awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Tanah runtuh: Tapak kedai makan popular di Jalan Simpang Pulai–Cameron Highlands ditutup sebulan
Sambutan Krismas meriah dengan upacara keagamaan, aktiviti bersama keluarga
Krisis politik Perlis: Speaker sahkan berlaku kekosongan luar jangka tiga DUN
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Gangguan air: LUAS segerakan pembersihan tumpahan cecair

Sinar Harian
Sinar Harian
24/12/2022
02:00 MYT
Gangguan air: LUAS segerakan pembersihan tumpahan cecair
Gangguan air itu susulan henti tugas LRA Sungai Semenyih dan LRA Bukit Tampoi berikutan insiden pencemaran bau di Stesen Pam Air Mentah Jenderam Hilir. -Gambar fail/EPA
SHAH ALAM: Henti tugas Loji Rawatan Air (LRA) Semenyih dikenal pasti berpunca daripada tumpahan cecair akibat kemalangan lori membawa muatan pati minyak wangi di Kilometer (KM) 44.1, Lebuhraya Elite berdekatan Bandar Serenia, Negeri Sembilan.
Lembaga Urus Air Selangor (LUAS) dalam satu kenyataan berkata, jarak lokasi kemalangan tersebut ke LRA Semenyih adalah sekitar 6.4km.
Menurut kenyataan itu, LUAS sedang mengusahakan tindakan segera membersihkan kesan tumpahan tersebut bagi membolehkan operasi LRA diaktifkan semula.
"LUAS juga telah mengaktifkan pemantauan rapi di sepanjang aliran sungai dari kawasan kemalangan ke LRA bagi memastikan aliran pencemaran berkenaan dibersihkan sepenuhnya.
"Sebarang perkembangan terkini akan dimaklumkan dari semasa ke semasa," kata kenyataan itu pada Sabtu.
Sebelum ini, Pengurusan Air Selangor Sdn Bhd (Air Selangor) memaklumkan, sebanyak 472 kawasan di lima daerah di Petaling, Hulu Langat, Sepang, Putrajaya dan Kuala Langat mengalami gangguan bekalan air tidak berjadual bermula jam 7 pagi, Sabtu.
BACA: 472 kawasan di lima daerah Selangor alami gangguan air
Air Selangor berkata, gangguan air itu susulan henti tugas LRA Sungai Semenyih dan LRA Bukit Tampoi berikutan insiden pencemaran bau di Stesen Pam Air Mentah Jenderam Hilir. -Sinar Harian
Topic Berkaitan
#gangguan bekalan air
#LUAS
#tumpahan cecair
#kemalangan lori membawa muatan pati minyak wangi
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan