awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Ketika 'sorakan semakin pudar' MMM Hall of Fame 2025 angkat legasi wira sukan negara
[TERKINI] MB Perlis umum letak jawatan secara sukarela
Perspektif, cadangan rakyat untuk perkasa bantuan SARA 2026
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Bekalan air: 472 kawasan di Lembah Klang alami gangguan bermula 3 petang ini

Fareez Azman
Fareez Azman
03/05/2022
07:01 MYT
Bekalan air: 472 kawasan di Lembah Klang alami gangguan bermula 3 petang ini
Sebarangan perkembangan berkaitan insiden terbabit akan dimaklumkan dari semasa ke semasa. - Gambar hiasan
KUALA LUMPUR: Sebanyak 472 kawasan di lima wilayah di Lembah Klang akan mengalami gangguan bekalan air bermula jam 3 petang ini.
Perkara itu dimaklumkan Lembaga Urus Air Selangor (LUAS) dalam satu kenyataan media dikeluarkan pada Selasa.
Jelasnya, gangguan bekalan air itu susulan insiden pencemaran yang dikesan di muka sauk Stesen Pam Air Mentah Jenderam Hilir sehingga menyebabkan henti tugas sementara Loji Rawatan Air Sungai Semenyih.
"Lembaga Urus Air Selangor (LUAS) mengenai insiden pencemaran yang telah dikesan di muka sauk Stesen Pam Air Mentah Jenderam Hilir, Pengurusan Air Selangor Sdn Bhd (Air Selangor) ingin memaklumkan henti tugas sementara Loji Rawatan Air Sungai Semenyih (LRA Sg Semenyih) pada jam 6.15 pagi dan Loji Rawatan Air Bukit Tampoi (LRA Bukit Tampoi) pada jam 11.30 pagi , 3 Mei 2022.
"Berikutan henti tugas LRA Sg Semenyih dan LRA Bukit Tampoi ini, sebanyak 472 kawasan di lima wilayah Air Selangor iaitu Petaling (172 kawasan), Hulu Langat (54 kawasan), Sepang (196 kawasan), Putrajaya (23 kawasan) dan Kuala Langat (27 kawasan) dijangka akan mengalami gangguan bekalan air tidak berjadual bermula jam 3 petang hari ini," jelas kenyataan itu.
Manakala bagi kawasan yang mengalami gangguan bekalan air tidak berjadual pula, jelas LUAS, bantuan alternatif melalui lori tangki akan digerakkan kepada para penggunaan terutama premis-premis kritikal.
"Air Selangor sedang mengambil segala usaha bagi meminimakan impak gangguan kepada para pengguna yang terjejas.
"Para pengguna dikawasan terjejas dinasihatkan untuk menyimpan air secukupnya sehingga bekalan air dapat disalurkan," jelas LUAS lagi.
Sebarangan perkembangan berkaitan insiden terbabit akan dimaklumkan dari semasa ke semasa.
"Para pengguna boleh merujuk kesemua saluran komunikasi rasmi kami seperti aplikasi Air Selangor, Facebook, Instagram dan Twitter atau hubungi Pusat Perhubungan Air Selangor di talian 15300.
"Air Selangor juga ingin menggalakkan para pengguna untuk mengajukan sebarang pertanyaan atau aduan menerusi saluran komunikasi tanpa suara di Help Centre yang boleh didapati di www.airselangor.com dan aplikasi Air Selangor," kata kenyataan itu lagi.
Topic Berkaitan
#LRA Sungai Semenyih
#gangguan air
#LUAS
#Lembah Klang
#pencemaran
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan