awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Ketersambungan Borneo asas kukuh pertumbuhan serantau - Abang Johari
12 parti politik ditubuh di universiti menerusi Parlimen Belia - Johari
Malaysia, Ukraine teroka peluang kerjasama infrastruktur jalan raya, pembinaan - Nanta
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Gangguan air melibatkan 337,000 pengguna pulih sepenuhnya esok

Bernama
Bernama
28/09/2016
07:31 MYT
Gangguan air melibatkan 337,000 pengguna pulih sepenuhnya esok
Bekalan air kepada 337,000 akaun pengguna yang terjejas sejak 22 Sept lalu ekoran penutupan Loji Rawatan Air Sungai Semenyih dijangka pulih sepenuhnya esok. - Gambar fail
Bekalan air kepada 337,000 akaun pengguna yang terjejas sejak 22 Sept lalu ekoran penutupan Loji Rawatan Air Sungai Semenyih dijangka pulih sepenuhnya esok.
Ketua Jabatan Komunikasi Korporat Kumpulan Air Selangor Amin Lin Abdullah berkata loji yang dirawat akibat pencemaran bau air mentah itu kini pulih di tahap 97 peratus.
Namun katanya pemulihan bekalan air ke beberapa kawasan di penghujung sistem agihan air dan kawasan tinggi memerlukan lanjutan masa dan dijangka pulih sepenuhnya lewat tengah hari pada Khamis.
"Kini hanya 35,000 akaun di beberapa kawasan di daerah Petaling, Hulu Langat dan Sepang yang masih mengalami gangguan bekalan air seperti Hospital Serdang, IOI City Mall, Bandar Sunway Semenyih dan Cyberjaya.
"Kami akan meninjau semula keadaan pemulihan keseluruhan pada hari yang sama," katanya dalam satu kenyataan di sini, hari ini.
Amin Lin berkata langkah-langkah pemulihan sedang giat dijalankan di kawasan-kawasan tersebut manakala bantuan air kecemasan melalui lori tangki air telah dan sedang dihantar ke kawasan-kawasan terlibat.
"Laporan ujian air terawat Loji Rawatan Air Sungai Semenyih menunjukkan kualiti air terawat mematuhi kesemua parameter yang ditetapkan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia," katanya.
Katanya pengguna boleh mendapatkan status terkini mengenai bekalan air melalui aplikasi telefon bimbit 'mySYABAS' atau melayari www.syabas.com.my.
Topic Berkaitan
#esok
#gangguan air
#Pulih
#SYABAS
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan