.com, Facebook, Instagram dan Twitter atau hubungi PusatPerhubungan Air Selangor di talian 15300.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#gangguan bekalan air
#Kuala Lumpur
#Air Selangor
#paip pecah
#jalan kuari
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan