KUALA TERENGGANU: Sebanyak 40,200 akaun di sebahagian tiga daerah iaitu Kuala Terengganu, Kuala Nerus dan Marang mengalami gangguan bekalan air dan tekanan air rendah berikutan masalah teknikal di Loji Kepong 1, Serada di sini bermula malam tadi.
Ketua Pegawai Eksekutif Syarikat Air Terengganu Sdn Bhd (SATU) Atemin Sulong berkata daripada jumlah itu, sebanyak 31,500 akaun pengguna adalah di Kuala Terengganu dan Kuala Nerus manakala 8,700 akaun lagi di daerah Marang.
"Antara kawasan yang terlibat ialah pusat bandar Kuala Terengganu, Ladang, Kampung Nibong, Bukit Kecil, Jalan Pusara, Gong Pak Maseh, Hiliran, Jalan Kamaruddin, Pulau Duyung, Pengadang Baru, Kampung Cina, Pulau Ketam, Wakaf Mempelam, Tanjung, Serdang, Pasir Panjang, Cerong Lanjut, Bukit Datu, Panji Alam, Batas Baru dan Gong Kijang.
"Selain itu, kawasan Bukit Besar, Jalan Air Jernih, Gong Sentul, Gong Kapas, Jalan Terkukur, Bukit Tumboh, Pulau Kambing, Batu Buruk, Banggol Pauh, Seberang Takir, Cabang Tiga, Kampung Batin, Bukit Tunggal, Jalan Sultan Omar, Ulu Takir, Kampung Duyung, Telaga Daing, Taman Semarak, Bukit Tok Beng, Batu Enam, Tok Jiring, Simpang Tokku Wakaf Mempelam, Kampung Pak Pa, Seberang Baroh dan KP Perdana turut mengalami masalah sama," katanya dalam kenyataan hari ini.
Di Marang pula katanya, kawasan yang terlibat ialah pekan Bukit Payong, Wakaf Dua, Banggol Pak Ali, Tasek, Padang Lebam, Pusu Tiga, Telaga Mengkudu, Bukit Cherana, Kampung Tok Hakim, Macang Lada, Surau Haji Mat Zin, Rawai, Wakaf Pak Ya, Kubang Palas, Paya Resak, Hutan Banau, Binjai Rendah, Gondang, Sungai Serai, Lubuk Batu, Lubuk Pandan, Bukit Sawa dan Durian Guling.
Atemin berkata bekalan air dijangka pulih sepenuhnya pada 5 pagi esok dan penghantaran air melalui lori tangki akan dibuat ke kawasan kritikal.
Pengguna boleh menghubungi talian Careline SATU 1-300-882-111 (8 pagi hingga 8 malam), talian aduan 09-621 4111 (8 pagi hingga 8 malam) dan 09-620 1111 (24 jam) untuk sebarang pertanyaan dan aduan.
-- BERNAMA
Bernama
Fri Mar 05 2021
Bekalan air dijangka pulih sepenuhnya pada 5 pagi esok dan penghantaran air melalui lori tangki akan dibuat ke kawasan kritikal.
Kontroversi UM: Mahasiswa protes tuntut tindakan tegas pihak jemput profesor pro-Israel
Sekumpulan mahasiswa Universiti Malaya (UM) hari ini mengadakan perhimpunan membantah tindakan menjemput penceramah pro-Zionis memberi ceramah di institusi itu baru-baru ini.
[INFOGRAFIK] Penstrukturan Semula Akaun KWSP | Berkuatkuasa 11 Mei 2024
Berikut adalah info berkenaan dengan Penstrukturan Semula Akaun KWSP.
Sekatan terhadap penceramah asing pro-Zionis demi keselamatan negara - Zambry
Sekatan terhadap penceramah asing pro-Zionis perlu dilihat dari aspek keselamatan dan imej negara yang boleh terjejas akibat kenyataan mereka.
Kekejaman zionis: Universiti Columbia ilhamkan gelombang protes nasional
Protes di Universiti Columbia membantah perang Israel di Gaza telah mencetuskan gelombang demonstrasi serupa di kampus kolej seluruh Amerika Syarikat.
Pemilik stesen minyak didenda RM30,000 jual RON95 kepada kenderaan asing
Hakim menjatuhkan hukuman itu ke atas Mohammad Naziruddin Abu Hassan, 61, selaku Orang Kena Saman (OKS) selepas mengaku bersalah atas pertuduhan itu.
Komen jelik tentang nahas helikopter TLDM, peniaga didenda RM23,000
Seorang peniaga dalam talian didenda RM23,000 oleh Mahkamah Sesyen Taiping pada Jumaat, selepas mengaku bersalah atas tuduhan memuat naik komen jelik berhubung nahas helikopter milik Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) di Lumut, yang mengorbankan 10 mangsa.
Lima laluan ditutup sementara sempena hari penamaan calon PRK KKB esok
Jalan yang terlibat bagi penutupan sementara itu ialah Jalan Merdeka, Jalan Abdul Hamid, Jalan Dato Muda Jaafar, Jalan Mat Kilau dan Jalan Kamarudin.
[TERKINI] Mahasiswa bersama Palestin
Sekumpulan mahasiswa Universiti Malaya yang berang dengan tindakan Institut Pengajian China, Universiti Malaya (UM) menjemput individu pro-Zionis untuk menyampaikan seminar ilmiah, akhirnya turun berdemonstrasi bagi menyuarakan bantahan mereka terhadap Zionis dan sokongan mereka terhadap perjuangan membebaskan Palestin.
#AWANInews
#AWANInews
[TERKINI] Sarjana ‘berkualiti rendah’ tak patut dijemput - PM Anwar
Universiti Malaya sebelum ini menerima kecaman kerana membenarkan Gilley menyebarkan propaganda Zionis dan menuduh ahli politik Malaysia yang menyokong perjuangan Palestin menyebarkan kebencian terhadap Yahudi.
AWANI Ringkas: Peniaga didenda RM23,000, komen jelik nahas
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Zambry beri jaminan isu air UMS ditangani segera
Zambry berkata, terdapat beberapa isu yang menyebabkan krisis air di sekitar kawasan UMS masih belum dapat diselesaikan.
PBAPP akan lepas air dari EMD jika Sungai Muda terus menyusut
PBAPP boleh melepaskan maksimum 600 juta liter air mentah sehari (JLH) dari EMD yang berfungsi sebagai sumber sokongan kemarau apabila Sungai Muda terus menyusut berikutan cuaca kering.
Empangan bawah tanah: Kedah akan hantar pasukan teknikal ke Jepun
Cadangan membina empangan bernilai lebih RM300 juta itu telah diluluskan di peringkat Lembaga Sumber Air Negeri Kedah.
Tiada sebarang kesan mendapan tanah akibat pembinaan telaga tiub di Kelantan - Exco
Penemuan itu berdasarkan beberapa kajian berkaitan kuantiti air yang dilakukan Air Kelantan Sdn Bhd (AKSB) sebelum ini.
Kapasiti efektif 30.3 peratus tidak bermakna bekalan hanya untuk 30 hari - PBAPP
Pathmanathan berkata anggaran tersebut mengelirukan kerana apabila terdapat hujan di kawasan tadahan air, maka bilangan hari akan berubah.
Empangan Sembrong bakal dinaik taraf, atasi gangguan bekalan air
Kerajaan Negeri Johor bercadang menaik taraf fungsi Empangan Sembrong di Kluang bagi menampung keperluan sumber bekalan air kepada pengguna di daerah itu dan kawasan berhampiran pada masa depan.
Penyakit bawaan air merebak di Gaza susulan cuaca panas dan air tercemar - PBB
Air tercemar dan kerosakan sistem sanitasi dikaitkan dengan penyakit seperti kolera, cirit-birit, disenteri dan hepatitis A.
Sambutan Aidilfitri suram, 300 keluarga mukim Telipot berdepan masalah bekalan air
Penduduk tidak dapat menyediakan juadah raya seperti sebelum ini kerana bekalan air yang disimpan hanya mencukupi untuk mandi dan keperluan penting.
KOA Selai tidak dipinggirkan, telah terima bekalan air pelbagai sumber - Jakoa
Jakoa Johor ingin memperbetulkan salah tanggapan berhubung dakwaan bahawa Kampung Orang Asli Selai, Bekok, Segamat dipinggirkan.
Kurangkan penggunaan air 10 peratus sehingga Jun ini - PBAPP
Pengguna juga dinasihatkan supaya berhemat menggunakan air sehingga hujan tiba, bagi menambah simpanan air mentah di empangan.