awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
PDRM tumpaskan sindiket pecah rumah dan premis perniagaan di Johor
4 ketua bahagian Bersatu Johor, Ronald Kiandee hilang kepercayaan terhadap Muhyiddin
PM Anwar pengerusikan Mesyuarat MB dan KM, perkukuh penyelarasan Kerajaan Pusat-Negeri
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Gangguan bekalan air di Seremban Selasa ini

Bernama
Bernama
02/05/2014
11:17 MYT
Gangguan bekalan air di Seremban Selasa ini
Sebahagian kawasan di Seremban akan mengalami gangguan bekalan air selama 24 jam berikutan kerja-kerja penyelenggaraan Loji Rawatan Air Sungai Terip. -Gambar Fail
Sebahagian kawasan di Seremban akan mengalami gangguan bekalan air selama 24 jam mulai pukul 8 pagi, Selasa ini, berikutan kerja-kerja penyelenggaraan Loji Rawatan Air Sungai Terip dan pengalihan paip.
Penolong Pengurus Unit Komunikasi Korporat, Syarikat Air Negeri Sembilan Sdn Bhd (SAINS) Norzita Ismail berkata kawasan terlibat ialah seluruh bandar Seremban, Seremban 2, Temiang, Templer, kawasan industri ringan Templer, Lobak.
Jalan Rasah, Mambau, Hospital Tuanku Jaafar, hospital pakar KPJ, hospital Columbia, Hospital Mawar, Hospital Bersalin Cina Templer, Jalan Kuala Sawah hingga Taman Angsa Mas, Jalan Labu, Taman Desa Rhu.
Taman Warisan Puteri, seluruh kawasan Ampangan, Paroi, seluruh kawasan Senawang, seluruh kawasan Rahang, seluruh kawasan Rasah Jaya, kawasan industri Sungai Gadut, Taman Tuanku Jaafar, Taman Seremban Selatan dan Taman Seremban Jaya.
Katanya bekalan air akan dipulihkan secara berperingkat mulai pukul 8 pagi hari berikutanya.
Pelanggan yang memerlukan bantuan bekalan air boleh menghubungi SAINS di talian bebas tol 1-800-88-6982.
Topic Berkaitan
#ganggua bekalan air
#kerja penyelenggaraan Loji Rawatan Air Sungai Terip
#lobak
#Norzita Ismail
#Seremban
#Seremban 2
#Temiang
#Templer
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan