SHAH ALAM: Gabungan Persatuan-Persatuan Pengguna Malaysia (Fomca) mencadangkan agar tindakan tegas dikenakan kepada premis yang didapati gagal mengawal kemasukan pelanggan yang tidak divaksin atau tidak lengkap vaksinasi.
Timbalannya, Mohd Yusof Abdul Rahman berkata, ini kerana terdapat peniaga yang didapati bersikap sambil lewa dan membenarkan pelanggan tidak divaksin memasuki premis mereka.
Menurutnya, tindakan tegas seperti menarik atau membatalkan lesen sekiranya kesalahan berganda berlaku perlu dikenakan oleh penguat kuasa.
“Tindakan penguatkuasaan diperlukan untuk memastikan bahawa setiap premis yang ditetapkan perlu memastikan pelanggan melengkapi dua dos vaksin sebelum dibenarkan masuk. Jadi, kalau premis gagal untuk kawal, tindakan tegas perlu diambil.
“Ini kerana, kadang-kadang penguat kuasa sukar untuk memantau memandangkan terlalu banyak premis beroerasi sehingga menyebabkan peniaga ambil mudah dan bersikap sambil lewa berkaitan isu ini. Apatah lagi mereka yang datang adalah pelanggan tetap walaupun pelanggan itu tidak divaksin.
“Ambil tindakan bagi mereka untuk dijadikan pengajaran sebab kita tidak mahu, disebabkan kegagalan dalam hal ini, kes semakin bertambah,” katanya kepada Sinar Harian pada Jumaat.
Sementara itu, Presiden Fomca, Datuk Dr Marimuthu Nadason berkata, selain daripada peniaga, pelanggan juga perlu mematuhi arahan dikeluarkan oleh kerajaan terutamanya daripada Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM).
Jelasnya, kerjasama antara pelanggan dan peniaga amat diperlukan bagi memastikan tiada penularan yang berlaku disebabkan kecuaian bersama.
“Kita kena ikut arahan yang dikeluarkan oleh KKM. Arahannya sudah jelas, apabila tidak lengkap dua dos maka anda tidak boleh masuk ke dalam permis.
“Jika kita tidak bersatu, tidak menolong sesama kita dan tidak bekerjasama, maka yang merana adalah kita bukan orang lain,” ujarnya.
Beliau berkata, MySejahtera merupakan satu aplikasi paling mudah disediakan untuk menyemak status vaksinasi pelanggan.
“Kalau masih ada yang tipu, ini menunjukkan mentaliti mereka rendah. Sekarang ini pandemik jangan rosakkan orang lain. Jangan bagi orang lain mati disebabkan kepentingan anda,” katanya.
*Berita asal di Sinar Harian
Sinar Harian
Sat Oct 02 2021
Tindakan tegas seperti menarik atau membatalkan lesen sekiranya kesalahan berganda berlaku perlu dikenakan oleh penguat kuasa. Gambar kecil: Dr Marimuthu Nadason, Mohd Yusof Abdul Rahman
Malaysia-China bincang perkukuh kerjasama sektor pendidikan tinggi
Sempena sambutan Ulang Tahun ke-50 Hubungan Diplomatik, Malaysia dan China bincang inisiatif strategik perluas dan perkukuh jalinan kerjasama sektor pendidikan tinggi.
Freedom Flotilla to Gaza: Semua delegasi diminta pulang, FFC akan maklumkan tarikh baharu misi
Freedom Flotilla Coalition tidak dapat meneruskan misi penghantaran bantuan ke Gaza untuk kali ini.
Biden rancang untuk berdebat dengan Trump
Sebelum ini, Biden tidak komited untuk berdebat dengan lawannya, Trump.
Pesta Kaamatan 2024 dilancar pada 1 Mei di Ranau, Sabah
Sambutan perayaan Pesta Kaamatan 2024 akan dilancarkan pada 1 Mei di Ranau dan diadakan sambutan di peringkat daerah, di Sarawak dan Semenanjung.
Khairulnizam layak ke Sukan Olimpik Paris 2024
Khairulnizam Mohd Afendy sah akan mengiringi Nur Shazrin Mohd Latif ke Sukan Olimpik Paris 2024, juga merupakan penampilan keempat berturut-turut di temasya berprestij itu.
Musibah banjir buka peluang 'rezeki lebih' usahawan F&B melalui IPR
Musibah banjir yang melanda Johor tahun lepas membuka peluang rezeki baharu kepada usahawan makanan dan minuman, Haida Abdul Rahman.
Mohd Azizulhasni tekad dikalungkan pingat emas di Paris
Azizulhasni tekad untuk 'dikalungkan' pingat emas pertama Malaysia di Sukan Olimpik Paris 2024 pada penampilan terakhirnya di temasya itu.
USM cipta rekod hasilkan kaligrafi Cina 2.68km
Penuntut USM cipta rekod dalam MBOR apabila menghasilkan penulisan kaligrafi Cina sepanjang 2.68 kilometer.
MITRA sudah belanja RM40 juta daripada peruntukan RM100 juta tahun ini
Sebanyak RM40 juta daripada peruntukan RM100 juta yang disalurkan kerajaan tahun ini kepada MITRA telah dimanfaatkan untuk pelbagai program.
Laporan Pasaran Labuan IBFC 2023 tunjukkan pemulihan kukuh, pertumbuhan luar biasa
Laporan Labuan IBFC 2023 mendedahkan pertumbuhan luar biasa wilayah itu yang menyumbang RM1.2 bilion kepada hasil fiskal Malaysia dan melepasi paras RM1 bilion buat pertama kalinya.
Korea Selatan gantung lesen dua doktor sertai mogok
Kedua-dua pegawai itu, masing-masing Kim Taek-Woo dan Park Myung-Ha menerima notis itu pada Selasa.
KPKM berhak batal serta-merta, gantung lesen pihak gagal patuhi Akta 522
KPKM memandang serius berkaitan kekurangan bekalan Benih Padi Sah (BPS) dalam pasaran kerana ia merupakan isu kritikal yang perlu ditangani segera.
Barakah tarik balik saman terhadap Petronas serta pengurusan kanan
Barakah Offshore Petroleum Bhd memutuskan untuk menghentikan tindakan undang-undangnya terhadap Petroliam Nasional Bhd (Petronas).
TH gantung lesen pengelola jemaah haji syarikat Emraz Travel
Keputusan itu diambil berikutan makluman beberapa aduan awam berkenaan perkhidmatan umrah yang diberikan syarikat tersebut.
MOTAC gantung lesen Apsan Travel and Tour Sdn Bhd
Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya (MOTAC) menggantung lesen syarikat Apsan Travel and Tour Sdn Bhd berkuat kuasa 9 Dis lepas hingga tarikh tamat lesen syarikat itu pada 10 April 2023.
SC gantung lesen Nazri Khan selama enam bulan
Suruhanjaya Sekuriti Malaysia menggantung Lesen Wakil Perkhidmatan Pasaran Modal milik Pengarah Eksekutif dan Pengurus Dana Inter-Pacific Asset Management Sdn Bhd (IPAM) Datuk Nazri Khan.
Gantung lesen premis jika gagal kawal pelanggan - Fomca
Tindakan tegas seperti menarik atau membatalkan lesen sekiranya kesalahan berganda berlaku perlu dikenakan oleh penguat kuasa.
APAD gantung lesen pengendali lori rempuh lima kenderaan di Jalan Ipoh
Agensi Pengangkutan Awam Darat (APAD) menggantung lesen pengendali lori yang merempuh lima kenderaan dalam kemalangan jalan raya di Jalan Ipoh, Kuala Lumpur pada 6 Sept lepas.
Air minuman Starfresh, Waterfuns ditarik balik daripada pasaran
Susulan itu, Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) turut menggantung lesen AMB kilang berkenaan berkuatkuasa 28 Jun 2019.
4.3 juta batang rokok dengan anggaran cukai RM3.2 juta dirampas
Ketua Pengarah JKDM, Datuk Seri Subromaniam Tholasy berkata, keseluruhan rampasan adalah bernilai RM390,000 dengan anggaran cukai berjumlah RM3.2 juta.