awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Agong berkenan terima menghadap Menteri Agama
Suspek tikam ibu hingga mati direman tujuh hari
Shila Amzah rai 25 tahun perjalanan seni di pentas prestij DFP
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Gangguan bekalan air di Pasir Mas, Tumpat semakin pulih - Exco

Bernama
Bernama
01/04/2024
23:20 MYT
Gangguan bekalan air di Pasir Mas, Tumpat semakin pulih - Exco
Pihak AKSB berusaha menyelesaikan masalah gangguan bekalan air, antaranya dengan pemasangan pam tambahan di luar muka sauk dan kerja pembersihan muka sauk LRA Kelar. - Foto Urus Setia Penerangan dan Komunikasi Kelantan
KOTA BHARU: Masalah gangguan bekalan air yang berlaku di Pasir Mas dan Tumpat sejak beberapa hari lepas semakin pulih berikutan Loji Rawatan Air (LRA) Kelar, Pasir Mas sudah beroperasi seperti biasa.
Pengerusi Jawatankuasa Kerja Raya, Infrastruktur, Air dan Pembangunan Luar Bandar Kelantan Datuk Dr Izani Husin berkata ia berikutan hasil tindakan segera pihak berwajib menyelesaikan masalah tersebut.
"Daripada krisis kepada tindakan. Berpadu tenaga melawan masa. Loji Rawatan Air Kelar, Pasir Mas telah pulih seperti biasa. Tahniah semua," katanya menerusi hantaran di Facebook semalam.
Pada Sabtu, Air Kelantan Sdn Bhd (AKSB) dalam kenyataannya memaklumkan sebanyak 48,635 pelanggan AKSB sekitar jajahan Pasir Mas dan Tumpat mengalami gangguan bekalan air sejak Sabtu lepas.
Gangguan bekalan air itu yang dijangka pulih sepenuhnya sebelum perayaan Aidilfitiri, berlaku akibat penurunan paras air yang kritikal di muka sauk LRA Kelar berikutan fenomena El Nino serta kerosakan dua unit pam disebabkan mendapan pasir dan sampah.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#gangguan bekalan air
#LRA Kelar
#Air Kelantan
#Izani Husin
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan