awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Ketua jurulatih TFC direhatkan serta-merta susulan prestasi hambar
Krisis politik Perlis: Ahli Pas diminta kekal tenang, jangan terpengaruh provokasi - Tuan Ibrahim
TPM Ahmad Zahid puji kejayaan tiga pelajar Orang Asli rangkul emas di IRO 2025
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Gangguan elektrik: LRT laluan Ampang - Sri Petaling terjejas, MRT Laluan Kelana Jaya beroperasi seperti biasa

Ridauddin Daud
Ridauddin Daud
27/07/2022
05:53 MYT
Gangguan elektrik: LRT laluan Ampang - Sri Petaling terjejas, MRT Laluan Kelana Jaya beroperasi seperti biasa
Ask Rapid KL (@askrapidKL) menerusi ciapan di Twitter pada Rabu memaklumkan laluan yang terjejas adalah laluan Transit Aliran Ringan (LRT) Ampang - Sri Petaling. - Gambar fail
KUALA LUMPUR: Gangguan bekalan elektrik yang melanda beberapa kawasan di Lembah Kelang sejak beberapa jam lepas turut menjejaskan perkhidmatan rel.
Ask Rapid KL (@askrapidKL) menerusi ciapan di Twitter pada Rabu memaklumkan laluan yang terjejas adalah laluan Transit Aliran Ringan (LRT) Ampang - Sri Petaling.
"Penumpang dinasihatkan untuk bersabar dan sila ikuti arahan yang diberikan. Penumpang juga disarankan untuk menggunakan pengangkutan alternatif.
Dukacita dimaklumkan gangguan bekalan elektrik yang sedang dialami oleh beberapa kawasan di Lembah Kelang turut menjejaskan perkhidmatan rel, khususnya laluan LRT Ampang-Sri Petaling.
— Ask Rapid KL (@AskRapidKL) July 27, 2022
“Ikuti kami untuk perkembangan selanjutnya,” ciap Rapid KL sebentar tadi.
Sementara itu, dalam jawapan kepada pertanyaan pengguna (Fadwah Dayini), twitter rasmi Rapid KL (@MyRapidKL) memaklumkan laluan Kelana Jaya dan perkhidmatan Transit Aliran Massa (MRT) beroperasi seperti biasa.
Terdahulu, Tenaga Nasional Berhad (TNB) mengesahkan terdapat gangguan bekalan elektrik di beberapa kawasan.
Menerusi perkongsian di Facebook TNB Careline, syarikat itu memaklumkan pasukan teknikal sedang mengenal pasti punca kejadian.
"Usaha sedang giat dijalankan untuk memulihkan bekalan.
"Kami mohon maaf di atas segala kesulitan dialami oleh pengguna semasa gangguan bekalan ini," memetik kenyataan tersebut.
Topic Berkaitan
#bekalan elektrik terganggu
#Tenaga Nasional Berhad
#Rapid KL
#LRT Ampang - Sri Petaling
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan