awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Penempatan semula mesin pengimbas di KLIA T1, tingkat keselamatan, lancar aliran penumpang
Lokasi pelancongan di N. Sembilan jadi tumpuan sempena cuti sekolah
Kes rasuah Tentera Darat: SPRM kesan beberapa individu lain terlibat
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Gangguan bekalan air di 13 kawasan kini 80 peratus pulih

Bernama
Bernama
10/06/2021
15:21 MYT
Gangguan bekalan air di 13 kawasan kini 80 peratus pulih
Pemulihan sepenuhnya bekalan air ke kawasan yang terjejas dijangka mengalami kelewatan daripada masa yang dijadualkan. - Gambar fail
KUALA LUMPUR: Pemulihan bekalan air di 13 kawasan sekitar ibu kota yang terjejas ekoran kejadian paip pecah di Jalan Kuari, Kuala Lumpur semalam telah mencapai 80 peratus setakat 7 malam ini.
Bagaimanapun, Ketua Komunikasi Korporat Pengurusan Air Selangor Sdn Bhd (Air Selangor) Elina Baseri memaklumkan pemulihan sepenuhnya bekalan air ke kawasan yang terjejas dijangka mengalami kelewatan daripada masa yang dijadualkan.
"Tempoh pemulihan sepenuhnya bekalan air ke kawasan terjejas ialah pada 6 pagi 11 Jun 2021.
"Kelewatan pemulihan bekalan air ini disebabkan masalah teknikal di Rumah Pam Perkuat Kuari dan menyebabkan paras kolam masih belum mencapai tahap optimum. Air Selangor sedang berusaha untuk menstabilkan sistem agihan bekalan air," menurutnya dalam kenyataan hari ini.
Beliau berkata bantuan bekalan air melalui lori tangki akan terus digerak ke kawasan yang masih terjejas.
Air Selangor memohon kerjasama orang ramai untuk mematuhi penjarakan fizikal dan memakai pelitup muka semasa mendapatkan bekalan air daripada lori tangki.
Untuk maklumat lanjut dan status terkini bekalan air, pengguna boleh merujuk semua saluran komunikasi rasmi Air Selangor seperti laman sesawang www.airselangor.com, aplikasi Air Selangor, Facebook, Instagram dan Twitter atau hubungi Pusat Perhubungan Air Selangor di talian 15300.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#bekalan air
#gangguan
#Kuala Lumpur
#paip pecah
#jalan kuari
#Pulih
#Air Selangor
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan