KUALA LUMPUR : Bekalan air bersih di 472 kawasan yang terjejas di Lembah Klang dijangka pulih sepenuhnya pada jam 9 pagi esok.
Pengurusan Air Selangor Sdn Bhd dalam kenyataan malam ini, berkata pemulihan itu berlaku secara berperingkat dengan bekalan sudahpun mula disalurkan sejak jam 9 malam ini.
"Tempoh masa gangguan dan pemulihan bekalan air di kawasan-kawasan yang terjejas adalah berbeza bergantung kepada jarak lokasi premis pengguna dan tekanan air pada sistem agihan bekalan air.
"Bantuan alternatif melalui lori tangki masih lagi digerakkan kepada para pengguna dengan keutamaan diberikan kepada premis-premis kritikal.
"Air Selangor sedang mengambil segala usaha bagi meminimakan impak gangguan kepada para pengguna yang terjejas," katanya.
BACA: 472 kawasan di Lembah Klang alami gangguan bermula 3 petang ini
BACA: Raya tiada air bukan 'cerita lawak', pengguna kesal sambutan Aidilfitri terjejas
Terdahulu, Air Selangor terpaksa menghentikan sementara operasi Loji Rawatan Air (LRA) Sg Semenyih dan LRA Bukit Tampoi berikutan insiden pencemaran yang telah dikesan di Stesen Pam Air Mentah Jenderam Hilir.
Ini sekali gus menyebabkan sebanyak 472 kawasan di lima wilayah di Lembah Klang mengalami gangguan bekalan air bermula jam 3 petang tadi.
Dalam pada itu, Air Selangor berkata, LRA Sg Semenyih telah mula beroperasi jam 3.30 petang tadi dan proses rawatan akan terus dijalankan bagi memastikan bekalan air bersih dan terawat dapat dibekalkan kepada pengguna
"Dalam pada itu, bagi kawasan kawasan terjejas yang menerima bekalan air dari LRA Bukit Tampoi, pihak Air Selangor akan mengaktifkan sumber bekalan air alternatif dari LRA Sg Semenyih bagi kegunaan para pengguna," jelasnya lagi dalam kenyataan sama.
Nickyson Nyambar
Tue May 03 2022

Air Selangor mengesahkan Loji Rawatan Air Sungai Semenyih (LRA Sg Semenyih) telah mula beroperasi pada 3.30 petang ini. - Gambar fail

Henti pakai empat produk kosmetik ini segera - KKM
Penjual dan pengedar produk-produk kosmetik itu perlu menghentikan penjualan dan pengedaran serta-merta.

Berita Palsu | PDRM nafi ada kes culik, jual organ kanak-kanak
Polis Diraja Malaysia (PDRM) mengesahkan tidak menerima sebarang laporan berkaitan dakwaan penculikan dan penjualan organ kanak-kanak di negara jiran seperti yang tular di beberapa platform media sosial. Menurut Ketua Komunikasi Korporat PDRM, Asisten Komisioner Skandaguru Anandan, mesej palsu tersebut tular sejak tahun 2017 dan kembali diulang siar di media sosial baru-baru ini.

COVID-19: Kes baharu, kematian meningkat minggu lepas - Dr Noor Hisham
Kes baharu harian COVID-19 meningkat 6.1 peratus pada minggu epidemiologi (ME) ke-26.

Kejohanan Wimbledon: Maria sertai senarai legenda selepas tewaskan Ostapenko
Tatjana Maria menyertai senarai legenda apabila mencipta kejutan mara ke suku akhir Kejohanan Tenis Wimbledon dengan menewaskan Jelena Ostapenko malam tadi.
![[TERKINI] Filem Mat Kilau | Sultan Selangor titah hayati perpaduan Melayu [TERKINI] Filem Mat Kilau | Sultan Selangor titah hayati perpaduan Melayu](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://dzu2r3t0ymp2a.cloudfront.net/757/1976463/thumbnails/38269422741656915041898_640x360.jpg)
[TERKINI] Filem Mat Kilau | Sultan Selangor titah hayati perpaduan Melayu
Ini kenyataan baharu yang dikeluarkan Istana Alam Shah kenyataan DYMM Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah yang baginda memaklumkan telah menonton filem Mat Kilau.

Penganggur didakwa bunuh pelajar perempuan 16 tahun
Seorang penganggur dihadapkan ke Mahkamah Majistret di sini hari ini atas pertuduhan membunuh teman wanitanya di rumah lelaki itu pada bulan lepas.

Lebih 100,000 pelarian Ukraine berada di Perancis
Sebanyak 84 peratus orang yang berpindah dari Ukraine tidak berhasrat untuk pulang ke tanah air mereka.

2.4 juta kenderaan dijangka ke Pantai Timur sempena Aidiladha
Anih Berhad menjangkakan sebanyak 1.648 juta kenderaan bakal menggunakan Lebuhraya Kuala Lumpur Karak dan 704,000 di LPT1 kali ini sempena Aidiladha.

Dua belas individu didakwa tawar pinjaman tidak wujud
Dua belas individu termasuk tiga wanita masing-masing didenda RM3,000 selepas mengaku bersalah menawarkan pinjaman tidak wujud Jun lepas.

Lebih banyak hari tanpa hujan sehingga September
Kebanyakan tempat di seluruh negara akan mengalami bilangan hari tanpa hujan lebih banyak sepanjang tempoh Monsun Barat Daya yang bermula pada 14 Mei dan dijangka berterusan sehingga pertengahan Sept.

Gamuda raih kontrak RM1.97 bilion projek bekalan air Sg Rasau
Projek tersebut yang turut melibatkan pembinaan dua jejantas melintasi Lebuhraya Elite dan Lebuhraya Lembah Klang Selatan akan dimulakan pada 15 Julai ini dan dijangka selesai menjelang 30 Jun, 2025.

Jepun rekodkan musim hujan paling singkat dalam sejarah
Musim hujan berakhir secara tiba-tiba di beberapa bahagian di Jepun, menurut Agensi Meteorologi Jepun pada Isnin.

Tanah runtuh di Hutan Simpan Gunung Berembun punca gangguan bekalan air di Port Dickson
Gangguan bekalan air mentah di Springhill Port Dickson, dekat sini sehingga hari ini antara lain berpunca daripada tanah runtuh susulan banjir di Hutan Simpan Gunung Berembun pada 18 Dis tahun lepas.

RM5.7 juta untuk naik taraf projek bekalan air di Bukit Kuin - MB Pahang
Sebanyak RM5.7 juta telah diperuntuk bagi projek menaik taraf bekalan air di Bukit Kuin yang dijangka siap pada April tahun depan.

Bekalan air di 47 kawasan Wilayah Petaling pulih
Bekalan air di 47 kawasan di Wilayah Petaling yang mengalami gangguan sejak semalam, pulih sepenuhnya.

47 kawasan di Petaling alami gangguan bekalan hingga esok pagi - Air Selangor
Lori tangki air akan digerakkan ke kawasan terjejas dengan memberikan keutamaan kepada premis kritikal seperti hospital.

PBAPP harap SPAN, KASA segerakan keputusan semakan tarif air
Kali terakhir semakan tarif air dibuat ialah pada 2015.

Air Kolam Bukit Merah susut: Lebih 4,000 petani bakal terkesan
Lebih 4,000 orang petani dijangka akan terkesan sekiranya paras air di Empangan Kolam Bukit Merah terus menyusut.

Kemarau: Bekalan air di Lembah Klang mampu bertahan 8 bulan - LUAS
Bekalan air diperoleh melalui tiga kaedah iaitu menerusi empangan, kolam takungan dan air bawah tanah.

Tiada air, penduduk tangguh mandi jenazah
Selain masalah itu, anak-anak penduduk yang tinggal di asrama juga diminta pulang oleh pihak sekolah kerana masalah berkenaan.