Beberapa kawasan di Seremban akan mengalami gangguan bekalan air selama 24 jam bermula pukul 10 pagi esok, berikutan kerja-kerja pengalihan paip.

Ketua Bahagian Perhubungan Awam Syarikat Air Negeri Sembilan Sdn Bhd (SAINS), Norzita Ismail berkata kerja-kerja pengalihan paip ini merupakan antara usaha berterusan SAINS dalam menambah baik dan meningkatkan mutu bekalan air demi kepentingan para pelanggan pada masa hadapan.

Antara kawasan yang terlibat dengan gangguan bekalan ialah kawasan Seremban 2 dan S2 Heights, Oakland, Rasah Kemayan, Taman Mantau Indah, Seremban Sentral, Terminal 2, Jalan Labu Batu 1 hingga Batu 4, Taman Bukit Kristal, Taman Jasper Jaya, Taman Galena, Taman Sri Pulasan, Taman Mutiara Galla, Pasar Bukit Kepayang, Kampung Tengah Labu, Kampung Kering Labu, Kampung Pelegong Labu, Kampung Tekir Labu, Rehat dan Rawat Arah Utara dan Selatan.

Gangguan turut melibatkan Taman Permai, Taman Kelisa, dan Taman Duyong.

Norzita berkata, bekalan dijangka pulih secara berperingkat dengan kawasan tinggi dijangka mengalami tempoh pemulihan yang lebih lama.

Pelanggan yang memerlukan bantuan boleh menghubungi SAINS di talian bebas tol 1-800-88-6982.