Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (SPAD) akan melantik juruaudit teknikal bebas dengan segera untuk melaksanakan penilaian terhadap aspek-aspek kebolehpercayaan, ketersediaan, penyelenggaraan, keselamatan dan keupayaan operasi Transit Aliran Ringan (LRT) laluan Kelana Jaya.
Menurut SPAD dalam kenyataan hari ini, langkah itu dijangka mengambil masa selama tiga bulan bagi membolehkan penelitian dibuat terhadap isu-isu sistem yang tidak diliputi dalam skop siasatan Prasarana Malaysia Berhad (Prasarana).
"Ini melibatkan proses-proses semakan semula dan peningkatan penyelenggaraan aset bagi mencapai tahap kebolehpercayaan perkhidmatan yang lebih tinggi," menurutnya.
SPAD memaklumkan pihaknya memandang serius gangguan perkhidmatan LRT yang berlaku dua kali pada minggu lepas dan telah memulakan siasatan terhadap aspek teknikal dan bukan teknikal.
Prasarana juga diarah menyerahkan laporan siasatan awal kepada suruhanjaya itu pada 21 Sept ini (Rabu).
Susulan insiden itu, SPAD juga menugaskan Prasarana melaksanakan beberapa langkah segera dengan meningkatkan ketersediaan bekalan kuasa elektrik dan pengurusan insiden susulan penilaian awal mengenai gangguan perkhidmatan LRT berkenaan.
Antara langkah itu adalah melaksanakan tindakan pemulihan segera dengan mengerahkan usaha dan sumber yang maksimum untuk menaik taraf 15 pencawang kuasa sepanjang laluan Kelana Jaya, yang dijangka siap antara tiga hingga enam bulan daripada tarikh pelaksanaan.
"Usaha-usaha penting ini akan meningkatkan kebolehpercayaan bekalan elektrik kepada laluan Kelana Jaya dengan membekalkan kuasa yang mencukupi untuk menyokong permintaan yang kian meningkat, peningkatan penumpang pada masa hadapan dan juga bagi memanjangkan jangka hayat perkhidmatan," menurut SPAD.
Menuju ke arah pengurusan risiko yang lebih menyeluruh, SPAD juga akan memastikan pengendali mengemukakan dan menguruskan pelan risiko, analisis trend dan pelan peningkatan berserta garis masa terperinci untuk mengenal pasti dan menangani permasalahan teknikal.
"Ini melibatkan pemantauan laporan berkala berpandukan kepada penunjuk prestasi utama bagi mengesan masalah daripada peringkat awal serta membolehkan tindakan pencegahan dapat dilakukan," menurut kenyataan itu.
Menurut SPAD, Prasarana juga akan menyemak semula dan menambah baik Tatacara Prosedur Standard bagi Pelan Keselamatan dan Pemindahan penumpang di bawah pemantauan suruhanjaya itu.
Sebagai langkah permulaan, SPAD telah mengarahkan Prasarana untuk menghentikan operasi tren sepanjang landasan yang mengalami gangguan ketika proses pemindahan penumpang sedang dijalankan.
Sambil mengakui rangkaian rel adalah tulang belakang kepada pengangkutan awam darat, SPAD memberi jaminan kepada orang ramai bahawa suruhanjaya itu akan berusaha meningkatkan kebolehpercayaan dan keselamatan sistem LRT untuk manfaat pengguna.
Sebelum ini Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak berkata beberapa langkah segera diambil untuk mengatasi gangguan perkhidmatan Transit LRT Laluan Kelana Jaya termasuk menaik taraf serta merta 15 pencawang tenaga elektrik sepanjang laluan berkenaan.
Pada 7 Sept, kerosakan pada sistem isyarat dan komunikasi melambatkan tren LRT antara stesen Ampang Park dan Dang Wangi semasa waktu sibuk sebelah pagi, menyebabkan ramai penumpang terkandas di beberapa stesen sebelum perkhidmatan pulih pada 1.15 tengah hari.
Pada 9 Sept pula, perkhidmatan LRT bagi laluan Setiawangsa-KLCC terganggu semasa waktu puncak pada 9 pagi apabila sebuah tren dari Datuk Keramat menuju ke Jelatek tiba-tiba terhenti di atas trek di antara Stesen Datuk Keramat dan Damai menyebabkan penumpang terperangkap di dalam tren selama 20 minit.
Penumpang tren berkenaan kemudian terpaksa berjalan di atas trek menuju ke Stesen Damai dengan mengambil masa hampir 10 minit sebelum perkhidmatan pulih pada 11.45 pagi. -- BERNAMA
Bernama
Thu Sep 15 2016
Gambar fail tren LRT. - fotoBERNAMA
Microsoft labur AS1.7b di Indonesia untuk teknologi awan dan AI
Microsoft bakal melabur AS$1.7 bilion dalam tempoh empat tahun akan datang bagi pembangunan infrastruktur awan dan kecerdasan buatan di Indonesia, kata Ketua Pegawai Eksekutifnya Satya Nadella
Nadella sebagai berkata, pelaburan itu merupakan yang terbesar dalam sejarah 29 tahun Microsoft di negara itu.
Nadella sebagai berkata, pelaburan itu merupakan yang terbesar dalam sejarah 29 tahun Microsoft di negara itu.
Haiwan turut berisiko hadapi 'strok haba'
Gelombang haba yang melanda seluruh dunia memperlihatkan kesan jelas terhadap alam serta hidupan di muka bumi ini. Di Bangladesh misalnya, pengusaha-pengusaha kedai haiwan mencuba sedaya upaya untuk memastikan haiwan peliharaan di kedai mereka tidak mati dalam cuaca ekstrem ini.
Malaysia tewas 2-3 kepada Denmark pada aksi akhir kumpulan D
Malaysia dan Denmark masing-masing sudah pun melayakkan diri ke suku akhir selepas mencatat kemenangan 5-0 ke atas Hong Kong dan Algeria.
Fungsi JAKIM, Kementerian Perpaduan Negara berbeza - mohd na'im
Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) Datuk Dr Mohd Na'im Mokhtar menegaskan fungsi Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) adalah berbeza dengan Kementerian Perpaduan Negara (KPN).
Sultan Nazrin dilantik pengerusi bagi tempoh dua tahun
Sultan Perak Sultan Nazrin Shah dilantik sebagai Pengerusi Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Agama Islam Malaysia (MKI) bagi tempoh dua tahun berkuat kuasa 9 Mac 2024 hingga 8 Mac 2026.
JKN Terengganu siasat dakwaan kes keracunan makanan
Jabatan Kesihatan Negeri Terengganu sedang menyiasat dakwaan kes keracunan makanan selepas dipercayai menjamah sejenis kuih membabitkan beberapa individu termasuk kanak-kanak.
Remaja warga asing samun, menyamar pegawai polis ditahan
Polis menahan remaja lelaki pemegang kad Suruhanjaya Tinggi Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu bagi Pelarian (UNHCR) kerana disyaki terbabit dengan kegiatan samun dan menyamar sebagai anggota polis.
Pesawah mengaku tidak bersalah
Seorang pesawah mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Butterworth atas pertuduhan memuat naik mesej berbau hasutan mengaitkan Yang di-Pertuan Agong Sultan Ibrahim dengan aktiviti perjudian dalam satu kumpulan WhatsApp, lima hari lalu.
Terengganu tidak bincang cadangan hukuman sebat di khalayak - Azalina
Tiada sebarang perbincangan di antara Kerajaan Negeri Terengganu dan Kerajaan Persekutuan tentang cadangan pelaksanaan hukuman sebat bagi kesalahan syariah di khalayak atau tempat awam.
90 kes direkod di Kelantan dalam tempoh empat bulan
Polis Kelantan merekodkan 90 kes jenayah seksual di negeri itu dalam tempoh empat bulan pertama tahun ini.
LRT tergendala: PM arah jawatankuasa ditubuh siasat punca kerosakan
Kementerian Pengangkutan diarah menubuhkan satu jawatankuasa bagi menyiasat secara menyeluruh punca kerosakan sehingga menyebabkan stesen LRT laluan Kelana Jaya ditutup.
LRT laluan Kelana Jaya selamat, stabil
Rapid Rail giat menjalankan ujian ke atas 38 tren dan ia penting dalam menentukan kestabilan serta keboleharapan.
Sistem LRT tergendala: Kerajaan Selangor sumbang 20 unit bas Smart Selangor - Amirudin
Kerajaan Negeri Selangor akan menyumbang penggunaan 20 unit Bas Smart Selangor mulai esok bagi membantu RapidKL mengatasi masalah gangguan LRT.
Beberapa stesen ditutup susulan gangguan sistem kawalan automatik LRT Laluan Kelana Jaya
Perkhidmatan LRT laluan Kelana Jaya ditamatkan pada jam 11 malam dan bas perantara dilanjutkan sehingga jam 12 tengah malam.
LRT laluan Kelana Jaya alami gangguan teknikal, sedang dibaik pulih
Sebuah tren transit aliran ringan (LRT) di laluan Kelana Jaya dilaporkan mengalami gangguan teknikal pada kira-kira 9 malam ini dan sedang dalam proses baik pulih.
Kekerapan tren LRT dijangka dipertingkat pada Ogos - Wee
Kekerapan tren bagi perkhidmatan Transit Aliran Ringan (LRT) laluan Kelana Jaya dijangka dapat dipertingkat pada Ogos ini, kata Menteri Pengangkutan Datuk Seri Wee Ka Siong.
RM800 juta untuk proses baik pulih perkhidmatan 28 set tren LRT laluan Kelana Jaya
Ia akan dibelanjakan untuk "mid-life refurbishment" melibatkan 28 set tren siri 818 ekoran beberapa insiden yang menyebabkan gangguan serta kekecewaan dalam kalangan pengguna.
Tujuh inisiatif tambah baik perkhidmatan LRT laluan Kelana Jaya - Wee
Tujuh inisiatif jangka panjang penambahbaikan perkhidmatan Transit Aliran Ringan (LRT) laluan Kelana Jaya daripada 23 inisiatif sedang giat dijalankan dan mengikut jadual yang dijangka siap akhir tahu
Prasarana minta 83 penumpang tampil untuk urusan sumbangan ihsan
Prasarana setakat ini hanya dapat mengenal pasti 130 penumpang yang terlibat dalam insiden pertembungan tren LRT baru-baru ini.
Operasi LRT laluan Kelana Jaya dijangka kembali normal lebih awal - Wee
Perkhidmatan tren Transit Aliran Ringan (LRT) laluan Kelana Jaya dijangka kembali beroperasi seperti biasa lebih awal daripada tempoh yang ditetapkan.